Nilai Sivik, Batas Etnik dan Impak Tadbir Urus Kerajaan Terhadap Etos Bangsa di Sekolah Kebangsaan

  • Amran Omar Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Shazlin Amir Hamzah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Chang Peng Kee Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Nilai sivik, Batas etnik, Tadbir urus, Kerajaan, Etos bangsa

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melaksanakan penyelidikan empirikal mengenai pengaruh nilai sivik, batas etnik dan tadbir urus kerajaan terhadap pembinaan etos bangsa di sekolah-sekolah kebangsaan di Zon Utara Semenanjung Malaysia. Data kajian ini dikumpulkan dari soal-selidik ke atas 566 orang guru sekolah kebangsaan di negeri-negeri Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Data dianalisis menggunakan kaedah Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM) menggunakan perisian SmartPLS 3.3.3. Skala interval lima mata digunakan untuk mengukur item-item dalam setiap konstruk. Dapatan kajian ini menunjukkan, pertama sekali, nilai sivik mempunyai kesan positif yang signifikan terhadap batas etnik (β=.286; p=.00). Kedua, nilai sivik mempunyai kesan positif terhadap tadbir urus kerajaan yang signifikan dan cukup besar (β=.409; p=.000). Ketiga, nilai sivik mempunyai kesan positif yang signifikan terhadap etos bangsa (β=.304; p=.000). Keempat, batas etnik mempunyai kesan positif yang signifikan terhadap etos bangsa (β=.156; p=.000). Akhirnya, tadbir urus kerajaan mempunyai kesan positif yang signifikan terhadap etos bangsa (β=.442; p=.000). Hasil kajian ini dapat memberi implikasi praktikal bagi para guru untuk mengenali pengaruh nilai sivik, batas etnik dan tadbir urus kerajaan terhadap pembinaan etos bangsa di sekolah-sekolah kebangsaan di negeri-negeri Zon Utara Semenanjung Malaysia. Selain itu, berdasarkan nilai sivik, batas etnik dan tadbir urus kerajaan, mereka juga dapat meningkatkan inisiatif dalam pembinaan etos bangsa.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Amran Omar, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
 

References

Amran Omar, Shazlin A. Hamzah & Chang P. K. (2021) Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen batas etnik di sekolah kebangsaan Zon Utara Semenanjung Malaysia. E-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 18(3), 253-269.

Banton, M. (1991). The race relations problematic. British Journal of Sociology, 42(1), 115-130.

Banton, M. & Mansor Mohd. Noor. (1992). The study of ethnic alignment: a new technique and an application in Malaysia. Ethnic and Racial Studies, 15(4), 599-613.

Barone, T. N. (2002, Apr. 1-5). Civic education and citizenship in Malaysia education. [Paper presentation] The American Educational Research Association Conference, New Orleans, LA, United States.

Barth, F. (1990). The guru and the conjurer: Transactions in knowledge and the shaping of culture in Southeast Asia and Melanesia, 25(4), 640–653.

Beh, S. H., Pue, G. H., Ishak, M. S., & Noor, M. M. (2021). Kesepaduan Nasional Penduduk Kawasan Rukun Tetangga di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), 40-53.

Brahm, E. (2006). Civic education. In Guy Burgess, G. & Burgess, H. (Eds.). Beyond Intractability. Conflict Research Consortium, University of Colorado. http://www.beyondintractabilty.org/essay/civic_education/

Eriksen, T. H. (2002). Ethnicity and nationalism: Anthropological perspectives. Pluto press.

Jindal, N. (2014). Good governance: Needs and challenges. International Journal of Scientific & Engineering Research, 5(5), 113-116.

