Persepsi Ibu Bapa Orang Asli Terhadap Pengalaman Pendidikan Anak-anak Orang Asli di Sekolah

  • Wong Chin Yew Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Saiful Farisin Md Ramlan Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Mohd Rusydi Ahmad Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Norhayati Ab Manaf Institute of Tropical Biodiversity and Sustainable Development, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Malaysia
  • Novel Lyndon Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Jie Wei Lim Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Keywords: kemapanan, pendidikan, Orang Asli, pembelajaran, pendidikan formal, pengajaran

Abstract

Bidang formal yang terbaik adalah bidang pendidikan yang berupaya untuk meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup melalui pembangunan diri seterusnya mencorakkan masa hadapan individu itu sendiri. Justeru, sistem pendidikan yang mapan mampu untuk menarik minat anak-anak Orang Asli untuk meneruskan proses pembelajaran awal mereka di sekolah rendah. Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan panduan silibus 3M (membaca, mengira, menulis) untuk membasmi masalah keciciran literasi dan numerasi, namun silibus tersebut masih tidak berjaya mengurangkan masalah penguasaan dan keciciran pembelajaran dalam kalangan murid-murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Sungai Berua. Makalah ini merupakan kajian kualitatif bagi melihat kaedah dan inisiatif pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan oleh guru dan pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Berua dalam proses pembelajaran anak-anak Orang Asli Sungai Berua. Bagi mencapai tujuan tersebut, sesi temu bual telah dijalankan bersama ibu bapa Orang Asli dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Berua untuk mengenal pasti inisiatif guru dan pihak sekolah serta persepsi ibu bapa dalam menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid Orang Asli. Hasil Kajian mendapati terdapat tiga inisiatif utama dalam proses pengajaran kepada murid-murid Orang Asli iaitu kesejahteraan pelajar (well-being), penglibatan ibu bapa (participation), dan pencapaian (achievement). Justeru, kaedah pengajaran bersertakan elemen kebudayaan Orang Asli turut digunakan untuk mengurangkan masalah literasi dan keciciran pembelajaran dalam kalangan murid-murid. Namun begitu, pihak guru dan sekolah juga berdepan dengan cabaran untuk mewujudkan persekitaran pendidikan yang mapan seperti budaya dan sikap murid, peranan penyertaan ibu bapa serta kekurangan kemudahan bantu mengajar. Kerjasama yang holistik perlu dilakukan agar masalah literasi dan keciciran pendidikan dalam kalangan anak-anak Orang Asli dapat dikurangkan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Jalil Othman, Normarini Norzan, Ghazali Darusalam & Saedah Siraj. (2011). Cabaran guru program Linus dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jurnal Masalah Pendidikan, 34, 37-51.

Ainol Hamidah Ahmad Sarimin & Saemah Rahman. (2018). Persepsi murid Orang Asli terhadap kurikulum dan relevansi dalam kehidupan. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2018, hlm. 105-124.

Candyrilla Vera Bartholomew. (2017). Hunting of Threatened Wildlife Species by Indigenous People in Kenyir, Terengganu Peninsular Malaysia: Prevalence, Predictors, Perceptions and Practices. Master Thesis, Universiti Malaysia Terengganu.

Celinea Lasan & Zamri Mahamod. (2018). Pembelajaran timbal balik Bahasa Melayu dalam kalangan murid Peribumi Bidayuh di Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(2): 1-15.

Education Council. (2015). National Aboriginal and Torres Strait Islander Education Strategy 2015. Canberra: Education Council.

Hasan Mat Nor. (1998). Warga Pribumi Menghadapi Cabaran Pembangunan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ishak Sin & Nor Asikin Salleh. (2003). Era globalisasi: Pendidikan dan cabaran. Jurnal Pengurusan dan kepemimpinan, 13. 14−28.

Johari Talib & Nazri Muslim. (2007). Bagaimana kanak-kanak Orang Asli gagal di sekolah?. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 8(4): 51-76.

