Kompetensi Guru Pra Perkhidmatan Bukan Opsyen dalam Mendepani Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah
Abstract
Kompetensi merangkumi gabungan aspek pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang perlu dimiliki oleh individu untuk melaksanakan tugasan dengan berkesan. Kajian tinjauan ini dijalankan untuk menilai tahap pengetahuan dan kemahiran guru pra perkhidmatan bukan opsyen Sains dalam mendepani cabaran pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah rendah. Pendekatan kuantitatif digunakan di mana kaedah tinjauan dilaksanakan menggunakan soal selidik berskala Likert 4 mata sebagai instrumen utama. Sampel kajian terdiri daripada 123 orang guru pra perkhidmatan yang dipilih melalui persampelan rawak mudah. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 25. Analisis deskriptif digunakan untuk memperoleh nilai purata min, sisihan piawai, kekerapan, dan peratusan, bertujuan menilai tahap kompetensi guru dan menganalisis profil demografi responden manakala analisis korelasi Pearson digunakan untuk menentukan hubungan diantara pengetahuan dan kemahiran guru pra perkhidmatan. Dapatan kajian menunjukkan korelasi positif yang signifikan secara statistik antara keyakinan dan kesediaan dengan pekali korelasi Pearson r=0.472, p=0.000. Ini menunjukkan hubungan yang sederhana. Keputusan menunjukkan bahawa apabila keyakinan guru praperkhidmatan meningkat maka kesediaan mereka untuk mengajar mata pelajaran sains juga bertambah baik. Kekuatan korelasi ini menyerlahkan kepentingan keyakinan sebagai faktor utama yang mempengaruhi kesediaan. Kajian ini diharapkan dapat memberikan input yang berguna kepada pihak berkepentingan dalam mengenal pasti keperluan pembangunan profesional guru, khususnya dalam kalangan guru bukan opsyen Sains. Peningkatan pengetahuan dan kemahiran guru dijangka memberi impak positif terhadap keberkesanan pengajaran Sains, seterusnya meningkatkan mutu pembelajaran murid. Kesimpulannya, guru perlu sentiasa berusaha memperkasakan kompetensi diri demi memastikan aspirasi pendidikan negara tercapai.
Downloads
References
Abd Hakim, J. (2024). Teori kompetensi: Ulasan dari perspektif kemahiran digital. Malaysian Journal of Information and Communication Technology (MyJICT), 5(1). https://doi.org/10.53840/myjict5-1-113Full text
Ali, A. H., Yusoff, A., Idris, M. R. B., & Aziz, A. (2017). Kompetensi guru pelatih di sebuah institut pendidikan guru dalam melaksanakan latihan mengajar. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 4(2), 39-55.
Bandura, A. (1997). Self-Efficacy: The Exercise of Control. W.H. Freeman and Company, New York
Boset, S. A., & Asmawi, A. (2020). Pengantaraan kesan motivasi kerja ke atas hubungan antara kecekapan dan prestasi profesional guru EFL. Akademika, 90(1), 63–75. https://doi.org/10.17576/akad-2020-9001-06
Hishamudin, N. A. Z., & Kee, L. L. (2023). TESL pre-service teachers’ perceptions toward the implementation of CEFR: Awareness, challenges, and solutions. Anatolian Journal of Education, 8(2), 147–160. https://doi.org/10.29333/aje.2023.8210a
Huong, T. T., Vy, P. N. T., & Hào, P. N. (2025). Teacher educators' challenges in training pre-service primary school teachers for competency-based primary education. Pakistan Journal of Life and Social Sciences, 23(1), 4426-4437.
Ibrahim, H. H., & Mohamed, S. (2021). Kompetensi Guru-guru Bukan Opsyen dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Prasekolah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 377–385. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/14117
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025: Laporan Tahunan 2019. Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/Dasar/PPPM/PPPM%20Laporan%20Tahunan%202019.pdf
Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970) Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Koehler, M. J., & Mishra, P. (2009). What is technological pedagogical content knowledge? Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 9(1), 60–70. https://citejournal.org/wp-content/uploads/2016/04/v9i1general1.pdf
König, J., Hanke, P., Glutsch, N., & Jäger-Biela, D. (2022). Teachers’ professional knowledge for teaching early literacy: Conceptualization, measurement, and validation. Educational Assessment, Evaluation and Accountability, 34(5), 483–507. https://doi.org/10.1007/s11092-022-09393-z
Mafugu, T., Mafugu, F., & Makwara, C. (2024). Exploring the challenges faced by pre-service teachers in executing science lessons during work integrated learning in rural school settings. E-Journal of Humanities, Arts and Social Sciences. https://doi.org/10.38159/ehass.202451315
Mahmud, S. N. D., Nasri, N. M., Samsudin, M. A., & Halim, L. (2018). Science teacher education in Malaysia: Challenges and way forward. Asia-Pacific Science Education, 4(1), 1–14. https://doi.org/10.1186/s41029-018-0026-3
Shulman, L. S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher, 15(2), 4–14. http://www.jstor.org/stable/1175860















