Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahasa Tamil: Amalan, Cabaran dan Keperluan Guru
Abstract
Pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Tamil memerlukan perancangan yang menyediakan peluang komunikasi serta mengambil kira perbezaan penguasaan murid. Kajian ini bertujuan meneroka amalan guru, mengenal pasti cabaran pelaksanaan dan menentukan keperluan sokongan pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Tamil Tahun Lima di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Kedah. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dalam fasa analisis keperluan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan. Data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur dengan lapan guru daripada lapan SJKT dan analisis 16 rancangan pengajaran harian, terdiri daripada lapan dokumen bagi setiap kemahiran. Data temu bual dianalisis secara tematik berbantukan ATLAS.ti, manakala dokumen dianalisis menggunakan senarai semak dan dibandingkan dengan dapatan temu bual. Dapatan menunjukkan bahawa guru menggunakan aktiviti koperatif dan kolaboratif, simulasi, main peranan, soal jawab dan penceritaan, disokong oleh bahan audio visual serta kod QR. Cabaran yang dilaporkan melibatkan tumpuan dan pemahaman mendengar, sebutan, respons pertuturan yang ringkas, keyakinan murid, kekangan masa dan bahan serta perancangan aktiviti mengikut tahap penguasaan. Analisis dokumen menunjukkan bahawa objektif berkaitan kemahiran sasaran dan standard kurikulum dicatatkan dalam semua dokumen, tetapi perincian objektif, aktiviti pelbagai aras, instrumen pentaksiran dan refleksi dengan intervensi masih terhad. Semua peserta memerlukan panduan khusus yang mengandungi strategi, contoh aktiviti dan rancangan pengajaran, bahan bantu mengajar serta sokongan pemantauan pembelajaran yang mudah diakses. Kajian ini menyediakan asas empirikal bagi pembangunan panduan pengajaran yang menyepadukan keperluan kurikulum dengan sokongan praktikal kepada guru. Keberkesanan panduan tersebut perlu dinilai melalui kajian lanjutan.
Downloads
References
Abd. Aziz Abd. Talib. (2007). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik (Edisi ke-4). Utusan Publications & Distributors.
Ahmad Kamil, F. N., Abdul Talib, L., Derong, A., Seliman, E., & Li, P. S. (2024). Tahap pengetahuan dan amalan lima aktiviti pentaksiran bilik darjah dalam kalangan guru Bahasa Melayu Tahap 1 sekolah rendah di Daerah Segamat. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 14(1), 38–50. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/88
Anusia, K., & Muniisvaran, K. (2024). Tamil language teachers’ teaching practices for factual type essays in Tamil national type schools in Malaysia. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 13(1), 1–16. https://doi.org/10.6007/IJARPED/v13-i1/20028
Azman Che Mat, Ahmad Zulfadhli Nokman, Nor Shaifura Musilehat, Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, & Zalinawati Abdullah. (2022). Amalan strategi mendengar dan bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Akademika, 92(3), 133–148. https://doi.org/10.17576/akad-2022-9203-10
Halliday, M. A. K. (1993). Towards a language-based theory of learning. Linguistics and Education, 5(2), 93–116. https://doi.org/10.1016/0898-5898(93)90026-7
Hamzah, S. (2024). Higher education transformation in Malaysia: Challenges and opportunities in the era of Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0). Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16(2), 127–136. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol16.2.11.2024
Hanushek, E. A., & Woessmann, L. (2020). The economic impacts of learning losses (OECD Education Working Papers No. 225). OECD Publishing. https://doi.org/10.1787/21908d74-en
Horwitz, E. K., Horwitz, M. B., & Cope, J. (1986). Foreign language classroom anxiety. The Modern Language Journal, 70(2), 125–132. https://doi.org/10.1111/j.1540-4781.1986.tb05256.x
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran: Bahasa Tamil Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) (KSSR Semakan 2017). Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2026). Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035. https://www.moe.gov.my/dokumen-penuh-rancangan-pendidikan-malaysia-rpm-2026-2035
Kunsuraman, S., & Kanapathy, K. (2025). The use of teaching aids in the teaching and learning of Tamil language. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 15(11), 1381–1387. https://doi.org/10.46886/IJARBSS/v15-i11/19501
McArdle, G. E. H. (1998). Conducting a needs analysis. Crisp Publications.
Mishra, P., & Koehler, M. J. (2006). Technological pedagogical content knowledge: A framework for teacher knowledge. Teachers College Record, 108(6), 1017–1054. https://doi.org/10.1111/j.1467-9620.2006.00684.x
Muthiah, C., & Annamalai, M. D. (2025). Tahap pemahaman dan penggunaan aplikasi DELIMa 2.0 oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Tamil. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 9(1), 125–139. https://doi.org/10.33306/mjssh/312
Noormarizan Mohamed Nawi, & Ariff Mohamad. (2024). Hubungan penguasaan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu secara dalam talian terhadap kemahiran mendengar dan bertutur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(4), Article e002491. https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i4.2491
Nor Fazilah Noor Din, Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah, Rozita Omar, & Faridah Nazir. (2025). Pengajaran kemahiran bahasa dalam bahasa Melayu. MK e-Solutions. https://irep.iium.edu.my/127532/
Ramalingam, K., & Yeo, K. J. (2023). The impact of KaniMani Storytelling Mobile Application (KM-SMA) on Tamil students’ speaking skills and motivation in learning Tamil. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 22(1), 129–142. https://doi.org/10.26803/ijlter.22.1.8
Ramalingam, K., Yeo, K. J., & Adnan, N. I. (2022). Challenges in the teaching of speaking skills in Tamil subject among the Indian students at the national primary school. International Journal of Practices in Teaching and Learning, 2(1), 1–8. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76272/
Ramalingam, K., Yeo, K. J., & Mathiyazhagan, S. (2022). Speaking skills enhancement through digital storytelling among primary school students in Malaysia. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 21(3), 22–35. https://doi.org/10.26803/ijlter.21.3.2
Ramlan, N., Wan Mohammad, W. M. R., & Mahamod, Z. (2025). Pelaksanaan pentaksiran autentik kemahiran lisan Bahasa Melayu sekolah rendah berasaskan pendekatan tematik. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 22(1), 138–151. https://doi.org/10.17576/ebangi.2025.2201.11
Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035. Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my/dokumen-penuh-rancangan-pendidikan-malaysia-rpm-2026-2035
Richards, J. C. (2008). Teaching listening and speaking: From theory to practice. Cambridge University Press.
Richey, R. C., & Klein, J. D. (2007). Design and development research: Methods, strategies, and issues. Lawrence Erlbaum Associates. https://doi.org/10.4324/9780203826034
Roslan, M. H. H., & Jamaludin, K. A. (2025). Pentaksiran bilik darjah sebagai alternatif peperiksaan Tahap 1: Isu dan cabaran. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education, 5(2), 147–163. https://jurnal.nun-g.com/index.php/arise/article/view/620
Saunders, B., Sim, J., Kingstone, T., Baker, S., Waterfield, J., Bartlam, B., Burroughs, H., & Jinks, C. (2018). Saturation in qualitative research: Exploring its conceptualization and operationalization. Quality & Quantity, 52(4), 1893–1907. https://doi.org/10.1007/s11135-017-0574-8
Vandergrift, L., & Tafaghodtari, M. H. (2010). Teaching L2 learners how to listen does make a difference: An empirical study. Language Learning, 60(2), 470–497. https://doi.org/10.1111/j.1467-9922.2009.00559.x















