Kompetensi Moral dan Hubungannya dengan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah Harian

  • Fazirah Awang College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, Malaysia
  • Muhamad Dzahir bin Kasa Pusat Kajian Kes Pengurusan dan Kepimpinan (PKKPK), Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, Malaysia
Keywords: Kompetensi moral, Pendidikan pencegahan dadah, Pendidikan nilai, Pencegahan berasaskan sekolah

Abstract

Kajian ini bertujuan meneliti hubungan antara kompetensi moral dengan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian. Kajian menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan dan melibatkan 360 orang pelajar sekolah menengah harian di negeri Kedah yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik yang mengukur persepsi pelajar terhadap pelaksanaan program PPDa dan tahap kompetensi moral. Analisis deskriptif digunakan untuk menghuraikan profil responden dan tahap pemboleh ubah, manakala analisis korelasi Pearson digunakan untuk menguji hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif dan signifikan antara program PPDa dengan kompetensi moral. Penemuan ini menunjukkan bahawa pelaksanaan program PPDa yang tersusun, relevan dan berorientasikan kemahiran bukan sahaja meningkatkan pengetahuan pencegahan, malah berpotensi mengukuhkan pertimbangan moral, tanggungjawab dan kebolehan pelajar membuat keputusan beretika. Kajian mencadangkan agar elemen penaakulan moral, perbincangan dilema, kemahiran menolak tekanan rakan sebaya dan refleksi nilai diperkasakan dalam pelaksanaan program PPDa di sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Rahman, et al. (2024). Moral emotion and moral identity on moral judgement maturity among Malaysian secondary school students. Indonesian Journal of Educational Research and Review, 7(1). https://doi.org/10.23887/ijerr.v7i1.76114

Appalanaidu, S. R., Balakrishnan, V., & Siaw, Y.-L. (2023). Does moral judgement mediate the relationship between moral emotion and moral identity towards prosocial behaviour? An empirical study among Malaysian adolescents. Malaysia Online Journal of Psychology & Counselling, 10(2).

Borkenhagen, D., Singh, S., Dimitropoulos, G., et al. (2026). Primary prevention interventions for problematic substance use in adolescents: A scoping review. Journal of Prevention. https://doi.org/10.1007/s10935-026-00932-8

Eisman, A. B., Martin, J., Hasson, R. E., & Kilbourne, A. M. (2024). Resource realities: Exploring the foundations of successful implementation in school-based drug prevention. Journal of School Health, 94(12), 1185–1195. https://doi.org/10.1111/josh.13539

Fernández-León, P., Lima-Serrano, M., Fagundo-Rivera, J., & Martínez-Montilla, J. M. (2025). Planning, implementation, evaluation, and sustainment of digital health interventions for adolescent substance use prevention: A systematic review of influencing factors based on the RE-AIM framework. Health Education Research, 40(3), cyaf021. https://doi.org/10.1093/her/cyaf021

Jenkins, E., Karamouzian, M., Sabioni, P., Molyneux, T., Goodyear, T., Gadermann, A., Gunn, H., Knight, R., Carwana, M., Fast, D., et al. (2026). School-based substance use interventions: An overview of systematic reviews and meta-analysis. International Journal of Mental Health and Addiction. https://doi.org/10.1007/s11469-025-01606-y

Khairiah, S., Halim, S., & Zaini, Z. ‘I. I. (2025). Integration of ADDIE and Health Belief Model on drug and substance abuse prevention educational module (DSPEM): Conceptual paper. Environment-Behaviour Proceedings Journal, 10(SI35).

Popoveniuc, B. (2021). Moral competence and foundations of moral judgment: An empirical exploration of concepts and new possibilities for understanding. Ethics in Progress, 12(1), 39–58. https://doi.org/10.14746/eip.2021.1.4

Said, S., Palutturi, S., Irwandy, Razak, A., Syamsuar, & Ibnu, I. F. (2026). School-based interventions for drug use prevention among adolescents: A scoping review. Journal of School Health, 96(3), e70122.

United Nations Office on Drugs and Crime, & World Health Organization. (2018). International standards on drug use prevention (2nd updated ed.). World Health Organization.

van de Groep, S., Zanolie, K., & Crone, E. A. (2022). Prosocial development in adolescence. Current Opinion in Psychology, 44, 220–225.

Published
2026-08-31
Section
Articles