Komponen Kecintaan dalam Pembinaan Negara Bangsa Berteraskan Pendidikan Karakter Melalui Pendidikan Sejarah di Malaysia
Abstract
Pendidikan sejarah dan pendidikan karakter saling berkaitan dalam usaha membentuk individu yang bersemangat patriotisme dan berakhlak mulia. Pendidikan sejarah menyediakan konteks untuk memahami nilai-nilai seperti keberanian, keadilan, dan tanggungjawab, manakala pendidikan karakter mengukuhkan nilai-nilai ini melalui penghayatan dan amalan harian. Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan, cadangan dan kesepakatan pakar terhadap keperluan komponen kecintaan dalam pembinaan negara bangsa berteraskan pendidikan karakter melalui pendidikan sejarah di Malaysia menggunakan pendekatan Fuzzy Delphi (FDM). Pelaksanaan kajian ini melibatkan 13 orang pakar dalam bidang pendidikan sejarah. Kesemua pakar dikehendaki untuk menjawab soal selidik kajian berkenaan komponen kecintaan. Maklumat yang diperoleh dianalisis menggunakan penomboran segi tiga Fuzzy (Triangular Fuzzy Numbers) dan turutan (ranking) setiap item atau elemen kecintaan diperoleh menerusi Defuzzification Process. Analisis kaedah Fuzzy Delphi menunjukkan maklum balas kumpulan pakar terhadap komponen kecintaan berada pada tahap yang baik, iaitu dengan peratus kesepakatan bermula daripada 70% sehingga 90%. Dapatan kajian mendapati semua lapan item kecintaan telah diterima oleh pakar. Dapatan kajian yang diperoleh diyakini dapat membantu pengkaji terhadap kepentingan komponen kecintaan dalam pembinaan negara bangsa berteraskan pendidikan karakter melalui pendidikan sejarah di Malaysia.
Downloads
References
Ahmad Ali Seman. (2009). Pemupukan patriotisme melalui pendidikan multikultural dalam pendidikan Sejarah di Malaysia. Jurnal Ilmu-Ilmu Sejarah, Budaya Dan Sosial, 1, 28–49.
Arthur, J., Kristjansson, K., Cooke, S., Brown, E., & Carr, D. (2015). The good teacher: Understanding virtues in practice. Jubilee Centre for Character and Virtues, 13(10). https://doi.org/10.4324/9780429196737-8
Aszlan Selamat, & Mohamad Iszuan Safarudin. (2016). Penilaian faktor-faktor kesenjangan etnik di Malaysia sebagai penghalang perpaduan nasional. Jurnal Kinabalu. https://doi.org/10.51200/ejk.v19i0.504
Cantrill, J. A., Sibbald, B., & Buetow, S. (1996). The Delphi and nominal group techniques in health services research. International Journal of Pharmacy Practice, 4(2), 67–74. https://doi.org/10.1111/j.2042-7174.1996.tb00844.x
Chambers, W. (1973). Chambers’s Encyclopaedia (Issue v. 3). International Learning Systems Corporation.
Chang, P. T., Huang, L. C., & Lin, H. J. (2000). The fuzzy Delphi method via fuzzy statistics and membership function fitting and an application to the human resources. Fuzzy Sets and Systems, 112(3), 511–520. https://doi.org/10.1016/S0165-0114(98)00067-0
Fitrianah, R. D. (2023). Nilai-nilai pendidikan karakter dalam tradisi tabot pada mata pelajaran Sejarah Kebudayaan Islam (SKI) di Madrasah Aliyah Negeri. Indonesian Journal of Character Education Research, 1(2), 80–90.
Ibrahim Majdi Mohamad Kamil, & Maliati Mohamad. (2020). Cabaran pemerkasaan Bahasa Melayu dalam usaha mencapai negara bangsa di Malaysia. Asian People Journal, 3(2), 181–191.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Sejarah - Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 6 (Semakan 2017) (pp. 1–76). Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Lee, J. H. (2002). Threshold values in fuzzy decision-making models. Journal of Fuzzy Systems, 12(3), 245-260.
Lickona, T. (1992). Educating for character: How our schools can teach respect and responsibility. Bantam Books.
Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia : Dasar, cabaran, dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional. Sosiohumanika, 4(1), 33–48.
