Fenomena Masalah Membaca dalam kalangan Murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan

  • Salfarina Ali Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Nor Azwahanum Binti Nor Shaid Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Masalah membaca, Tahun 1, Buku teks, LINUS, Sekolah kebangsaan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan membaca dalam kalangan murid Tahun 1 di sebuah sekolah kebangsaan berdasarkan konstruk LINUS serta mendapatkan pandangan guru Bahasa Melayu Tahun 1 tentang masalah membaca dan keperluan penambahbaikan kandungan buku teks Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan pendekatan campuran. Seramai 124 orang murid dan tiga orang guru Bahasa Melayu Tahun 1 dipilih sebagai sampel. Data kuantitatif diperoleh melalui ujian membaca dan dianalisis secara statistik deskriptif. Data kualitatif pula diperoleh melalui temu bual berstruktur dan dianalisis secara tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa masih ramai murid belum menguasai kemahiran membaca. Tiga tema utama dikenal pasti melalui temu bual iaitu faktor masalah membaca, kekangan dan cabaran guru, serta kesan masalah membaca terhadap murid. Semua peserta kajian bersetuju bahawa kandungan buku teks Bahasa Melayu perlu ditambah baik secara lebih sistematik. Kajian ini menyumbang kepada penemuan bahawa isu penguasaan membaca masih berlaku dalam kalangan murid Tahun 1 dan memerlukan tindakan penambahbaikan dalam bahan pembelajaran. Dapatan ini boleh dijadikan rujukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merancang Kurikulum Persekolahan 2027.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ambotang, A. S., Ahong, H. A., & Ompok, C. S. @ C. C. (2019). Pengaruh fasilinus, pentadbir sekolah dan guru LINUS terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah daerah Kota Kinabalu. Southeast Asia Early Childhood Journal, 8(1), 11–18.

Balanadam, J., & Jamaluddin, K. A. (2021). Isu dan cabaran dalam kemahiran membaca dalam kalangan murid sekolah rendah di Malaysia. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 127–135.

Bungga, F. (2018, November 30). Program LINUS dihentikan mulai 2019. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/11/503726/program-linus-dihentikan-mulai-2019

Chew, F. P. (2015). Pelaksanaan program literasi dan numerasi (LINUS) di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2), 1–11.

Chew, F. P. (2016). Masalah pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 10–22.

Chua, Y. P. (2021). Kaedah penyelidikan. McGraw-Hill Education (Malaysia).

Derbala, R., & Yasin, R. M. (2022). Tahap pengetahuan, penerimaan, kesediaan dan amalan pengajaran guru pemulihan khas terhadap pengajaran terbeza. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(4), 1–20.

Hasan, N. H., Sapar, A. A., & Siraj, S. (2020). Analisis kandungan terhadap penampilan kandungan, soalan dan aktiviti buku teks Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahap Dua: Data anekdot. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 8(2), 1–12.

Jamian, A. R. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1–11.

Kasim, M. R. B. (2021). Program LINUS Bahasa Melayu: Beberapa kelemahan dalam penilaian dan cadangan penambahbaikan. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(2), 1–10.

Konaen, S. N., Abd Rahman, F., & Roslan, S. (2019). Meneroka sikap dan motivasi murid rendah pencapaian Bahasa Melayu: Satu kajian kes di FELDA. International Journal of Education and Training, 5(1), 1–9.

Lau, Y. W., S., Lambri, A., & Kiting, R. (2022). Penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu murid bukan penutur jati di Bintulu, Sarawak. EDUCATUM Journal of Social Sciences, 6(1), 33–42.

Mahamod, Z. (2022). Psikolinguistik dan PdP Bahasa. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mat Husin, N., & Wan Mohammad, W. M. R. (2023). Penguasaan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid Tahun 1 di SJKC dari perspektif guru. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1), 279–292.

Mat Rabi, N., Osman, Z., Sarudin, A., Mohamed Redzwan, H. F., & Mat Rabi, N. (2020). Penerapan elemen kemahiran berfikir aras tinggi dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun Enam sekolah rendah. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 10(2), 57–67.

Mazlan, R., Amin, N., Abd. Rahman, M. Z., & Mahamod, Z. (2020). Tahap penguasaan membaca dan menulis murid B40 dari perspektif guru Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(2), 54–73.

Nasbah, N. N. (2022, Julai 6). Silibus pembelajaran harus sesuai tahap. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2022/07/973780/silibus-pembelajaran-harus-sesuai-tahap

Rosly, N. J., & Mokhtar, N. Z. Z. (2021). Mendepani cabaran literasi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli Jakun Lenga, Johor: Satu tinjauan awal. Asian Journal of Civilizational Studies, 3(3), 83–102.

Tobi, S. U. M. (2017). Kajian kualitatif dan analisis temubual. Aras Publisher.

Unjong, P., & Seruji, Z. (2022). Pelaksanaan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran membaca Bahasa Melayu murid LINUS Tahun 3. Asian People Journal, 5(1), 22–30.

Published
2025-05-28
Section
Articles