Amalan Terbaik Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Karangan Sekolah Rendah: Satu Sorotan Literatur Sistematik
Abstract
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan elemen penting dalam pendidikan abad ke-21 yang berperanan meningkatkan keupayaan murid untuk berfikir secara kritis, kreatif dan reflektif dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti. Walau bagaimanapun, pelaksanaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan sekolah rendah masih menghadapi pelbagai cabaran seperti amalan pengajaran yang berorientasikan peperiksaan, kekangan pengetahuan pedagogi guru serta penguasaan murid yang tidak konsisten. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan terbaik penerapan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan sekolah rendah berdasarkan sorotan literatur sistematik. Kajian ini menggunakan kaedah Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) dalam proses pemilihan artikel. Sebanyak 30 artikel yang diterbitkan antara tahun 2001 hingga 2025 telah dipilih daripada pangkalan data yang memenuhi kriteria inklusi dan eksklusi. Data dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil kajian mengenal pasti enam tema utama, iaitu (i) Pembelajaran Berasaskan Inkuiri, (ii) Pembelajaran Berasaskan Projek dan Penyelesaian Masalah (PBL/PjBL), (iii) Pemikiran Kritis dan Penghujahan, (iv) Metakognitif dan Refleksi Kendiri, (v) Konstruktivisme dan Pembelajaran Berpusatkan Murid serta (vi) Kreativiti dan Pengembangan Idea Penulisan. Dapatan menunjukkan bahawa penerapan KBAT yang berkesan memerlukan gabungan pelbagai strategi pedagogi yang memberi peluang kepada murid berfikir secara mendalam, menyelesaikan masalah, membuat pertimbangan dan membina pengetahuan secara aktif. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada guru, penyelidik dan pembuat dasar dalam memperkukuh pelaksanaan KBAT dalam pengajaran penulisan karangan sekolah rendah.
Downloads
References
Abdul Aziz, F. A., & Abd Rahman, F. (2018). Sorotan kajian kesediaan dan keperluan guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di bilik darjah. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 9, 80–101.https://doi.org/10.37134/pendeta.vol9.7.2018
Ajmain @ Jima'ain, M. T., Ansar, A. M. H., Hehsan, A., & Mohamed, A. M. (2023). Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran guru Pendidikan Islam: Analisis Literatur Sistematik (SLR). UMRAN: Journal of Islamic and Civilizational Studies, 10(2).
Anderson, L. W., & Krathwohl, D. R. (2001). A taxonomy for learning, teaching, and assessing: A revision of Bloom's taxonomy of educational objectives. Longman.
Beghetto, R. A., & Kaufman, J. C. (2014). Classroom contexts for creativity. High Ability Studies, 25(1), 53–69.
Bell, S. (2010). Project-based learning for the 21st century: Skills for the future. The Clearing House, 83(2), 39–43.
Brooks, J. G., & Brooks, M. G. (1999). In search of understanding: The case for constructivist classrooms. ASCD.
Brookhart, S. M. (2010). How to assess higher-order thinking skills in your classroom. ASCD.
Bruner, J. S. (1966). Toward a theory of instruction. Harvard University Press.
Chew, F. P., & Masingan, N. J. (2021). Pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kemahiran menulis. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 20–35.
Collier, K. (2024). Guiding elementary students to show their thinking. Edutopia.
Facione, P. A. (2015). Critical thinking: What it is and why it counts (6th ed.). Insight Assessment.
Fisher, R. (2013). Teaching thinking: Philosophical enquiry in the classroom (4th ed.). Bloomsbury Academic.
Flavell, J. H. (1979). Metacognition and cognitive monitoring: A new area of cognitive-developmental inquiry. American Psychologist, 34(10), 906–911.
Graham, S., McKeown, D., Kiuhara, S., & Harris, K. R. (2012). A meta-analysis of writing instruction for students in the elementary grades. Journal of Educational Psychology, 104(4), 879–896.
