Tahap Penglibatan Pelajar Prasiswazah Bagi Pembelajaran Matematik Secara Dalam Talian Dari Aspek Kognitif, Emosi dan Tingkah Laku
Abstract
Pembelajaran dalam talian telah menjadi elemen penting dalam pendidikan tinggi, terutama selepas penularan wabak COVID-19 yang memaksa peralihan drastik dalam sektor pendidikan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penglibatan pelajar prasiswazah dalam pembelajaran Matematik dalam talian dari aspek kognitif, emosi, dan tingkah laku. Kajian ini adalah kajian deskriptif yang melibatkan 58 orang pelajar prasiswazah dari Universiti Teknologi Malaysia sebagai sampel. Instrumen kajian berupa soal selidik yang dibangunkan berdasarkan teori penglibatan pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penglibatan pelajar dari aspek kognitif, emosi, dan tingkah laku adalah berbeza-beza. Penglibatan kognitif menunjukkan tahap yang sederhana, manakala penglibatan emosi dan tingkah laku berada pada tahap yang rendah. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan mendesak untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran Matematik dalam talian melalui strategi pengajaran yang lebih interaktif dan menyokong secara emosi. Cadangan kajian lanjutan termasuk penerokaan kaedah pembelajaran hibrid dan penyediaan latihan khusus kepada pensyarah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dalam talian.
Downloads
References
Abd Latib, N., Edrusi, M. N., & Muhamad, J. (2021). Pembelajaran Matematik Secara Atas Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. International Journal of Modern Education, 3(8), 91–103. https://doi.org/10.35631/ijmoe.38008
Abdul Razak, R. (2013). Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian Dalam Analisis Novel Bahasa Melayu. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(3).
Abu Hassan, S. A., Zainol Abidin, S., & Hassan, Z. (2021). Keberkesanan Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Talian (Epembelajaran) Terhadap Pembelajaran Pelajar Di Kolej Komuniti Hulu Langat. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6(2), 1–8. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(s2).6241
Ahmad Saifudin, N. H., & Hamzah, M. I. (2021). Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPr) Dalam Talian Dengan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 250–264. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
Apfandi, N., Maarof, N. H., Md Zin, N. S., Joli, N. S., & Yusof, R. (2021). Kajian Amalan Penggunaan Medium Dalam talian Oleh Pelajar Bagi Proses Pembelajaran Di Rumah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2).
Bond, M. (2020). Facilitating Student Engagement Through The Flipped Learning Approach In K-12: A Systematic Review. Computers & Education, 151, 103819. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2020.103819
Capricho, R. A., Paradero, A. L., & Casinillo, L. F. (2021). Knowledge, attitude, and purchase of life insurance among the faculty members of a state university. Indonesian Journal of Social Research (IJSR), 3(3), 171-182. http://dx.doi.org/10.30997/ijsr.v3i3.153
Fredricks, J. A., Blumenfeld, P., Friedel, J., & Paris, A. (2005). School engagement. What do children need to flourish? Conceptualizing and measuring indicators of positive development, 305-321.
Hamed, S., Bahari, P., & Abdullah, A. G. K. (2008). Korelasi antara Persekitaran Pembelajaran Matematik, Sikap Pelajar Terhadap Matematik, dan Pencapaian Pelajar dalam Matematik: Satu Kajian Kes. ESTEEM Academic Journal, 4(2), 91-103.
Hastomo, T., & Septiyana, L. (2022). The investigation of students’ engagement in online class during pandemic COVID-19. Jurnal Penelitian Ilmu Pendidikan, 15(2), 155-164.
