Pembangunan dan Kebolehgunaan Modul Interaktif bagi Topik Pengorakan dalam Lukisan Kejuruteraan
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai kebolehgunaan modul interaktif bagi pengajaran topik pengorakan dalam Lukisan Kejuruteraan dalam kalangan pelajar Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Model pembangunan ADDIE digunakan sebagai kerangka dalam membangunkan Smart Learning Module yang merangkumi lima fasa utama iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan, dan Penilaian. Reka bentuk kajian kuantitatif digunakan dengan melibatkan tiga orang pakar bagi menguji kesahan modul serta 30 orang pelajar untuk menguji kebolehgunaannya. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik yang mengukur aspek kebergunaan, kemudahan penggunaan, serta kepuasan terhadap modul interaktif yang dibangunkan. Hasil kajian menunjukkan peningkatan signifikan dalam pemahaman pelajar terhadap topik pengorakan, dengan skor kepuasan yang tinggi dari segi reka bentuk dan kebolehgunaan modul. Dapatan analisis menunjukkan bahawa min yang tinggi bagi aspek kebergunaan ialah 4.50, aspek mudah guna ialah 4.40, aspek mudah belajar ialah 4.50 dan kepuasan pelajar ialah 4.60 pada skala Likert lima mata. Kajian ini menyarankan bahawa modul interaktif dapat menjadi alat pembelajaran yang berkesan dalam meningkatkan pemahaman pelajar terhadap Lukisan Kejuruteraan. Implikasi kajian mencadangkan penggunaan teknologi multimedia sebagai pendekatan alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian lanjutan boleh dilakukan dengan memperluaskan skop modul kepada subjek lain dalam bidang kejuruteraan serta menilai kesan jangka panjang penggunaannya terhadap prestasi akademik pelajar.
Downloads
References
Abd Jalil, S. A. B., Kadir, Z. B., & Ali, N. B. (2019). Pembangunan Alat Bahan PembelajaranLukisan Kejuruteraan ‘Orthographic Projection Box’. Journal on Technical and Vocational Education, 4(3), 155-161.
Boon, C. K. (2020). Keberkesanan Penggunaan Program Lukisan Berbantu Komputer (AutoCad) Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Lukisan Kejuruteraan dan Lukisan Berbantu Komputer RBT1014. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, 3, 32-41.
David, R., Ahmad, N., & Siti, H. (2022). Dasar pendidikan abad ke-21 dan pendigitalan dalam pendidikan Malaysia. Jurnal Transformasi Pendidikan, 9(1), 23–35.
Jannah, F. N. M., Nuroso, H., Mudzanatun, M., & Isnuryantono, E. (2023). Penggunaan aplikasi canva dalam media pembelajaran matematika di sekolah dasar. Jurnal Pendidikan Dasar, 11(1), 138-146.
Mohamad Mohsin, S. F. A. (2020). The effect of 21st century acculturation module on the students’ higher order thinking skills and academic achievement (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
Mutiara, A., Alfiriani, A., & Novita, R. (2024). Pengembangan E-Modul Interaktif Pada Materi Analisis Data Mata Pelajaran Informatika Kelas X Di SMKN 1 Solok Selatan. JATI(Jurnal Mahasiswa Teknik Informatika), 8(5), 10558-10565.
Nashir, I. M., Zainal, A. Y. D., & Sulaiman, A. (2022). Pembangunan Modul Multimedia Interaktif bagi Pembelajaran Sains Rumah Tangga Sekolah Menengah Harian di Malaysia. Asian Pendidikan, 2(1), 8-17.
Rahim, S., Ahmad, H., & Zainal, A. (2020). Kegagalan pendekatan tradisional dalam pengajaran lukisan kejuruteraan dan cadangan pendekatan teknologi. Jurnal Inovasi Pendidikan, 8(3), 56–72.
Safar, F., & Raman, N. A. A. (2021). Pendidikan interaktif: penerokaan virtual reality (VR) dalam visualisasi model seni bina. ANP Journal of Social Science and Humanities, 2(2), 26-38.
Schwab, K. (2024). The Fourth Industrial Revolution: What it means, how to respond. In Simsek, Z., Heavey, C., & Fox, B. C., Handbook of research on strategic leadership in the Fourth Industrial Revolution (pp. 29-34). Edward Elgar Publishing.
Shamsudin, N. H., & Hassan, Z. B. (2021). Keberkesanan Trainer Unit SPPD Sebagai Alat Bantu Mengajar Bagi Kursus Pemasangan Dan Penyelenggaraan Paip Domestik: The Effectiveness of SPPD Unit Trainers as Teaching Aids for Domestic Pipe Installation and Maintenance Courses. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 29-36.
Untari, R., Kamdi, W., Dardiri, A., Hadi, S., & Nurhadi, D. (2020). The development and application of interactive multimedia in project-based learning to enhance students' achievement for 2D animation making. International Journal of Emerging Technologies in Learning (iJET), 15(16), 17-30.















