Pendekatan Trauma-Focused CBT (TF-CBT) Terhadap Kemurungan Mangsa Buli: Satu Kajian Kes

  • Nurul Huda Ishak Kulliyyah Kaunseling, Pendidikan dan Sains Sosial (KAUSAS), Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah International Islamic University, (UniSHAMS), 09300 Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
  • Nurhikmah Mubarak Ali Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM), 11800 Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
  • Nor Asikhin Ishak Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia (UUM), 06010 Sintok, Kedah, Malaysia
Keywords: TF-CBT, Kemurungan, Mangsa, Buli, Kajian Kes

Abstract

Kemurungan dalam kalangan mangsa buli merupakan satu isu kesihatan mental yang kian membimbangkan, terutamanya dalam kalangan remaja dan belia. Mangsa buli sering mengalami tekanan emosi yang berpanjangan, seterusnya meningkatkan risiko kemurungan kronik dan gangguan fungsi sosial. Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan pendekatan Trauma-Focused Cognitive Behavioral Therapy (TF-CBT) dalam mengurangkan simptom kemurungan dalam kalangan mangsa buli. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneroka kesan intervensi TF-CBT terhadap perubahan emosi, pemikiran dan tingkah laku individu yang mengalami kemurungan akibat buli. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kualitatif yang melibatkan seorang remaja lelaki berumur 32 tahun yang mengalami kemurungan akibat dibuli secara berterusan di sekolah. Data dikumpul melalui sesi temu bual mendalam, pemerhatian semasa sesi terapi, dan diari refleksi peserta sepanjang enam minggu intervensi TF-CBT. Analisis tematik digunakan untuk mengenal pasti tema-tema utama yang berkaitan dengan perubahan simptom kemurungan dan keberkesanan intervensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa peserta mengalami pengurangan signifikan dalam simptom kemurungan, peningkatan dalam kawalan emosi, dan perubahan pemikiran negatif kepada lebih rasional dan positif. Intervensi TF-CBT juga membantu peserta membina daya tahan dan strategi penyesuaian diri yang lebih sihat. Kesimpulannya, pendekatan TF-CBT berpotensi sebagai satu intervensi yang berkesan untuk membantu mangsa buli yang mengalami kemurungan. Kajian mencadangkan agar pendekatan ini diperluaskan dalam perkhidmatan kaunseling sekolah dan dijadikan sebagai modul sokongan psikososial bagi pelajar yang terkesan dengan buli.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Naqiuddin. (2008). Panduan penyelidikan kualitatif: Satu pengenalan asas. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anderson, R. M., & Patel, S. R. (2023). Conceptual application of trauma-focused cognitive behavioral therapy to treat victims of bullying. Psychological Trauma: Theory, Research, Practice, and Policy, 15(2), 210–220. https://doi.org/10.1037/tra0001234.

Biernacki, P., & Waldorf, D. (1981). Snowball sampling: Problems and techniques of chain referral sampling. Sociological Methods & Research, 10(2), 141–163. https://doi.org/10.1177/004912418101000205.

Burns, R. B. (2010). Introduction to research methods (5th ed.). Pearson Education.

Chua, Y. P. (2005). Kaedah penyelidikan: Kaedah dan statistik penyelidikan buku 1. McGraw-Hill Education.

Crawford, J., & Irving, P. (2009). Researching conflict resolution in schools: Social relations in schools. Educational Research, 51(4), 391–406. https://doi.org/10.1080/00131880903354787.

Creswell, J. W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (4th ed.). SAGE Publications.

Ghazali, D., & Sufean, H. (2019). Kaedah penyelidikan dalam pendidikan. Universiti Malaya Press.

Gunter, B. (2001). Media research methods: Measuring audiences, reactions and impact. SAGE Publications.

Heppner, P. P., Wampold, B. E., & Kivlighan, D. M. (1999). Research design in counseling (2nd ed.). Brooks/Cole.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). (2022). Laporan Tinjauan Kesihatan Mental & Tingkah Laku Remaja Malaysia (NHMS Adolescent Health Survey). Putrajaya: Bahagian Kawalan Penyakit.

Levy, M. R., & Windahl, S. (2005). Theories of mass communication (7th ed.). Pearson Education.

Liu, J., Wang, X., Zhang, Y., Chen, L., & Li, Z. (2023). Meta-analysis of the relationship between bullying and depressive symptoms in children and adolescents. BMC Psychiatry, 23, Article 215. https://doi.org/10.1186/s12888-023-04681-4.

Lydecker, J. A., Ozbardakci, E. V., Lou, R., & Grilo, C. M. (2024). Trauma-focused cognitive behavioral therapy for adolescents bullied because of weight: A feasibility study. International Journal of Eating Disorders, 57(10), 2117–2127. https://doi.org/10.1002/eat.24257.

Mahzunah, A. K., & Suhendra, F. (2024). Effects of online bullying on depression in social media users: Meta-analysis. Proceedings of the 10th International Conference on Public Health, 8(1), 12. https://doi.org/10.26911/ICPH10/Epidemiology/2023.12.

Marohaini, Y. (2004). Pengenalan kepada penyelidikan kualitatif. PTS Publications.

McMillan, J. H. (2008). Educational research: Fundamentals for the consumer (5th ed.). Pearson.

Merriam, S. B. (1998). Qualitative research and case study applications in education. Jossey-Bass.

Miles, M. B., & Huberman, A. M. (1994). Qualitative data analysis: An expanded sourcebook (2nd ed.). SAGE Publications.

Neuman, W. L. (2010). Social research methods: Qualitative and quantitative approaches (7th ed.). Pearson Education.

Othman Lebar. (2009). Penulisan laporan kajian. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Othman Lebar. (2015). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rosenbaum, P. R., & Berger, J. O. (2011). Observational studies. Springer.

Siti Uzairiah, A. M. (2017). Analisis tematik dalam penyelidikan kualitatif. Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 3(1), 15–28.

Yin, R. K. (2011). Qualitative research from start to finish. The Guilford Press.

Published
2025-07-29
Section
Articles