Cabaran dan Kelangsungan Pengusaha Makanan Kecil dalam Pandemik Covid-19

  • Rima Abdul Rahman Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Harifah Mohd Noor Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Adilah Md Ramli Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
Keywords: cabaran, kelangsungan, pengusaha kecil, pandemik

Abstract

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah banyak menyumbang dalam memajukan ekonomi negara. Kewujudan perusahaan makanan kecil ini telah banyak membantu dalam meningkatkan pendapatan negara serta turut memberikan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. Namun, kewujudan pandemik Covid-19, hampir melumpuhkan kelangsungan pengusaha makanan kecil ini. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pengusaha makanan kecil dan meneliti kelangsungan mereka untuk bertahan dalam era pandemik. Satu set borang kaji selidik diedarkan kepada 120 pengusaha kecil makanan yang berdasarkan kaedah persampelan bertujuan di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Analisis data menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi menerusi frekuensi, skor min purata dan khi kuasa dua. Penemuan menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara tempoh berniaga dalam perusahaan makanan kecil dengan tahap terkesan kewangan yang mana nilai Khi Kuasa Dua=18.699 dan Signifikan= 0.028. Seterusnya, hasil dapatan menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh pengusaha makanan PKS semasa pandemik ini yang menunjukkan sangat terkesan bagi item ‘keuntungan semakin berkurang’ dengan nilai purata min=4.70 diikuti dengan cabaran bagi item ‘terpaksa menjual harta’ dengan nilai purata min=3.13. Walau bagaimanapun, pengusaha makanan kecil menyediakan beberapa alternatif untuk kelangsungan perniagaan mereka semasa krisis pandemik ini dengan ‘jualan sasaran pembeli tempatan’ (purata min=4.90) merupakan usaha mereka untuk bertahan dalam perniagaan pada masa ini diikuti dengan ‘pekerja dalam kalangan keluarga’ (purata min=4.40). Melalui kajian ini, cabaran dan kelangsungan untuk pengusaha makanan kecil dapat dikenal pasti dalam era pandemik ini sekaligus dapat membantu pihak berkuasa mengetahui apakah bantuan yang sesuai bagi pengusaha ini berdasarkan kepada cabaran yang mereka hadapi.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Albonico. M, Mladenov. Z dan Sharma. R. (2020). How the COVID-19 crisis is affecting UK small and medium- size enterprises. Mckinsey and Company. page 1-5

Berita Harian. (2020). Kempen beli barang Malaysia ‘talian hayat’ PKS. Diakses daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/729022/kempen-beli-barangan-malaysia-talian-hayat-pks pada 18 September 2021

Cepel. M, Gavurova. B, Dvorsky. J dan Belas. J. (2020). The impact of the COVID-19 crisis on the perception of business risk in the SME segment. Journal of International Studies, 248-263. doi:10.14254/2071-8330.2020/13-3/16

Doern, R. (2016). Entrepreneurship and crisis management: The experiences of small businesses during the London 2011 riots. International Small Business Journal, 34(3), 276-302.

Didier, T., Huneeus, F., Larrain, M., &Schmukler, S. L. (2020). Financing firms in hibernation during the COVID-19 Pandemic. World Bank. https://doi.org/10.1596/33611

Dev, S. M, dan Sengupta. R. (2020). Covid-19: Impact on the Indian Economy. Indira Gandhi Institute of Development Research, Mumbai.

Freeman, S.F. (2004). Beyond Traditional systems thinking: Resilience as a strategy for security and sustainability , 3rd international conference on systems thinking in management session on sustainability. Philadelphia.

Ferris, G. R., Hochwarter, W. A., & Matherly, T. A. (2007). HRM after 9/11 and Katrina. Current issues in North American HRM, 172-185.

Fauzi Suhaimi. (2020). Fahami Perbezaan Epidemik, Endemik dan Pandemik. Universiti Putra Malaysia.

Harifah Mohd Noor, Jabil Mapjabil, Adilah Md Ramli, Jurry Foo, Ubong Imang dan Rima Abdul Rahman. (2020). Resilien keusahawanan makanan tradisi sebagai produk pelancongan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) sepanjang pandemik di negeri Sabah. Jurnal of Islamic, Social, Economic and Development (JISID), 5, 50-62

Hermann, C.F. (1963). Some Consequences of Crisis Which Limit the Viability of Organisations. Administrative Science Quarterly, 12, 61–82.