Jabatan Perdana Menteri. (2021, September 30). Kenyataan Media YAB Perdana Menteri Aspirasi Keluarga Malaysia: 100 Hari Pertama Ahli Jemaah Menteri. [Press release]. https://www.pmo.gov.my/2021/09/kenyataan-media-berkenaan-aspirasi-keluarga-malaysia-100-hari-pertama-jemaah-menteri/

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. (2018). Laporan akhir indeks perpaduan nasional (IPNas 2018). Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Janowitz, M. (1983). The reconstruction of patriotism: Education for civic consciousness. University of Chicago Press

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018a). Laporan Tahunan 2017: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU), Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018b). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2018: Garis Panduan Pelaksanaan Harian Bagi Perpaduan di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM.100-1/7/2/ Jld. 6(10)).

Khairol, A. K. (2014). Impak etnisiti, tadbir urus dan etika kerja terhadap kesepaduan sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) [Tesis yang tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mariscal, D. C., Corredor, G. A. & Cabezas, M. F. (2014). Future Teachers’ Attitudes Towards Cultural Diversity, Minorities and Gender Violence. Procedia Social and Behavioral Sciences, 132(2014), 497-503.

McLaughlin, T. (2005). The educative importance of ethos. British Journal of Educational Studies, 53(3), 306-325.

Mahathir, M. (1992, January 31). Bangsa Malaysia yang bersepadu menjelang tahun 2020. [Teks ucapan] Majlis Makan Malam Kelab Harvard Malaysia, Kuala Lumpur.

Mansor Mohd. Noor. (2001). Cohesion and Consensus: The Prevalence of Ethnic Harmony in a University Campus. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 17(2000/2001), 91-111.

Mansor Mohd. Noor. (2005). Integrasi Etnik di Institusi Awam [Monograph]. Institut Penyelidikan Penyelidikan Tinggi Negara. Universiti Sains Malaysia. Monograf 6/2005.

Mansor Mohd. Noor. (2012). Kerencaman Sosial dan Penipisan Batas Etnik: Kepelbagaian Etnik dan Perkongsian Hidup Bersama di Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Mahadee, I. (2015). Sosialisasi politik, etos nasional dan negara-bangsa: kajian pendidikan sivik dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) [Tesis yang tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Mahadee, I., Nor Azili, H., Azlina, A., Zaini, O., Marzudi, M. Y., & Hairol Anuar, M. D. (2021). Pembentukan Etos Nasional Belia Malaysia: Wadah Pembinaan Negara-Bangsa (National Ethos Formation of Malaysian Youth: Medium for Building a Nation State). Akademika, 91(1), 3-14.

Mohd. Sobhi, I. (2021, Jan 29). Kajian defisit sosial di Malaysia. [Paper presentation] Wawasan Kemakmuran Bersama: Mengurus Defisit Sosial di Malaysia, Kuala Lumpur. Institut Masa. https://institutmasa.com/pemacu-wacana-wawasan-kemakmuran-bersama-defisit-sosial-di-malaysia/

Shamsul, A. B. (1996). Nations-of-intent in Malaysia. In Tonnesson, S. & Antlov, H. (Eds.) Asian Forms of the Nation (pp. 323-347). Curzon Press.

Shamsul, A. B. (Ed.). (2012). Modul hubungan etnik (2nd ed.). Institut Kajian Etnik.

Simonis, Udo E. (2004) Defining good governance: The conceptual competition is on, WZB Discussion Paper, No. P 2004-005, Wissenschaftszentrum Berlin für Sozialforschung (WZB), Berlin.

Solvason, C. (2005). Investigating specialist school ethos… or do you mean culture?. Educational Studies, 31(1), 85-94.

Suresh Kumar, N. V. (2017). Hubungan Etnik di Sekolah: Mempertingkatkan Kesepaduan Dalam Kepelbagaian. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Vellymalay, S. K. N. (2014). Etnisiti interaksi sosial dalam kalangan murid pelbagai etnik di bilik darjah (ethnicity-based social interaction amongst multi-ethnic students in a classroom). Journal of Human Capital Development (JHCD), 7(2), 47-62.

Yong, H. H., Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab Halim. (2018). Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah. Akademika, 88(2), Julai 2018:95-108

Published
2022-06-20
Section
Articles