Kesan Gaya Kepimpinan Transformasional terhadap Komitmen dan Prestasi Pelatih Muda di Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia: Satu Tinjauan Literatur

  • Lydiawati Wakanan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Persiaran Tun Dr. Ismail, 86400 Parit Raja, Johor, Malaysia.
  • Khairunesa Isa Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Persiaran Tun Dr. Ismail, 86400 Parit Raja, Johor, Malaysia.
  • Sulhairil Hafiz Haji Sulaiman Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Persiaran Tun Dr. Ismail, 86400 Parit Raja, Johor, Malaysia.
Keywords: Kepimpinan transformasional, Komitmen pelatih, Prestasi pelatih, Institut Pendidikan Guru, Sektor pendidikan

Abstract

Gaya kepimpinan transformasional telah dikenali sebagai pendekatan strategik yang efektif dalam membentuk budaya organisasi yang inklusif dan prestasi tinggi. Dalam konteks Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia, di mana pelatih muda berperanan sebagai bakal pemimpin masa depan dalam sektor pendidikan, kesan kepimpinan transformasional terhadap komitmen dan prestasi mereka adalah isu yang kritikal. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan analisis kandungan bagi tujuan pengumpulan dan penganalisisan data. Objektif artikel ini mengkaji elemen utama gaya kepimpinan transformasional—motivasi inspirasi, rangsangan intelektual, pengaruh karisma, dan pertimbangan individu menyumbang kepada peningkatan komitmen pelatih terhadap matlamat institusi serta prestasi dalam akademik dan latihan praktikal, serta membincangkan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan gaya kepimpinan transformasional di IPG, termasuk faktor budaya, kekangan struktural, dan kecekapan pemimpin.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2026-03-31
Section
Articles