Penderaan Kanak-kanak dan Tatacara Intervensi

  • Lia Nazia Naziera Hasanuddin Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.
  • Nor Shafrin Ahmad Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.
Keywords: Penderaan seksual, Penderaan kanak-kanak, COVID-19

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka punca penderaan kanak-kanak yang berlaku sepanjang pandemik melanda negara serta tatacara intervensi bagi kaunselor membantu mangsa penderaan. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur bersama pegawai penyiasat bahagian siasatan seksual wanita dan kanak-kanak. Data dianalisis secara analisis tematik bagi menjawab objektif kajian. Keputusan mendapati kes rogol yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun lebih tinggi iaitu 149 berbanding kes penderaan lain iaitu 69 pada tahun 2020 dan 2021. Punca kepada perkara tersebut adalah disebabkan sifat kanak-kanak yang tidak berdaya untuk melawan pendera dan seterusnya sikap ibu bapa yang melepaskan rasa tertekan dan geram terhadap anak mereka berikutan dengan masalah kewangan menyebabkan kepada penderaan fizikal. Selain itu, tingkah laku kanak-kanak yang suka memberontak dan tidak hadir ke kelas PdPR juga merupakan salah satu faktor kes penderaan berlaku sepanjang tempoh pandemik ini. Manakala bagi kes hubungan seksual dalam kalangan kanak-kanak berlaku kerana mereka banyak menghabiskan masa di luar rumah dan tidak hadir ke kelas PdPR. Kanak-kanak yang merupakan murid di sekolah menengah juga perlu bekerja sebagai penunggang Grab Food atau Food Panda untuk menyara keluarga masing-masing semasa pandemik. Tatacara intervensi bermula dengan penaksiran kepada keterukan (severity) dan intensiti kes. Penaksiran yang dibuat akan menentukan sama ada proses seterusnya dirujuk kepada pihak polis atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Demi kesejahteraan kanak-kanak, isu penderaan ini perlu tindakan serius daripada semua pihak dan tidak hanya terletak di bahu pihak penguat kuasa dan pelindung sahaja.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Alavi, K., Aizan Sofia, A., Subhi, N., Mohamad, M. S., & Sarnon, N. (2012). Kerja Sosial Di Sekolah: Memahami dan Menangani Penderaan Kanak-Kanak. Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 7(1), 17–37. http://journalarticle.ukm.my/2820/

Ghosh, R., Dubey, M. J., Chatterjee, S., & Dubey, S. (2020). Impact of COVID -19 on children: special focus on the psychosocial aspect. Minerva Pediatrica, 72(3). https://doi.org/10.23736/s0026-4946.20.05887-9

Akta kanak-kanak 2001 (Akta 611) (2001). (Malasyia).

Mohamad Nurul Hafiz, A. L., Aisyah, D., Siti Fatimah, S., & Zawawi, Y. (2021). Analisis Pendekatan Kaunseling Islam Dalam Menangani Isu Kemurungan Semasa Pandemik Covid 19. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education (ARISE), 1(3), 26–35. https://myedujournal.com/index.php/arise/article/view/47

Muhammed Sharif, M., & Nur Diyana, A. R. (2012). Kesan Psikologi Dan Bentuk Sokongan Anak Deraan Seksual. Journal of Educational Psychology & Counseling, 6, 30–49. http://eprints.utm.my/id/eprint/26360/2/JEPC-06-2012-003.pdf

Nabilah Huda, Z., Norsaleha, M. S., & Zuliza, M. K. (2020). Elemen Kesejahteraan Keluarga Islam Dalam Menangani Penderaan Seksual Kanak-Kanak. Jurnal Pengajian Islam, 13(2), 35–49. https://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/42

Noorjannah. (2014). Intervensi Penderaan Kanak-Kanak: Penderaan Emosi. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia

Noor Zanariah. (2015). Penderaan Kanak-Kanak oleh Ibu Bapa atau Penjaga dan Implikasinya Mengikut Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Jurnal Perspektif, 7(2), 66–80. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1709

Nor Hamizah, A. R., & Abdul Rashid, A. (2020). Perkembangan Sosial Dan Emosi Kanak-Kanak: Kesan Penjarakan Sosial Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dan Pendekatan Dalam Membantu. Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains (SAIS 2020). https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/6841

Norsaleha, M. S., Noor Hafizah, Zetty Nurzuliana, R., Kamal Azmi, A. R., Norbahiah, M., & Nabilah Huda, Z. (2020). Faktor Penderaan Kanak-Kanak di Malaysia: Satu Analisis. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019

Published
2022-06-20
Section
Articles