Kemahiran dan Motivasi Guru serta Keberkesanan Terhadap Penggunaan Telegram dan WhatsApp dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Abstract
Guru merupakan agen perubahan dalam menyalurkan ilmu pengetahuan dan guru seharusnya berinisiatif dalam mempelbagaikan kaedah pendekatan yang terkini kerana guru bertanggungjawab dalam membina, membentuk dan mendidik perkembangan setiap kanak-kanak secara holistik. Menyedari hakikat ini, penerapan penggunaan teknologi dan aplikasi ICT dalam pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) telah menjadi ‘prioriti’ dan dijadikan sebagai salah satu elemen komponen yang penting bagi tujuan merentas kurikulum (EMK) dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2017). Oleh itu,kajian ini adalah untuk kenal pasti kemahiran guru dan motivasi guru tadika tentang penggunaan aplikasi Telegram dan WhatsApp serta keberkesanan penggunaan aplikasi berkenaan dalam PdPc guru-guru di tadika swasta Negeri Melaka. Kajian telah dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian tinjauan berbentuk kuantitatif. Penggunaan soal selidik elektronik telah mendapat kebolehpercayaan dan kesahan sebagai alat psikometrik yang boleh dipercayai berdasarkan dapatan nilai Alpha Cronbha. Instrumen soal selidik elektronik telah disediakan dengan menggunakan skala likert empat mata yang mengandungi empat bahagian. Sampel adalah seramai 175 orang dalam kalangan guru-guru tadika swasta di Negeri Melaka berdasarkan persampelan rawak mudah dan dapatan data telah dianalisis secara statistik deskriptif untuk mencari min dan kekerapan melalui perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS). Hasil telah mendapati bahawa tahap kemahiran guru adalah tinggi manakala, tahap motivasi guru dan keberkesanan adalah sederhana dalam penggunaan aplikasi Telegram dan WhatsApp dalam PdPc guru-guru tadika swasta di Negeri Melaka. Dapatan ini diharapkan dapat memberi sumbangan terhadap kepentingan penggunaan pelbagai sumber teknologi ICT secara EMK dalam KSPK agar sebuah PdPc PAKK yang berkesan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan lebih berkualiti.
Downloads
References
Aini Salwati Mohd Yusof. (2021). Amalan penggunaan media digital guru-guru di sekolah Orang Asli. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 215-227.
Alizah Lambri & Zamri Mahamood. (2019). Penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran Bahasa Melayu menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(33), 78-94.
Alqahtani, M. M. S. & Vijaya. C. B, Elumalai, K. V & Abumelha, M. (2018). WhatsApp: An online platform for university-level english language education. Arab World English Journal (AWEJ), 9(4), 108 -121.
Arzizul Bin Antin & Dg Norizah Binti Ag Kiflee @ Dzulkifli. (2018). Pengaruh beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja guru sekolah menengah di Sabah. Malaysia Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(2), 77-84.
Azman Ab Rahman, Syed Salim Syed Shamsuddin, Nurul Nadia Nozlan, Muhd. Faiz Abd. Shakor & Afaf Sukari. (2021). Pandemik COVID-19: Cabaran pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam dalam pendidikan khas bagi pelajar orang kurang upaya masalah pembelajaran di Malaysia. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, 5, 127-138.
Best, J. W. (1977). Research In Education. New Jersey: Prentice Hall.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). Kurikukulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru. (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pendidikan Swasta. (2017). Garis Panduan Penubuhan, Pendaftaran Dan Pengoperasian Tadika Swasta. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Chew, L. Y. & Suziyani Mohamed. (2021). Kemahiran guru dalam mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam prasekolah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 44-53.
Dinc, E. (2019). Prospective Teachers’ Perceptions of Barriers to Technology Integration in Education. Contemporary Educational Technology, 10(4), 381-398.
Euis Eti Rohaeti, Nelly Fitriani & Fadillah Akbar. (2020). Developing an interactive learning model using visual basic applications with ethnomathematical contents to improve primary school students’ mathematical reasoning. Journal of Mathematics Education, 9(2), 275-286.