Mohd Mahadee Ismail, Nor Azlili Hassan, Azlina Abdullah, Zaini Othman, Marzudi Md Yunus, & Hairol Anuar Mak Din. (2021). Pembentukan etos nasional belia Malaysia: Wadah pembinaan negara-bangsa. Akademika, 91(1), 3–14. https://doi.org/10.17576/akad-2021-9101-01
Mohd Nashahrudin Mat Daud, & Mohd Sobhi Ishak. (2022). Penerapan nilai patriotisme di Malaysia : Satu tinjauan Literatur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(10). https://doi.org/https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i10.1729
Mohd Ridzuan Mohd Jamil, Saedah Siraj, Zaharah Hussin, Nurulrabihah Mat Noh, & Ahmad Ariffin Sapar. (2017). Pengenalan asas kaedah Fuzzy Delphi dalam Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan. Minda Intelek Agency.
Mohd Rodzi Abd Razak. (2009). Pembinaan negara bangsa Malaysia: Peranan pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. JEBAT, 36, 90–106.
Muhammad Daoh, Norazly Nordin, & Uzzairah Nabilah Ahmad Tazli. (2021). Pendidikan karakter dalam pendidikan awal kanak-kanak: Satu sorotan. Selangor Humaniora Review, 4(1), 188–199.
Munadlir, A. (2017). Pengembangan pendidikan karakter di sekolah. Jurnal Pendidikan Dasar, 4(7), 111–117.
Nazri Muslim. (2020). Strategi pembinaan negara bangsa Malaysia. Buletin Citra, 12–26.
Nazri Muslim, & Otong Rosadi. (2021). Peranan bahasa dalam pembinaan negara bangsa di Malaysia dan Indonesia. International Journal of the Malay World and Civilisation, 9(2), 79–89. https://doi.org/10.17576/jatma-2021-0902-08
Nur Syazwani Abdul Talib, Kamarulzaman Abdul Ghani, Nur Azuki Yusoff, & Mohd Mahzan Awang. (2019). Kaedah pembelajaran Sejarah dengan mengambil kira minat dan peningkatan prestasi. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2(1984), 45–57.
Pala, A. (2011). The need for character education. International Journal of Social Sciences and Humanity Studies, 3(2), 23–32.
Peng, C. F. (2006). Pembentukan negara bangsa melalui pendidikan sastera. Jurnal Pengajian Melayu, 17, 1–33.
Ryan, K., & Bohlin, K. E. (1999). Building character in schools: Bringing moral instruction to life. San Francisco-Josey-Bass.
Salam, A. (2023). Pengembangan model pendidikan karakter bangsa berparadigma Islami di Sekolah Menengah Atas Muhammadiyah Bangkinang. Journal on Education, 5(2), 1587–1602. https://doi.org/10.31004/joe.v5i2.794
Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik (Ed. Kedua). Institut Kajian Etnik, UKM.
Shapiza Sharif, Nirwana Mohd Rashid, Zanariah Hamid, & Siti Aidah Lukin@Lokin. (2023). The formation of a nation state through History Education in Malaysia: A literature review. Proceedings of TheIIER International Conference, Kuala Lumpur, Malaysia, 19th - 20th January 2023, 19–20.
Siti Aisyah Mat Saad, & Musirin Mosin. (2021). Kesepaduan sosial dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah: Kesediaan guru dan sokongan sekolah. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 4(1), 72–79. http://www.bitarajournal.com
Sitti Hasnah Bandu, Mohd Mahzan Awang, & Abdul Razak Ahmad. (2017). Element of citizenship in education system in Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(3). https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v7-i3/2852
Smith, A., & Johnson, P. (1998). Expert consensus in decision-making processes. Decision Sciences, 29(4), 673-690.
Widiastuti, A., Dewi, A. D., & Furnamasari, Y. F. (2022). Implementasi pendidikan karakter kewarganegaraan sebagai pendidikan karakter bangsa di era globalisasi. Jurnal Edumaspul, 6(1), 1079–1082. https://ummaspul.e-journal.id/maspuljr/article/view/2300
Wong, T. K. (2010). Defuzzification techniques in fuzzy logic systems. International Journal of Computational Intelligence, 7(2), 123-130.
Ying, L. J., Ting, K. Y., & Nur Farhanis Fathiah Anuaruddin. (2024). Persepsi guru terhadap pengaruh bahasa ibunda semasa pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah jenis kebangsaan Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 14(1), 1–18.
Zarina Eshak, & Azizah Zain. (2020). Kaedah Fuzzy Delphi: Reka bentuk pembangunan modul seksualiti perkasa berasaskan latihan mempertahankan diri untuk prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9(2), 12–22. https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK
Zurqoni, Retnawati, H., Arlinwibowo, J., & Apino, E. (2018). Strategy and implementation of character education in senior high schools and vocational high schools. Journal of Social Studies Education Research, 9(3), 370–397. https://doi.org/10.17499/jsser.01008















