Kaedah Eksperimen Pilihan Diskret: Kesanggupan Membayar Isi Rumah Terhadap Penambahbaikan Perkhidmatan Rawatan Air Sisa
Abstract
Pengurusan air sisa secara lestari adalah sangat penting bagi melahirkan persekitaran yang selamat dan bersih, menjaga kesihatan awam, dan memelihara sumber air dengan baik. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui kesediaan membayar isi rumah berkaitan usaha penambahbaikan perkhidmatan rawatan air sisa di Malaysia. Sejumlah 600 orang responden di Selangor telah dipilih secara rawak berpandukan soal selidik Kaedah Eksperimen Pilihan Diskret (DCE) yang digunakan oleh kajian ini. Berdasarkan perbincangan yang diadakan oleh Kumpulan Berfokus, beberapa atribut telah dikenal pasti seperti kualiti air sungai (sedikit tercemar dan bersih), peningkatan kualiti enap cemar (80% dan 90%), standard masa pembaikan (12 jam dan 24 jam), jarak loji (50-100 meter dan 100-150 meter), dan bayaran tambahan bulanan (RM1, RM3, dan RM5) untuk dipertimbangkan dalam model DCE. Manakala dari segi penganggaran nilai lebihan terpampas, rata-rata isi rumah bersedia untuk membayar harga premium bagi mendapatkan semua penambahbaikan atribut rawatan air sisa yang dimodelkan, iaitu 54 peratus berbanding kadar semasa. Hasil kajian yang diperoleh boleh dijadikan sebagai asas untuk mendukung pembekal perkhidmatan dan badan kerajaan dalam menentukan strategi pengurusan air sisa yang lebih bermanfaat kepada para pengguna.
Downloads
References
Birol, E., & Das, S. (2010). Estimating the value of improved wastewater treatment: The case of River Ganga, India. Journal of Environmental Management, 91(11), 2163-2171.
Bassin, J. P., Castro, F. D., Valério, R. R., Santiago, E. P., Lemos, F. R., & Bassin, I. D. (2021). The impact of wastewater treatment plants on global climate change. In Water Conservation in the Era of Global Climate Change (pp. 367-410). Elsevier.
Blamey, R., Gordon, J., & Chapman, R. (1999). Choice Modelling: Assessing the Environmental Values of Water Supply Options. Australian Journal of Agricultural and Resource Economics, 43(3), 337-357.
Hanley, N., Mourato, S., & Wright, R.E. (2001). Choice modelling approaches: a superior alternative for environmental valuation? Journal of Economic Survey 15, 435-462.
IWK. (2021). Sustainability Report 2021. https://www.iwk.com.my/sustainability-report
Jamal, O. (2006). Economic valuation of household preference for solid waste management in Malaysia: a choice modeling approach. International Journal of Management Studies, 13 (1), 1-23.
Jamal, O., Bennett, J., & Blamey, R. (2004). Environmental values and resource management options: a choice modeling experience in Malaysia. Environment and Development Economics, 9, 803-824.
Pek, C. K., & Jamal, O. (2011). A choice experiment analysis for solid waste disposal option: A case study in Malaysia. Journal of environmental management, 92(11), 2993-3001.
Morrison, M.D., Bennett, J.W., & Blamey, R.K. (1999). Valuing improved wetland quality using choice modeling. Water Resources Research, 35, 2805-2814.
Munusami, C., Othman, J., & Ismail, S. M. (2014). Using choice modelling to reveal household demand for wastewater treatment in Malaysia. APCBEE procedia, 10, 64-68.
Rolfe, J., Bennett, J., & Louviere, J. (2002). Stated values and reminders of substitute goods: Testing for framing effects with choice modelling. Australian Journal of Agricultural and Resource Economics, 46(1), 1-20.
Zuroni, M.J. (2013). Analisis permintaan pengguna terhadap rumah lestari di malaysia: pendekatan model pilihan. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.















