Pilihan Bahasa dalam Domain Pekerjaan di Utara Semenanjung Malaysia
Abstract
Kajian ini meneliti pilihan bahasa dan vitaliti bahasa Melayu dalam kalangan kakitangan perkhidmatan awam di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Fokus diberikan kepada sejauh mana bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa kerja utama dalam konteks masyarakat multilingual wilayah utara. Berpandukan kerangka domain Fishman dan Greenfield (1970) dan tafsiran Winford (2003), kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui tinjauan soal selidik terhadap 186 kakitangan kerajaan dari enam jabatan kerajaan. Instrumen kajian yang diadaptasi daripada Coluzzi et al. (2018) merangkumi aspek pengetahuan bahasa, perasaan milikan, pilihan bahasa kerja, variasi penggunaan antara generasi serta persepsi masa depan bahasa Melayu. Dapatan menunjukkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa paling fasih dikuasai (91.4%) dan merupakan bahasa ibunda majoriti responden (95.7%). Dalam subdomain pekerjaan seperti mesyuarat, urusan kaunter, komunikasi dengan rakan sekerja dan pegawai atasan, bahasa Melayu digunakan secara dominan melebihi 88%. Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa etnik lain berlaku secara fungsional mengikut keperluan situasi. Perasaan milikan terhadap bahasa Melayu juga tinggi, dengan 97.8% menganggap kemahiran berbahasa Melayu penting dan 98.9% menyokong pemeliharaannya selari dengan Perlembagaan Malaysia. Responden turut menjangkakan perubahan bahasa Melayu dalam 20 tahun akan datang, khususnya dari segi penggunaan slanga dan percampuran kod oleh generasi muda. Secara keseluruhan, kajian ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai vitaliti yang kukuh dalam sektor perkhidmatan awam di utara Semenanjung Malaysia, namun terus berkembang secara dinamik akibat pengaruh dwibahasa, teknologi dan perubahan generasi. Dapatan ini memberikan asas penting untuk memperkukuh dasar bahasa serta strategi komunikasi dalam perkhidmatan awam.
Downloads
References
Asmah Omar. (1985). Penggunaan Bahasa Malaysia Di Jabatan-Jabatan Kerajaan. Badan Berkanun Dan Pihak Berkuasa Tempatan Di Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Asmah Omar. (2015). Dasar Bahasa Kebangsaan: Sejarah Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Dan Bahasa Rasmi Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Coluzzi, P., Riget, P. N., & Kitade, R. (2018). Is the Baba Nyonya a Doomed Minority? A Preliminary Study on The Vitality of Baba Malay in Melaka (Malaysia). Grazer Linguistische Studien, 89(89), 111–139.
DeVellis, R. F. (2017). Scale Development: Theory and Applications (4th ed.). Sage Publications.
Dörnyei, Z., & Taguchi, T. (2010). Questionnaires in Second Language Research: Construction, Administration, and Processing (2nd ed.). Routledge.
Edwards, J. (1985). Language, society and identity. Basil Blackwell.
Ferguson, C. A. (1959). Diglossia. Word, 15(2), 325–340.
Fishman, J. A. (1991). Reversing language shift: Theoretical and empirical foundations of assistance to threatened languages. Multilingual Matters.
Fishman, J. A., & Greenfield, L. B. (1970). The situational dimension in language choice. In J. A. Fishman (Ed.), Readings in the sociology of language (pp. 217–235). Mouton.
Fishman, J. A. (1972). The Sociology of Language. Rowley, Mass: New Bury House.
Heller, M. (2007). Bilingualism: A social approach. Palgrave Macmillan.
Hinmassia, R. (2024). Language Choice and Attitudes in Public Institutions: The Case of the University of Maroua. European Journal of English Language and Literature Studies, 12(6), 1-18.
Kerlinger, F. N. (1973). Foundations of Behavioral Research. Holt, Rinehart, and Winston.
Labov, W. (1972). Sociolinguistic patterns. University of Pennsylvania Press.
Mohammed Azlan Mis & Nur Syafiqah Muhammad Situl. (2022). Pemilihan Bahasa dalam Situasi Rasmi di Pejabat Kerajaan. GEMA Online, Journal of Language Studies, 22(3), 213-235
Mohammed Azlan Mis. (2020). Pilihan Bahasa dan Lingua Franca. Bangi: Penerbit UKM.
Nik Safiah Karim. (1995). Laporan Kaji Selidik Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Bidang Kewangan Dan Bank. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rönnlöf, H. (2014). Language practices in the workplace: Ethnographic insights from two multilingual companies in Sweden. Department of English, Bachelor Degree Project English Linguistics.
Spolsky, B. (2009). Language management. Cambridge University Press
Winford, D. (2003). An Introduction to Contact Linguistics. Oxford: Blackwell Publishing Ltd.















