Modul Kadimel: Reka Bentuk Pembangunan Modul Pembelajaran Kosa Kata Yang Lebif Afdal

  • Thibbah Gatanagayan Kolej Vokasional Balik Pulau, Pulau Pinang, Malaysia
  • Fadzilah bte Amzah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Malaysia
Keywords: kosa kata, modul, multimedia, aplikasi Quizlet, model ADDIE

Abstract

Kajian awal membuktikan majoriti pelajar khususnya pelajar kolej vokasional tidak dapat membina ayat yang gramatis berdasarkan kosa kata yang sesuai selain menghadapi isu motivasi yang rendah dan bahan pembelajaran yang terhad bagi subjek Bahasa Melayu. Hal ini secara langsung akan mengganggu proses pembelajaran pelajar untuk menguasai kosa kata Bahasa Melayu dengan baik. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk membina sebuah modul yang berkesan dan interaktif bagi mengatasi masalah ketidakupayaan pelajar untuk mahir dalam kosa kata Bahasa Melayu dengan menerapkan elemen-elemen pembelajaran dalam aplikasi web Quizlet yang dapat membantu pelajar bermain sambil belajar dalam suasana yang tidak tertekan. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Nailul dan Zaleha (2017), aplikasi Quizlet amat efektif dalam usaha untuk memperkaya kosa kata pelajar. Kad imbas elektronik yang dibangunkan melalui aplikasi Quizlet dikenali sebagai aplikasi web kad imbasan iaitu web-based flashcard program sesuai dalam pembelajaran kosa kata dengan mengekalkan informasi kosa kata dengan cara kreatif melalui pendedahan mod-mod yang menarik seperti mod Flashcards, Learn, Write, Spell, Test, Match , Gravity dan Live manakala penyelidik membangunkan mod kesembilan yang merupakan aktiviti binaan ayat dengan menggunakan 12 perkataan yang telah dipelajari dalam kad imbas elektronik. Pembinaan modul yang dikenali sebagai Modul Kadimel (singkatan bagi kad imbas elektronik) ini telah dibangunkan berdasarkan turutan dan langkah dalam Model ADDIE dengan mengintegrasikan teknologi dan media dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui kajian ini diharap modul berbantukan multimedia ini dapat meningkatkan pencapaian kosa kata bagi pembelajaran Bahasa Melayu selain membantu pelajar mengekalkan informasi kosa kata dengan cara kreatif.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Amelia Leong Chiew Har. (2017). Vocabulary Learning Among Young ESL Learners Using Tablet-Based Digital Storytelling. (Doctoral dissertation). Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Baity. (2019). Pembangunan dan Kesan Modul Multimedia Interaktif Membuat Pakaian (MIMP) terhadap Terhadap Pencapaian, Ketekalan Ingatan dan Motivasi. (Doktor Falsafah). Fakulti Teknikal dan Vokasional : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Branch, R. M. (2009). Instructional design: The ADDIE approach (Vol. 722). UK: Springer Science & Business Media.

Dewi Kartika Sudirman & Sharifah Hafsah Mohamed Hanifa (2018). Keberkesanan App Bitara Kata dalam Pembelajaran Kosa Kata. Seminar Bahasa Melayu.78-95.

Farisa Jazima Yusof, Nurul Ashikin Abu Bakar, & Syamaizar Bilah (2018). English language proficiency among technical students of Kolej Kemahiran Tinggi Mara. Human Sustainability Procedia.

Fatimah Jafri. (2017). Penggunaan Instruksional Teknologi Maklumatdan Komunikasi (TMK) terhadap Mata Pelajaran Teras (Degree dissertation). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat.

Fraenkel, J. R. & Wallen, N. E. (2003). How To Design and Evaluate Research In Education. (5th edition). Singapore: McGraw-Hill.

Hung, I. C, Kinshuk, Chen, N. S. (2018). Embodied interactive video lectures for improving learning comprehension and retention. Computers & Education, 117, 116-131.

Jamaliah Jamaludin. (2014). Kesediaan guru kolej vokasional dalam pengajaran amali teknologi elektronik di Negeri Pahang (Doctoral dissertation). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat.

Jamaludin Ahmad. (2016). Modul Motivasi Diri (ed.ke-3). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum Standard Kolej Vokasional Bahasa Melayu, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Semester 1- 4. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.

Lai, L. C. (2017). Pembangunan dan penilaian modul penulisan karangan Bahasa Melayu Tingkatan Empat/Lai Lee Chung (Doctoral dissertation). University of Malaya, Kuala Lumpur.