Ignat. R dan Constantin. M. (2020). Multidimensional facets of entrepreneurial resilience during the COVID-19 crisis through the lens of the Wealthiest Romanian counties. Journal Sustainability. doi:10.3390/su122310220

Jose, C. A, Cheng, T. L, Yubo. L dan Wei.H. (2020). Crisis management for Small Business during the COVID-19 outbreak: Survival, resilience and renewal strategies of firms in Macau. Research Square. DOI: https://doi.org/10.21203/rs.3.rs-34541/v1

Keskin. H, Senturk. C, Sungur. O, dan Kiris, H. M. (2010). The Importance of SMEs in Developing Economies. International Symposium on Sustainable Development, June 8-9 2010, Sarajevo

Lerbinger, O. (2012). The Crisis Manager: Facing Disasters, Conflicts, and Failures (2 nd ed.). New York: Routledge.

Leung, G. M., Ho, L. M., Chan, S. K., Ho, S. Y., Bacon-Shone, J., Choy, R. Y., & Fielding, R. (2005). Longitudinal assessment of community psychobehavioral responses during and after the 2003 outbreak of severe acute respiratory syndrome in Hong Kong. Clinical Infectious Diseases, 40(12), 1713-1720

Laporan Tinjauan PKS. (2020). Dasar, inisiatif dan program pembangunan PKS. Diakses daripada https://smecorp.gov.my/images/pdf/2021/LTPKS/BM/Laporan%20Utama/2.%20Tinjauan%20PKS%202019_20%20-%20Bab%201.pdf pada 20 September 2021.

Najmi Syahiran Mamat. (2020). PKP: Perusahaan keropok lekor Terengganu jalani 'normal baharu'. Astro Awani. Diakses melalui 20 June 2020, daripada laman web http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-perusahaan-keropok-lekor Terengganu-jalani-normal-baharu-238633

Penrose, J.M. (2000). The Role of Perception in Crisis Planning. Public Relations Review, 26(2), 155-171.

Pal. R, Torstensson. H, dan Mattila. H. (2014). Antecedents of organizational resilience in economic crises—an empirical study of Swedish textile and clothing SMEs. International Journal Economics, 147, 410–428.

Ruochen Dai, Hao Feng, Junpeng Hu, Quan Jin, Huiwen Li, Ranran Wang, Ruixin Wang, Lihe Xu, and Xiaobo Zhang. (2020). The Impact of COVID-19 on Small and Medium-sized Enterprises: Evidence from Two-wave Phone Surveys in China. Center for Global Development.

Seville. E, Brundson. D, Dantes, A. L, Masurier. J, Wilkinson. S and Vargo. J. (2006) Building organization. Currency Doubleday, New York.

Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid dan Fatimah Hassan. (2020). Amalan dan Penglibatan Peniaga Kecil melalui Perniagaan Digital Semasa Pandemik Covid-19 di Malaysia. Geografi, 8(2), 1-20. Doi.org/10.37134/geografi.vol8.2.1.2020.

SME. Corp Malaysia. (2020). COVID-19: Kesan terhadap Perniagaan dan PKS — Perspektif global, rantau & nasional. Diakses daripada https://smecorp.gov.my/images/pdf/2021/LTPKS/BM/Laporan%20Utama/6.%20Tinjauan%20PKS%202019_20%20-%20Sorotan%20Khas.pdf pada 22 September 2021.

Schepers. J, Vandekerkhof. P dan Dillen. Y. (2021). The Impact of the COVID-19 crisis on growth-oriented SMEs: Building entrepreneurial resilience. Journal Sustainability. https://doi.org/10.3390/su13169296

Tinjauan Ekonomi. (2021). Tinjauan ekonomi. Diakses daripada file:///C:/Users/User/Desktop/tinjauan-ekonomi-2021.pdf pada 24 September 2021.

Wong Hua Siong. (2020). Tinjauan tentang kesan COVID19 dan isu perundangan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. International Journal of Law Government and Communication 5(21):72-82 DOI:10.35631/IJLGC.521007
Published
2021-12-10
Section
Articles