Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Mengenai Pengetahuan, Sikap dan Cabaran Guru dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
Abstract
Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen merupakan elemen yang amat penting bagi memastikan kejituan item soal selidik yang dibina. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik tahap pengetahuan, sikap dan cabaran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Instrumen soal selidik telah disahkan dari segi kesahan muka dan kesahan kandungan oleh dua orang pakar dalam bidang kajian. Manakala nilai kebolehpercayaan pula dikenal pasti melalui pengiraan nilai Alpha Cronbach. Seramai 30 orang guru Bahasa Melayu daripada Sekolah Kebangsaan daerah Seberang Perai Utara telah dipilih sebagai responden kajian ini. Soal selidik ini telah dibahagikan kepada empat bahagian yang perlu diisi oleh responden seperti demografi responden, pengetahuan, sikap dan cabaran guru Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini menunjukkan indeks kesahan kandungan skala (S-CVI/ Ave) sebanyak 1.000 dan skor nisbah kesahan (CVR) pula menunjukkan nilai +1. Ini ia bermaksud setiap item kajian telah mewakili domain kostruk yang dikehendaki dan disahkan penting. Dapatan kajian nilai Cohen Kappa pula menunjukkan bahawa instrumen kajian ini mempunyai nilai kesahan yang tinggi (k = 0.680, p = 0.001), manakala dapatan kebolehpercayaan (α = 0.813) didapati tinggi dalam kalangan penilai. Hal ini bermaksud instrumen kajian ini amat sesuai digunakan bagi bagi mengukur pengetahuan, sikap dan cabaran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Implikasi kajian ini adalah untuk membantu pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM dalam pelaksanaan PBD yang lebih baik dan lancar.
Downloads
References
Aniza Ahmad & Zamri Mahamod. (2015). Pengetahuan, kefahaman dan kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah menengah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Arter, J. (2000). Rubrics, scoring guides, and performance criteria: Classroom tools for assessing and improving student learning. Pembentangan di mesyuarat tahunan New Orleans, LA: American Educational Research Association.
Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum, Pengajaran Dan Pentaksiran Dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal, 3(1), 152–161.
Bernard, H. R., & Ryan, G. W. (2010). Analyzing Qualitative Data. Los Angeles, Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Bond, T. & Fox, C. (2007). Applying the Rasch model: Fundamental measurement in the human sciences (2nd). Mahwah, NJ: LEA.
Budiaji, W. (2013). Skala Pengukuran dan Jumlah Respon Skala Likert (The Measurement Scale and The Number of Responses in Likert Scale). Ilmu Pertanian Dan Perikanan, 2(2), 127–133.
Chua, Y. P. (2012). Kaedah dan statistik penyelidikan buku 2: Asas statistik penyelidikan. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.
Climie, E., & Henley, L. (2016). A renewed focus on strengths‐based assessment in schools. British Journal of Special Education, 43(2), 108-121.
David Lim, Nor Azizah Salleh, Saat Md Yasin, Mohd Kidin Shahran, Alias Mohd Yatim & Abdul Razak Habib. (2010). HBEF2503: Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Open University of Malaysia, Kuala Lumpur.
Fraenkel, J.R., and Wallen, N.E. (1996). How to Design and Evaluate Research. USA : Mc. Fraw-Hill Inc.
Halimah Jamil & Rozita Radhiah. (2019). Pelaksanaan Penskoran Pentaksiran Lisan Bahasa Melayu Dalam Pentaksiran Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9 (2), 25-39.
Heejeong, J. (2015). What is your teacher rubric? Extracting teachers’ assessment constructs ? Practical Assessment, Research & Evaluation, 20(6), 1-13
Huzairi Abdullah. (2017). Pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di sebuah sekolah menengah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Jacob, R. T., & Parkinson, J. (2015). The Potential for School-Based Interventions that Target Executive Function to Improve Academic Achievement: A Review: Review of Educational Research, 512-552.
Kalai Selvam & Joohari Ariffin. (2021). Pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Dan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah: Satu Tinjauan Dalam Kalangan Guru Besar. Asian People Journal, 4 (2), 80 -89.
Keddie, A. (2018). Adult education: An ideology of individualism. In Adult education for a change. 45-64. Routledge.
KPM. (2018). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Koh, K. H. (2011). Improving teachers’ assessment literacy through professional development. Teaching Education, 22(3), 255-276.
Maki, P. L. (2002). Developing an assessment plan to learn about student learning, Journal of Academic Librarianship, 28(1), 8-13.
Maria Vlachou & Sammy King. (2018). Classroom assessment practices in middle school science lessons: A study among Greek science teachers. Cogent Education, 5(1), 1455633.
Mark Wilson. (2018). Making measurement important for education: The crucial role of classroom assessment. Educational Measurement: Issues and Practice, 37(1), 5-20.
Masfarizan, M. & Yusoff. (2020). Kebolehlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara atas talian sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) di daerah Sentul, Kuala Lumpur. Prosiding Seminar Nasional FIP 2020, 213–218.
Mohamed, Z., Lebar, O., & Shamsuddin, S. (2017). Pembinaan Dan Penilaian Instrumen Ujian Aptitud Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi Malaysia. Journal of Science and Mathematics Letters, 5, 16-27.
Norafizah. (2018). The Washback Effect of Primary School Evaluation Test (UPSR) On Teaching and Learning: A Case Study Of An English Teacher In Kuala Terengganu, Malaysia. International Research Journal of Education and Sciences, 2(2), 15 – 25
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Mc Graw Hill, Kuala Lumpur.
Norshafinaz Abdul Sani & Faridah Yunus. (2018). Amalan Perancangan, Pelaksanaan dan Pentaksiran dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pranumerasi di Tadika Swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia, 101-110.
Sabitha Marican. (2006). Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmatik. Batu Caves: Edusyste.
Sahari. (2002). Pengujian Dan Penaksiran Di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Shrotryia, V. K., & Dhanda, U. (2019). Content Validity of Assessment Instrument for Employee Engagement. SAGE Open, 9(1), 1–7.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. (2000). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu edisi penyesuaian. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Yusoff, M. S. B. (2019). ABC of content validation and content validity index calculation. Resource, 11(2), 49-54.
Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Muhd Rahimi Mohd Yusoff, Jamaludin Badusah & Sharala. (2014). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan Pelajar Warganegara Asing Berdasarkan Kemahiran Bahasa dan Gred. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.