Fadzliyah Hashim, Farah Farhana Rosli, Fatahiyah Elias, Mohd Radzi Lebai Mat & Che Nazrah Mohd Yusof. (2020). Pengajaran dan pembelajaran dalam talian dan impaknya terhadap guru novis pendidikan Islam. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 3(4), 151-162.
Inggar Tri Agustin Mawarni, Novia Ratnasari, Anik Nur Handayani, Muladi, Eka Purmanta Aji Wibowo & Rahmania Sri Untari. (2020). Effectiveness of Whatsapp in improving student learning interests during the covid-19 pandemic. International Conference on Vocational Education and Training (ICOVET), 1-5.
Jayaganes Balanadam & Aida Hanim A. Hamid. (2021). Keberkesanan penggunaan tackel kad dalam peningkatan penguasaan sifir di kalangan murid tahun 2 di sebuah sekolah pedalaman. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 150-162.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Laporan Tahunan 2018. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Diperoleh daripada https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/pppm-2013-2025-pendidikan-prasekolah-hingga-lepas-menengah/3933-ar2018-bm-reportfinal/file.
Levent Centikaya. (2017). The impact fo Whatsapp use on success in education. International Review of Research in Open and Distributed Learning, 18(7), 1-16.
Liyana Maisarah Ismail, Norzi Mohd Yusoff & Mohd Isa Hamzah. (2021). Potensi aplikasi Telegram dalam prasekolah. Germane Global Journal of Educational Research dan Management, 1(1), 58-68.
Maimun Aqsha Lubis, Mohd Sham bin Kamis, Sohaina binti Mohd Salleh, Zunidar, Dr. Usiono, Eka Yusnaldi, Siti Hajar binti Taib & Ikwan Lubis. (2021). Isu terkini pendidikan islam di era pandemik covid 19 di Malaysia. Asean Comparative Education Research Journal On Islam And Civilization (Acer-J), 4 (1), 75-91.
Melvina, C. H. C. & Sara Beden. (2021). Penggunaan aplikasi Whatsapp dalam e-pembelajaran bagi guru interim di ipg. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik (JuKu), 9(1), 1-10.
Muhammad Izzat Mailis. (2021). Pandangan dan cabaran guru terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam tempoh pandemik covid-19. Jurnal Ilmi, 11, 14-25.
Nilavani A/P Mahalingam & Khairul Azhar Jamaludin. (2021). Impak dan cabaran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran atas talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 104-115.
Noorazman Abd Samad, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Hairuddin Harun, Mohd Hasril Amiruddin, Suhaizal Hashim & Faizah binti Ja’apar. (2018). Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran di sk daerah Pontian. Online Journal for TVET Practitioners, 1-10.
Noor Syaheerah Hamdan & Tajul Arifin Muhamad. (2021). Motivasi pelajar sekolah menengah kebangsaan di Kuala Lumpur dan keterlibatan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian sepanjang tempoh pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 250-264.
Noradila Nordin, Nur Rasyidah Mohd Nordin & Wafa Omar. (2021). An immersive augmented reality board game experience. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 2(3), 282-285.
Norehan Binti Mohd Nasir dan Mahaliza Binti Mansor. (2021). Cabaran guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah: Suatu pemerhatian awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), 416-421.
Norhasna Yaakob & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2016). Perspeksi guru terhadap penggunaan media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran: Satu tinjauan di sekolah kebangsaan ledang. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nuradilah Binti Abdul Wahab, Mohd Sani Ismail, Nor Asmawati Ismail, Norliana Abd. Majid, Raihan Mohd Ariffin & Wan Ilmiwati Wan Adnan. (2020). Hubungan antara kefahaman pelajar tentang IR 4.0 dengan penggunaan ICT dalam pembelajaran. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 21(1), 193-204.
Nur Fatin Shamimi Che Ibrahim, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Mohd Ra’in Shaari & Kesavan Nallaluthan. (2021). Persepsi pelajar terhadap aplikasi multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Online Journal For Tvet Practitioners, 6(1), 15-24.
Nur Hanisah Ahmad Saifudin & Mohd Isa Hamzah. (2021). Cabaran pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam talian dengan murid sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 250-264.
Nur Hazirah Hairia’an & Masayu Dzainudin. (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan (Spesial Issue), 9, 18-28.
