Instrumen Pentaksiran Pelaporan Amali Fizik Berasaskan Rubrik Analitik, Senarai Semak dan Refleksi Kendiri: Analisis Kebolehgunaan, Kepraktisan dan Objektiviti Pentaksiran
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis kebolehgunaan, kepraktisan dan objektiviti pentaksiran bagi Instrumen Pentaksiran Pelaporan Amali Fizik (IPPAF) yang dibangunkan berasaskan rubrik analitik, senarai semak dan refleksi kendiri. Instrumen ini dibangunkan bagi meningkatkan ketelusan, konsistensi dan keberkesanan pentaksiran pelaporan amali fizik dalam kalangan guru pelatih. Kajian menggunakan reka bentuk tinjauan yang melibatkan 150 orang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Fizik di sebuah universiti awam di Malaysia. Instrumen kajian mengandungi 15 item yang merangkumi tiga konstruk utama, iaitu kebolehgunaan, kepraktisan dan objektiviti pentaksiran menggunakan skala Likert lima mata. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai melalui SPSS versi 29. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebolehgunaan instrumen berada pada tahap tinggi (M = 4.46, SP = 0.55), diikuti kepraktisan instrumen (M = 4.39, SP = 0.55) dan objektiviti pentaksiran (M = 4.44, SP = 0.54). Dapatan ini menunjukkan bahawa gabungan rubrik analitik, senarai semak dan refleksi kendiri dapat memperjelas kriteria penilaian, memudahkan proses pentaksiran serta meningkatkan ketelusan dan konsistensi penskoran pelaporan amali fizik. Kajian ini memberi implikasi bahawa instrumen yang dibangunkan berpotensi dijadikan panduan pentaksiran yang lebih sistematik, autentik dan profesional dalam pendidikan guru fizik.
Downloads
References
Abrahams, I., & Reiss, M. J. (2012). Practical work: Its effectiveness in primary and secondary schools in England. Journal of Research in Science Teaching, 49(8), 1035–1055.
Brookhart, S. M. (2018). How to create and use rubrics for formative assessment and grading (2nd ed.). ASCD.
Brown, S., & Knight, P. (2012). Assessing learners in higher education. Routledge.
English, N., Robertson, P., Gillis, S., & Graham, L. (2022). Rubrics and formative assessment in K–12 education: A scoping review of literature. International Journal of Educational Research, 113, 101964.
McArthur, J. (2023). Rethinking authentic assessment: Work, well-being, and society. Higher Education, 85(1), 85–101.
Miller, M. D., Linn, R. L., & Gronlund, N. E. (2020). Measurement and assessment in teaching (11th ed.). Pearson.
Nitko, A. J., & Brookhart, S. M. (2015). Educational assessment of students (7th ed.). Pearson.
Nunnally, J. C., & Bernstein, I. H. (1994). Psychometric theory (3rd ed.). McGraw-Hill.
Panadero, E., & Jonsson, A. (2020). A critical review of the arguments against the use of rubrics. Educational Research Review, 30, Article 100329.
Reddy, Y. M., & Andrade, H. (2010). A review of rubric use in higher education. Assessment & Evaluation in Higher Education, 35(4), 435–448.
Ryan, M., & Ryan, M. (2015). Theorising a model for teaching and assessing reflective learning in higher education. Higher Education Research & Development, 34(2), 226–239.
Schön, D. A. (1983). The reflective practitioner: How professionals think in action. Basic Books.
Stevens, D. D., & Levi, A. J. (2013). Introduction to rubrics: An assessment tool to save grading time, convey effective feedback, and promote student learning (2nd ed.). Stylus Publishing.
Tractenberg, R. E. (2021). The assessment evaluation rubric: Promoting learning and learner-centered teaching through assessment in face-to-face or distanced higher education. Education Sciences, 11(8), 441.















