Tahap Kesediaan Guru Sejarah Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah
Abstract
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan komponen penting dalam sistem pendidikan Malaysia yang menekankan penilaian berterusan terhadap perkembangan murid. Walau bagaimanapun, pelaksanaan PBD dalam mata pelajaran Sejarah masih menghadapi cabaran termasuklah kekangan kemahiran pentaksiran, latihan profesional dan beban kerja. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kesediaan guru Sejarah sekolah rendah dalam melaksanakan PBD, meneliti perbezaannya berdasarkan faktor demografi (jantina, tahap pendidikan dan pengalaman mengajar) serta menganalisis hubungan antara tahap kesediaan guru dengan latihan profesional. Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 169 guru Sejarah sekolah rendah di daerah Johor Bahru. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) melalui analisis deskriptif, ujian-t bebas, ANOVA sehala dan korelasi Pearson. Keputusan menunjukkan bahawa tiada perbezaan signifikan dalam tahap kesediaan guru berdasarkan jantina (p = 0.296). Sebaliknya, terdapat perbezaan signifikan berdasarkan tahap pendidikan dan pengalaman mengajar (p < 0.001). Analisis post hoc Games-Howell mendapati bahawa guru berkelulusan Diploma Pendidikan kurang bersedia berbanding guru berkelulusan lebih tinggi. Guru dengan pengalaman 5–10 tahun serta melebihi 15 tahun juga didapati lebih bersedia berbanding guru dengan pengalaman kurang daripada 5 tahun. Selain itu, terdapat hubungan positif yang kuat dan signifikan antara latihan profesional dengan tahap kesediaan guru (r = 0.835, p < 0.001). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa latihan profesional merupakan faktor penting dalam meningkatkan kesediaan guru melaksanakan PBD. Justeru, kajian ini memberikan implikasi penting kepada pihak pentadbir dan pembuat dasar dalam memperkukuh pelaksanaan program latihan dan sokongan profesional yang berkualiti bagi guru Sejarah di sekolah rendah.
Downloads
References
Ajzen, I. (1991). The theory of planned behavior. Organizational Behavior and Human Decision Processes, 50(2), 179–211. https://doi.org/10.1016/0749-5978(91)90020-T
Bennett, R. E. (2011). Formative assessment: A critical review. Assessment in Education: Principles, Policy & Practice, 18(1), 5–25. https://doi.org/10.1080/0969594X.2010.513678
Black, P., & Wiliam, D. (1998). Assessment and classroom learning. Assessment in Education: Principles, Policy & Practice, 5(1), 7–74. https://doi.org/10.1080/0969595980050102
Black, P., & Wiliam, D. (2009). Developing the theory of formative assessment. Educational Assessment, Evaluation and Accountability, 21(1), 5–31. https://doi.org/10.1007/s11092-008-9068-5
Black, P., & Wiliam, D. (2018). Classroom assessment and pedagogy. Assessment in Education: Principles, Policy and Practice, 25(6), 551-575. https://doi.org/10.1080/0969594X.2018.1441807
Darling-Hammond, L., Hyler, M. E., & Gardner, M. (2017). Effective teacher professional development (Research Brief). Learning Policy Institute. https://learningpolicyinstitute.org/product/effective-teacher-professional-development-report
Fakhri, A., & Mohd Isha, M. (2016). Pengetahuan dan kemahiran guru Sejarah dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 4(2), 35–45. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/EJOSS/article/view/87/69
Faudzi, N. H. M., & Ahmad, A. (2022). The readiness of history teachers to implement classroom assessment in teaching and learning. Proceedings of the International Conference on Business and Education (ICBE), March 2022. https://www.icbe.my/wp-content/uploads/2022/04/Manuscript-ICBE-Nurul-Huda-1-2.pdf
Heritage, M. (2010). Formative assessment: Making it happen in the classroom. Corwin Press.
Khaw, K. X., & Nasri, N. M. (2024). The readiness level of primary school teachers towards the implementation of Classroom-Based Assessment (PBD). International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 13(4), 1789–1796. https://doi.org/10.6007/IJARPED/v13-i4/23224
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308
McMillan, J. H., & Schumacher, S. (2021). Research in education: Evidence-based inquiry (8th ed.). Pearson Education.
Neziri, M., Kryeziu, V., & Avdiu-Kryeziu, S. (2025). Teachers’ attitudes from experience regarding formative assessment in achieving curricular outcomes in primary education. Human Research in Rehabilitation, 15(2), 423–438. https://doi.org/10.21554/hrr.092515
Ng, P. J., Rahman, S., & Surat, D. (2023). Tahap pengetahuan, kemahiran dan kesediaan guru terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(5), e002339. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i5.2339
Nunnally, J. C., & Bernstein, I. H. (1994). Psychometric theory (3rd ed.). McGraw-Hill.
Patton, M. Q. (2020). Qualitative research & evaluation methods (4th ed.). SAGE Publications.
Schildkamp, K., van der Kleij, F. M., Heitink, M. C., Kippers, W. B., & Veldkamp, B. P. (2020). Formative assessment: A systematic review of critical teacher prerequisites for classroom practice. International Journal of Educational Research, 103, 101602. https://doi.org/10.1016/j.ijer.2020.101602
Sekaran, U., & Bougie, R. (2016). Research methods for business: A skill-building approach (7th ed.). John Wiley & Sons.
Zikmund, W. G., Babin, B. J., Carr, J. C., & Griffin, M. (2020). Business research methods (10th ed.). Cengage Learning.