Nurul Khadijah Mohamad, Mohamad Redha Mohamadii, Mohamad Saifullah Mohamadiii & Shahirah Sulaiman. (2020). Kaedah Pengajian Al-Quran Secara Maya Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19. E-Proceeding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2020, 825-837.
Pallant, J. (2011). A Step by Step guide to data analysis using SPSS. 4th edition. Australia: Allen & Unwin.
Radzi Jidin. (2020). Teks ucapan Sidang Media Pembukaan Semula Sekolah bagi Murid Bukan Kelas Peperiksaan Awam: 1 Julai 2020. Putrajaya: Radzi Jidin. Diperoleh daripada https://www.moe.gov.my/muat-turun/teks-ucapan-dan-slide/tu2020/3510-teks-ucapan-sidang-media-ybmk-pendidikan-berhubung-pembukaan-semula-sekolah-bagi-murid-bukan-kelas-peperiksaan-awam-1-julai-2020/file.
Roshlawaty Raieh. (2020). Realiti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa PKPB: Ini yang perlu kita tahu. Diperoleh daripada https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/realiti-pengajaran-dan-pembelajaran-di-rumah-pdpr-semasa-pkpb-ini-yang-perlu-kita-tahu-1.936425/file.
Sandra Rahman, Abu Bakar Nordin & Norlidah Alias. (2013). Penggunaan ICT merentas kurikulum standard prasekolah kebangsaan (KSPK): Tinjauan di prasekolah kementerian pelajaran Malaysia. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(4), 12-20.
Shah Rulbani Zakaria, Mohd Isa Hamzah & Khadijah Abdul Razak. (2017). Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pensyarah pendidikan islam di politeknik zon selatan. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3(1), 29-41.
Siti Hajar Halili & Suguneswary. (2016). Penerimaan guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi berasaskan model tam dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Tamil. Jurnal kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4(2), 31-41.
Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan home based learning (HBL) semasa tempoh pandemik covid-19. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 46-57.
Siti Nur Wahida Rosli, Rosadah Abd. Majid & Ahmad Zamri Mansor. (2021). Pelaksanaan PdPR Terhadap Murid Ketidakipayaan Pendengaran: Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 174-188.
Suvarmani Subban, Nor Asiah Razak, Habibah Ab. Jalil & Ismi Arif Ismail. (2020). Pelaksanaan e-pembelajaran dalam persekitaran sosial dan budaya di sekolah transformasi (TS25) di Malaysia. Innovative Teaching and Learning Journal, 6(1), 32-51.
Suraya Morsidi, Norazrena Abu Samah, Khairul Anuar Abdul Rahman, Zakiah Mohamad Ashari, Nurul Farhana Jumaat & Abdul Halim Abdullah. (2017). WhatsApp and its potential to develop communication skills among university students. International Journal of Interactive Mobile Technologies (iJIM), 15(23), 57-71.
Syahiza Zaharuddin & Fariza Khalid. (2019). Penerimaan pelajar tingkatan 1 terhadap penggunaan aplikasi web 2.0 untuk pembelajaran. Graduate Research In Education Seminar (Greduc) 2019, 92-98.
Tuan Shariffah Khairiah Tuan Kechil & Mohd Mahzan bin Awang. (2021). Penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah melalui aplikasi Telegram. International Journal of Al-Quran and Knowledge, 2, 1-8.
Ugartini Magesvaran & Zamri Mahamod. (2021). Aplikasi google meet sebagai medium pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian di kalangan pelajar prasekolah. International Conference on Businesss Studies and Education (ICBE), 967-978.
Unit Koperasi Koperat. (2009). Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Vanessa, P. I. & Nurfaradilla Mohd Nasri. (2020).Tahap kesediaan dan sokongan bagi pelaksanaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran guru sekolah rendah. International Journal of Education and Pedagogy, 2(4), 489-508.
Wakil, Qaisar, & Mohammed. (2017). Enriching Classrooms with Technology in the Basic Schools. European Journal of Open Education and E-learning Studies, 2(1), 99-108.
Wong Ai Bing & Khairul Azhar Jamaludin. (2021). Pembelajaran dalam talian (e-pembelajaran) semasa pandemik covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 408-414.