Maszuraini Miswan, Sheela Nair Gopala Nair, Latip Muhammad, Najah Che Ismail, Azman Mohammad & Ahmad Zhaafar Ismail. (2012). Kajian program Linus: Faktor murid tidak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 13, 46-58.

Mohamad Johdi Salleh. (2009). Kajian terhadap kesedaran pendidikan di kalangan masyarakat Orang Asli. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009, Universiti Malaysia Sabah, hlm. 3-5.

Mohd Muizzuddin Mohd Nor, Mohamad Fauzi Sukimi, Mohd Nasaruddin Mohd Nor. (2018). Kesedaran pendidikan dan minat pelajar Orang Asli suku kaum Jakun di Rompin, Pahang. Malaysian Journal of Society and Space, 14(1), 71-86.

National Collaborating Center for Aboriginal Health. (2017). Education as a Social Determinant of First Nation, Inuit and Metis Health. Prince George British Columbia: National Collaborating Center for Aboriginal Health.

Nazariyah Sani. (2014). Merapatkan jurang literasi murid-murid Orang Asli: Apa cabarannya?. Jurnal Personalia Pelajar, 17, 19-30.

Noorsham Muhamad Din, Zainin Bidin, Isham Ishak, Soon Seng Thah & Latip Mohammad. (2012). Kajian persekolahan murid Orang Asli. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 13, 1-18.

Norwaliza Abdul Wahab & Ramlee Mustapha. (2015). Reflections on Pedagogical and Curriculum Implementation at Orang Asli Schools in Pahang. Procedia – Social and Behavioral Sciences, 172, 442-448.

Nur Bahiyah Binti Abdul Wahab,a, Maryati Mohameda, Azman Hassana, Mohd. Najib Haron. (2013). Penerapan Elemen Sekolah Rimba Malaysia Dalam Kalangan Murid Orang Asli. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 424-432.

Ogburn, W.F. (1964). Culture Lag as Theory and Social Change. In Culture and Social Change. Chicago: The University of Chicago Press. 86-95.

Rosniza Aznie Che Rose, Norhazlinda Saari & Novel Lyndon. (2017). Kefahaman dan pengalaman literasi dalam kalangan masyarakat Orang Asli Pahang. Journal of Social Sciences and Humanities, 2, 116-124.

Ross, C. E & Willigen, M.V. (1997). Education and subjective quality of life. Journal of Health and Social Behavior, 38(3), 275 – 297.

Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid & Narimah Samat. (2018). Kemiskinan keluarga dan pengaruhnya terhadap tahap pendidikan rendah masyarakat luar bandar: Kajian kes di Jajahan Bachok, Kelantan. Journal of Social Sciences and Humanities, 13(2): 011-023.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. (2010). Laporan Status Hak Pendidikan Kanak-kanak Orang Asli. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

United Nations. (2009). State of the World’s Indigenous Peoples. New York: United Nations.

United Nations. (2017). State of the World’s Indigenous Peoples: Education. New York: United Nations.

Van den Branden, K. (2015). Sustainable education: Exploiting students’ energy for learning as a renewable resource. Sustainability, 7, 5471-5487.

Wahab, N. B. B. A., Mohameda, M., Hassana, A., & Haronb, M. N. (2013). Penerapan elemen sekolah rimba Malaysia dalam kalangan murid Orang Asli. In 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013),organised by Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia at KSL Hotel & Resort, Johor Bahru (pp. 424-432).

Wan Afizi Wan Hanafi, Shaharuddin Ahmad & Noraziah Ali. (2014). Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian kes di Kelantan. Malaysian Journal of Society and Space, 10(5), 107 - 122.

Yew, V.W.C., Abd Hair Awang, Sivapalan Selvadurai & Mohd Yusof Hussain. (2018). Mengukur kesejahteraan Orang Asli. Dalam Pemerkasaan Kesejahteraan Hidup Orang Asli Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor (hlm. 29-40).
Published
2021-12-10
Section
Articles