Ishak, A. A., & Mir Ahmad Talaat, A. Z. (2020). Pembelajaran dalam talian: Tinjauan terhadap Kesediaan dan Motivasi dalam kalangan pelajar Diploma Logistik dan. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 68–82. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
Krejcie, R. V, & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. Educational And Psychological Measurement, 30(3), 607–610. https://doi.org/https://doi.org/10.1177/001316447003000308
Mansor, N., & Amran, M. S. (2023). Hubungan antara Emosi dan Memori dalam Pembelajaran Matematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(8). https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i8.2457
Mishra, L., Gupta, T., & Shree, A. (2020). Online Teaching-Learning In Higher Education During Lockdown Period Of Covid-19 Pandemic. International Journal of Educational Research Open, 1. https://doi.org/10.1016/j.ijedro.2020.100012
Mohamed Jaafer Sadiq, F. W., & Hassan, M. M. (2021). Konsep Kendiri dan Gaya Pembelajaran terhadap Motivasi Akademik dalam kalangan Mahasiswa. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), 75–105. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i2.683
Mustapah, J., & Rosli, R. (2021). Tahap Kepuasan Pembelajaran Matematik Atas Talian Semasa Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(4), 1–20. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i4.752
Negara, H. R. P., Nurlaelah, E., Wahyudin, Herman, T., & Tamur, M. (2021). Mathematics Self-Efficacy And Mathematics Performance In Online Learning. Journal of Physics: Conference Series, 1882(1). https://doi.org/10.1088/1742-6596/1882/1/012050
Ng, P. L., & Maat, S. M. (2022). Cabaran Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dalam Talian: Sorotan Literatur Bersistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(10). https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i10.1792
Nik Abdullah, N. Md. S. A., Ali, R., Yahya, N. N., & Muhammad Isa, R. A. (2021). Cabaran Guru Dalam Pengajaran Digital Secara dan Kesediaan Murid Pasca Covid-19. Sains Insani, 6(2), 206–213.
Omar, N. D. @, Hassan, H., & Atan, H. (2012). Student Engagement in Online Learning: Learners Attitude Toward E-Mentoring. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 67, 464–475. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.11.351
Omar, R., & Ahmad, J. (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan ePembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1).
Pit, L., Rahman, S., & Surat, S. (2021). Hubungan Antara Regulasi Emosi dan Penglibatan Dalam Kalangan Pelajar. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 11-21.
Reschly, A. L., & Christenson, S. L. (2022). Handbook of Research on Student Engagement. Springer. https://doi.org/10.1007/978-3-031-07853-8
Rosi Anjarwati, & Lailatus Sa’adah. (2021). Student learning engagement in online class. EnJourMe (English Journal of Merdeka): Culture, Language, and Teaching of English, 6(2), 39–49. https://doi.org/10.26905/enjourme.v6i2.6128
Samsudin, S. S., & Awang, M. (2021). Kompetensi Guru Gred Jawatan DG 52 dalam melaksanakan Pembelajaran Maya Menggunakan Google Classroom : Satu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(4), 149–160. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i4.764
Sapian, N. A., Mahamod, Z., & Mahad, I. (2021). Penglibatan Murid-Murid Sekolah Kebangsaan Di Kawasan Bandar Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Talian Daripada Persepsi Guru Bahasa Melayu. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(2), 80–97. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.2.7.2021
Shukor, N. A., Tasir, Z., Van der Meijden, H., & Harun, J. (2014). A Predictive Model to Evaluate Students’ Cognitive Engagement in Online Learning. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 116, 4844–4853. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.01.1036
Si, N. K., & Tasir, Z. (2021). Analysing students’ cognitive engagement in e-learning discussion forums through content analysis. Knowledge Management and E-Learning, 13(1), 39–57. https://doi.org/10.34105/j.kmel.2021.13.003
Sugiyono, (2021). Pelaksanaan Supervisi Akademik Pengawas Sekolah untuk Mengoptimalkan Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) Kunjungan Rumah di Masa Pandemi Covid-19. JIRA: Jurnal Inovasi Dan Riset Akademik, 2(7), 1029–1038. https://doi.org/10.47387/jira.v2i7.189
Syed Zain, S. F. H., Mohd Rosidi, F. E., & Zainol Abidin, I. I. (2012). StudentCentred Learning In Mathematics-Constructivism In The Classroom. Journal of International Education Research-Fourth Quarter, 8(4). http://www.cluteinstitute.com/
Voon, S. H., & Amran, M. S. (2021). Pengaplikasian Teori Pembelajaran Konstruktivisme Dalam Pembelajaran Matematik. Sains Insani, 6(2).
Yahaya, M., & Adnan, W. H. (2021). Cabaran Pelajar Melalui Kaedah Pembelajaran Atas Talian: Kajian Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Journal of Media and Information Warfare, 14(1), 11–20.
Yap, Y. F., & Amran, M. S. (2023). Penglibatan Murid dalam Pembelajaran semasa Transisi Pandemik ke Endemik di Sekolah Rendah. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 5(1), 281–297. https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.1.26
Yin Fang, Y., & Muhammad Syawal, A. (2023). Penglibatan Murid dalam Pembelajaran semasa Transisi Pandemik ke Endemik di Sekolah Rendah. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 5(1), 281–297. https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.1.26