Lawshe, C. H. (1975). A quantitative approach to content validity. Personnel Psychology, 28(4), 563–575.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2017). Laporan prestasi calon bagi kertas bahasa Melayu SPM. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mahalechumy Narayanansamy. (2015). The Effects Of Sms-Based Learning Towards Undergraduates’ Motivation And Performance. (Doctoral dissertation). Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Mayer R. E. & Moreno R. (2003). Nine Ways to Reduce Cognitive Load in Multimedia Learning. Educational Psychologist, 38, 43-52.

Mayer R. E. (2014). The Cambridge Handbook of Multimedia Learning (2nd ed.). New York: Cambridge University Press.

Mohd Jalil, A., Noor Hisham, J., & Annas Akhmal, H. (2015). TVET di Malaysia: cabaran dan harapan. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-dekan Pendidikan Awam (pp. 340-346). Batu Pahat:Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM.

Nagy, W. (2007). Metalinguistic awareness and the vocabulary-comprehension connection. Vocabulary acquisition. Implications for reading comprehension,52-77.

Nailul Azmi Ismail & Zaleha Ahmad (2017). Keberkesanan penggunaan quizlet dan kahoot IT dalam memperkasakan pengajaran guru dan memperkaya pembelajaran murid. GSE E-Journal of Education, 5, 33-43.

Noorizah Mohd. Noor & Zaini Amir (2009). Exploring the vocabulary learning strategies of EFL learners. Language and Culture: Creating and Fostering Global Communities. 7th International Confronce by the School of Studies and Lingustics Faculty of Social Sciences and Humanities, 313-327. Diperolehi dari http://www.ukm.my/solls09/Proceeding/PDF/noorizah %20and%20zaini.pdf

Norlizawaty Baharin (2019). Penggunaan Ipad untuk meningkatkan pembelajaran dan penglibatan murid dalam bilik darjah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 20, 12-24.

Nur Fatin Shamimi Che Ibrahim, Nur Farahkhanna Mohd Rusli1, Mohd Ra’in Shaari & Kesavan Nallalutha (2021). Persepsi pelajar terhadap aplikasi multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Online 247 Journal for TVET Practitioners, 6(1), 15-24. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/6569/.

Nur Shakirah Azizan & Muhammad Saiful Haq Hussin. (2017). Penguasaan asas membaca Bahasa Melayu melalui program linus di utara Semenanjung Malaysia (Tesis Sarjana). Jurnal Pengajian Melayu, 28(1), 135-163.

Nurulhuda Mohd Sukri (2013). Tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan kompetensi di Kolej Vokasional (Tesis Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia).

Pallant, J. (2010). SPSS Survival Manual (4th ed.). Crows West, New South Wales.

Roslina Mohd Rasdi. (2009). Vocabulary learning and teaching through student teacher negotiations in the Malaysian ESL classroom (Master’s thesis). Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Sarimah Ibrahim. (2015). Motivasi Pelajar Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Menggunakan Teknologi Multimedia Pada Abad Ke-21. Diperolehi dari https://ir.unimas.my/id/eprint/13553/

Sedita, Joan. (2005). Effective Vocabulary Instruction. Insights on Learning Disabilities, 2(1), 33-45.

Siti Masrah Sulakah. (2017). Aplikasi Padlet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Sastera (Komsas) (Tesis Sarjana), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Sriadhi. (2015). Pembangunan dan Penilaian Keberkesanan Koswer Multimedia Dalam Pembelajaran Tenaga Elektrik. ((Doktor Falsafah). Fakulti Teknologi: Universiti Sains Malaysia.

Usha N. & Vijayaletchumy S. (2019). Strategi kemahiran membaca dalam kalangan murid SJK(T). Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 20, 36-52.

Vargas, J. M. (2011). Modern learning: Quizlet in the social studies classroom (Doctoral dissertation, Wichita State University, US).

Wan Azlina Wan Azman. (2017). The effects of multimedia and modality principles on vocabulary learning among form four students (Doctoral dissertation). Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Wilkins, D.A. (1972). Linguistics in Language Teaching. London: Edward Arnold.

Yaacob, A., Shapii, A., Saad Alobaisy, A., Al-Rahmi, W. M., Al-Dheleai, Y. M.,Yahaya, N., & Alamri, M. M. (2019). Vocabulary Learning Strategies Through Secondary Students at Saudi School in Malaysia. SAGE Open, 9(1), 2158244019835935.

Zaliza Mohamad Nasir & Zaitul Azma Zainon Hamzah (2014). Sikap dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 134, 408-415.
Published
2021-12-10
Section
Articles