Persepsi, Sikap dan Tanggapan Ibu Bapa Terhadap Bidang Kerjaya Keusahawanan

  • Siti NurMahfuzah Mohd Nafi Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Sheerad Sahid Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Persepsi, Sikap, Tindak Balas, Bidang Keusahawananan

Abstract

Menjelang abad ke-21, kita dapat melihat peranan usahawan sebagai pendorong utama ekonomi. Walaupun Malaysia telah mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan, namun masih wujud agenda serta isu spesifik yang masih memerlukan perhatian. Seorang usahawan merupakan individu dengan perilaku inovatif yang akan menerapkan pengurusan strategik dalam operasi perniagaan mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi, sikap, serta tanggapan ibu bapa terhadap kerjaya keusahawanan untuk anak-anak mereka selepas tamat pengajian. Setiap aspek dikaji secara terperinci. Mengenalpasti hubungan signifikan yang wujud antara persepsi, sikap, dan respons ibu bapa terhadap kerjaya keusahawanan dalam kalangan graduan Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta melihat tahap persepsi, sikap, dan tanggapan ibu bapa terhadap bidang kerjaya keusahawanan berdasarkan faktor demografi. Kajian ini menggunakan kajian kuantitatif serta kaedah tinjauan melalui edaran borang soal selidik. Seramai 500 ibu bapa dipilih secara rawak. Data dianalisis mengguna pakai Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 22. Mengikut kajian ini, jantina bukanlah faktor penyebab kepada implikasi bidang kerjaya keusahawanan. Berdasarkan ujian korelasi yang dijalankan, ianya jelas memberi gambaran mengenai kewujudan hubungan signifikan antara persepsi, sikap serta tanggapan ibu bapa terhadap penglibatan graduan dalam bidang kerjaya keusahawanan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Aziz, Y. (2003). Keusahawanan. Selangor: Prentice Hall.

Azjen, I. (1991). The theory of planned behavior. Organizational behavior and human decision processes, 50(2), 179-211.

Azjen, I. (2002). Perceived behavioral control, self–efficacy, locus of control and the theory of planned behavior. Journal of applied social psychology, 32(4), 665-683.

Boschee, J. & McClurg, J. (2003). Toward a better understanding of social entrepreneurship: Some important distinctions. Ohio Provider Resource Association. 6: 1-6.

Bryant, M. (2006). Talking About Change: Understanding Employee Responses through Qualitative Research. Management Decision, 44(2), 246-258.

Creswell, J. W. (2013). Steps in conducting a scholarly mixed methods study. University of Nebraska.

Drucker, P. F. (1985). Innovation and entrepreneurship: practice and principles. New York: Harper Collins.

Hian, H. C. (1996). Testing hypotheses of entrepreneurship characteristic. Journal of management psychology, 11(3), 12-15.

Hisrich, R. D., Peters, M. P. & Shepherd, D. A. (2008). Entrepreneurship. Singapore: McGraw- Hill.

Jariah, M. (1998). Cabaran sosial, kebudayaan dan politik dalam pembangunan usahawan wanita luar bandar. International Seminar on Entrepreneurship Development for Rural Women and Poverty Alleviation.

Kaplan, J. M. (2011). Getting started in entrepreneurship. University of Texas Press.

Kamus Dewan. (2010). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lüthje C. & Frank, N. (2003). The Making of an Entrepreneur, Testing a Model of Entrepreneurial Intent Among Engineering Students at MIT. R&D Management, 33(2), 135-147.

Mohd Salleh, D., Hoe Chee, H., Norashidah, H., Ooi Yeng, K., Shuhymee, A., Habshah, B., Norita, D., Rosli, M., Armanurah, M., Lily Julienti, A.B. & Mohamad Nasri, M. (2005). Asas Keusahawanan. Kuala Lumpur: Prentice Hall.

Nadzri, S., & Yaacob, S. E. (2019). Ciri-Ciri Akhlak Usahawan Muslim Berjaya dan Hubungannya dengan Cara Pengembangan Harta serta Matlamat Hidup Menurut Perspektif Al-Qur'an. Journal of Contemporary Islamic Law, 4(1), 8-17.

Nagarathanam, R. A. (2015). Hubungan Sikap, Pemikiran dan Tingkah Laku Terhadap Keinginan dalam Pemilihan Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Prasiswazah India di Institut Pengajian Tinggi Sekitar Bangi. [Master's Thesis], Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norasmah, O. & Salmah, I. (2011). Kecenderungan terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan mengikut persepsi peserta skim usahawan siswa. Jurnal Teknologi, 56, 47-63.

Peterman, N. E. & Kennedy, J. (2003), Enterprise education: influencing students’perceptions of entrepreneurship. Entrepreneurship Theory and Practice, 28(2), 129-144.

Rajamanickam, S. (2003). Potensi keterlibatan pelajar kejuruteraan elektrik semester akhir KUiTTHO dalam bidang keusahawanan. [Doctoral dissertation], Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Ravi, N. & Nagarathanam, L. (2015). Hubungan Sikap, Pemikiran Dan Tingkah Laku Terhadap Keinginan Dalam Pemilihan Kerjaya Keusahawanan Dalam Kalangan Prasiswazah India Di Institut Pengajian Tinggi Sekitar Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Mahmood, W. B, Khairuddin, I., Bahaman, A. S. & Zoharah, O. (2016). Teori Tingkah Laku Berencana dan Tingkah Laku Menyokong Perubahan: Satu Sorotan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 1(4), 27-36.

Wickham, P. A. (2004). Strategic entrepreneurship. Edisi ke-3. Harlow: Prentice Hall.

Zaidatol, A. L. P. & Hisyamuddin, H. (2010). Memperkasa tekad keusahawanan pelajar. Serdang: Penerbit Universiti Putera Malaysia.

Published
2023-07-31
Section
Articles