Graham, S., & Perin, D. (2007). Writing next: Effective strategies to improve writing of adolescents in middle and high schools. Alliance for Excellent Education.
Hamzah, H., Hamzah, M. I., & Zulkifli, H. (2022). Systematic literature review on the elements of metacognition-based higher order thinking skills (HOTS) teaching and learning modules. Sustainability, 14(2), 813. https://doi.org/10.3390/su14020813
Heong, Y. M., Othman, W., Yunos, J. M., Kiong, T. T., Hassan, R., & Mohamad, M. M. (2011). The level of Marzano higher order thinking skills among technical education students. International Journal of Social Science and Humanity, 1(2), 121–125.
Hmelo-Silver, C. E., Duncan, R. G., & Chinn, C. A. (2007). Scaffolding and achievement in problem-based and inquiry learning. Educational Psychologist, 42(2), 99–107.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2023). Dasar Pendidikan Digital. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2026). Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035. Kementerian Pendidikan Malaysia.
King, F. J., Goodson, L., & Rohani, F. (2013). Higher order thinking skills: Definition, teaching strategies and assessment. Center for Advancement of Learning and Assessment.
Kokotsaki, D., Menzies, V., & Wiggins, A. (2016). Project-based learning: A review of the literature. Improving Schools, 19(3), 267–277.
Lazonder, A. W., & Harmsen, R. (2016). Meta-analysis of inquiry-based learning: Effects of guidance. Review of Educational Research, 86(3), 681–718.
Lingga, L. J., Nusantara, T., & Mashfufah, A. (2024). Implementation of the Problem Based Learning model to enhance Higher Order Thinking Skills (HOTS): A systematic literature review. Journal of Teaching and Learning in Elementary Education.
Mat Rabi, N., Osman, Z., Sarudin, A., Mohamed Redzwan, H. F., & Mat Rabi, N. (2020). Penerapan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun Enam sekolah rendah. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 10, 1–13.
Ministry of Education Singapore. (2010). Thinking Schools, Learning Nation: Educational Reform in Singapore.
Paul, R., & Elder, L. (2019). The miniature guide to critical thinking concepts and tools (8th ed.). Foundation for Critical Thinking.
Pedaste, M., Mäeots, M., Siiman, L. A., De Jong, T., Van Riesen, S. A., Kamp, E. T., Manoli, C. C., Zacharia, Z. C., & Tsourlidaki, E. (2015). Phases of inquiry-based learning: Definitions and the inquiry cycle. Educational Research Review, 14, 47–61.
Ritchhart, R., Church, M., & Morrison, K. (2011). Making thinking visible: How to promote engagement, understanding, and independence for all learners. Jossey-Bass.
Runco, M. A., & Acar, S. (2012). Divergent thinking as an indicator of creative potential. Creativity Research Journal, 24(1), 66–75.
Savery, J. R. (2015). Overview of problem-based learning: Definitions and distinctions. Dalam Essential Readings in Problem-Based Learning (hlm. 5–15).
Schraw, G., & Dennison, R. S. (1994). Assessing metacognitive awareness. Contemporary Educational Psychology, 19(4), 460–475.
Tajudin, N. M., Chinnappan, M., Saad, M. I. M., & Yee, M. H. (2021). A systematic review of higher-order thinking by visualizing its structure through HistCite and CiteSpace software. Thinking Skills and Creativity, 41, 100852.
UNESCO. (2023). Global Education Monitoring Report 2023. UNESCO.
United Nations. (2015). Transforming our world: The 2030 Agenda for Sustainable Development. United Nations.
Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes. Harvard University Press.
Zimmerman, B. J. (2002). Becoming a self-regulated learner: An overview. Theory Into Practice, 41(2), 64–70.
Zohar, A., & Dori, Y. J. (2003). Higher order thinking skills and low-achieving students: Are they mutually exclusive? The Journal of the Learning Sciences, 12(2), 145–181.















