Komunikasi Aspek Intralinguistik dan Ekstralinguistik Untuk Penutur Asing
Abstract
Pengantarabangsaan bahasa Melayu dilaksanakan dalam pelbagai medium demi menyahut seruan silang budaya global. Salah satunya subbidang yang menyahut seruan tersebut ialah pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing atau kepada penutur asing. Penutur asing didapati sangat sukar untuk membina pola ayat asas (dengan rumus nahu dan penekanan kepada frasa, F;N/K/A/T) untuk digunakan dalam perbualan harian {prioriti domain bersignifikan}. Hal ini adalah berdasarkan kajian literatur di Malaysia dan di peringkat luar negara. Kajian berbentuk inovasi ini bertujuan dan ingin mengetengahkan kaedah memahami pola ayat asas (intralinguistik) dalam kemahiran komunikasi kepada mahasiswa antarabangsa di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Terdapat empat buah universiti yang dipilih bagi kajian inovasi ini. Responden kajian ialah seramai sepuluh orang mahasiswa/i antarabangsa [penutur asing, PA] yang terpilih. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif dan kualitatif. Pola ayat asas ini adalah dengan pendekatan mempelajari subjek-predikat di antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta bahasa pertama atau bahasa ibunda mahasiswa. Inovasi ini dijelaskan melalui kerangka pola ayat yang diutarakan dalam sistem bahasa Melayu standard dan unsur linguistik oleh salah seorang pakar penguasaan bahasa asing, iaitu Model Gardner (2010), dan disokong oleh Kerangka Konsep Wenying (2009). Pola ayat ini lebih menarik dan interaktif dipelajari apabila menyertakan pendekatan dimensi motivasi (ekstralinguistik) yang kukuh kepada PA sepertimana yang dianjurkan oleh model tersebut.
Downloads
References
Abdullah Hassan, Mardian Shah Omar & Hasmidar Hassan. (2023). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Burgess, R. (2006). In the Field: Introduction to Field Research. London, Routledge.
Gardner, R. C. (2010). Motivation and Second Language Acquisition: The Socio- Educational Model. New Yomarrk: Peter Lang Publishing.
Gardner, R. C. (2005). Integrative Motivation and Second Language Acquisition. Proceedings from the Canadian Association of Applied Linguistics/Canadian Linguistics Association Joint Plenary Talk. May 30, London, Ontario.
Gardner, R. C. & Lambert, W. E. (1959). Motivational Variables in Second Language Acquisition. Canadian Journal of Psychology, 13, 266-272. http://dx.doi.org/10.1037/h0083787
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2021). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan. Amalan dan Analisis Kajian. Penerbit: Universiti Malaya.
Juwairiah Osman & Mardian Shah Omar. (2024). Komunikasi Intralinguistik dalam Kemahiran Berbahasa Penutur Asing. Jurnal Linguistik, 28(1). 100-118. https://plm.org.my/wp-content/uploads/2024/05/7.-Komunikasi-Intralinguistik-dalam-Kemahiran-Berbahasa-Penutur-Asing.pdf
Juwairiah Osman, Mardian Shah Omar & Salinah Ja’afar. (2023). Aspek Intralinguistik dalam Penguasaan Bahasa Melayu kepada Penutur Asing. Jurnal Linguistik, 27(1), 80-96. https://plm.org.my/ejurnal/index.php/jurnallinguistik/article/view/272/190
Juwairiah Osman, Mardian Shah Omar, Salinah Ja’afar, Zaiton Zakarya & Nurul Afifah Adila Mohd Salleh. (2022a). Kepentingan Elemen Intralinguistik dalam Penguasaan Bahasa Melayu oleh Penutur Asing. Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke 11 (SALPBM XI), 189 – 208. https://fbmk.upm.edu.my/upload/dokumen/20220920221926PROSIDING_PENUH_SALPBM_11_DENGAN_COVER.pdf
Juwairiah Osman, Mardian Shah Omar & Salinah Ja’afar. (2022b). Tumpuan Aspek Intralinguistik dan Ekstralinguistik dalam Pembelajaran Bahasa Melayu kepada Penutur Asing pada Era Norma Baharu. Norizah Ardi et al. (Ed.). Prosiding Seminar Linguistik Kebangsaan (SLiK), p. 53-57.
Juwairiah Osman, Mardian Shah Omar, Salinah Jaafar, Zuraina Ali, Suryanti Awang, Haslinda Hashim & Mardhiyyah Zamani. (2021). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kepada Penutur Asing: Pendekatan Teknologi (Apps) dan Program Pengukuhan Berdasarkan Model Kolb. Innovative Teaching and Learning Journal, 5(1), 65-82. https://itlj.utm.my/index.php/itlj/article/view/66
Klimova, B., Habeb Al-Obaydi , L., Tawafak, R. M., & Pikhart, M. (2023). The design features of digital games and their impact on language learning for EFL college students, 29 June 2023, PREPRINT (Version 1) available at Research Square [https://doi.org/10.21203/rs.3.rs-3078695/v1]
Mardian Shah Omar. (2018). Kelas Pengajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing. Nuraihan Mat Daud (Ed.). Bahasa Melayu untuk Penutur Asing: Isu dalam Pengajaran dan Pembelajaran. P. 1-21. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mardian Shah Omar, Hasmidar Hasan, Salinah Jaafar & Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali. (2018a). Halangan dalam Berbahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Indonesia di Malaysia. Khazanah Melayu Serumpun Dalam Era Baharu (pp. 87-97). Kuala Lumpur: Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, Universiti Malaya.
Mardian Shah Omar, Hasmidar Hassan & Puteri Roslina Abdul Wahid. (2018b). Strategi Pengajaran Bahasa Melayu Terhadap Pelajar Asing dari Indonesia. Kertas Kerja Seminar untuk Penutur Asing. Pusat Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Langkawi, Kedah. https://www.ukm.my/kitbm/wp-content/uploads/artikel/all_kertas_kerja_seminar_BM_untuk_PA.pdf
Mardian Shah Omar & Mashrom Muda. (2019). Kemahiran Komunikasi Penutur Asing: Aplikasi Pendekatan Telefon Pintar dan Internet. Malaysian Journal of Communication, 35(4), 353-367. https://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/36834
Wenying, J. (2009). Acquisition of Word Order in Chinese as a Foreign Language (Studies on Language Acquisition). Press: De Gruyter Mouton.















