Pembelian Panik Dalam Kalangan Rakyat Malaysia Semasa Pandemik Covid-19

  • Nur Najiha Ariff Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
  • Nor Naziah Razali Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
  • Nur Famirah Yahya Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
  • Mohamad Izzuan Mohd Ishar Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
Keywords: covid-19, pembelian panik, pengguna

Abstract

Wabak Covid-19 telah memberi satu impak yang besar kepada seluruh negara. Penularan wabak Covid-19 yang melanda hampir ke seluruh dunia telah mengakibatkan munculnya pelbagai isu, kesan dan cabaran yang harus dihadapi oleh masyarakat. Antara kesan yang dapat dilihat ialah perubahan tingkah laku masyarakat disebabkan oleh penularan wabak ini. Perubahan tingkah laku masyarakat ini dapat dikaitkan dengan satu isu yang semakin mendapat perhatian orang ramai iaitu isu pembelian panik. Kajian ini mengkaji kesan pembelian panik dalam kalangan pengguna. Selain itu, kajian ini turut dilakukan bagi melihat tahap kesedaran pengguna berkenaan dengan isu pembelian panik ini. Pengkaji telah melakukan kajian ini untuk melihat bagaimana isu ini berlaku di Malaysia. Kajian telah dijalankan melalui edaran borang soal selidik secara atas talian kepada masyarakat yang terlibat dengan isu ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Keputusan daripada kajian tersebut telah menunjukkan kesan pembelian panik dalam kalangan pengguna adalah tinggi. Namun begitu, setelah melihat tahap kesedaran pengguna terhadap isu ini, maklum balas yang diterima telah menunjukkan bahawa pengguna semakin sedar akibat melakukan pembelian panik. Hal ini membawa maksud pengguna telah bersedia untuk menghadapi isu pembelian panik yang berlaku disebabkan oleh penularan wabak Covid-19.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Besson, Emilie K. (2020). COVID-19 (Coronavirus): Panic Buying and Its Impact on Global Health Supply Chains. World Bank.

Boon Yau, E., Shoesmith, W., & Nor Hadi, N. (2020). The Behaviour Changes in Response to COVID-19 Pandemic within Malaysia. Mjms.usm.my.

Danziger, P. N. (2020, March 9). After Panic Buying Subsides, Will Coronavirus Make Lasting Changes To Consumer Psychology? Forbes.

Hall, M. C., Prayag, G., Fieger, P., & Dyason, D. (2020). Beyond panic buying: consumption displacement and COVID-19. Journal of Service Management.

Lewis E. (2020). How panic buying revealed the problem with the modern world.

The Atlantic.

Malaysia, K. (2020). Pandemik pembelian panik. Kata Malaysia.

Mallow, M. S. (2020, March 18). Pembelian panik cetus keadaan lebih buruk. Berita Harian.

Prentice, C., Chen, J., & Stantic, B. (2020). Timed intervention in COVID-19 and panic buying. Journal of Retailing and Consumer Services, 57, 102203.

Rafidah (2020). Jangan buat Pembelian Panik. Berita Harian.

Yuen, Kum F., Xueqin Wang, Fei Ma, and Kevin X. Li. (2020). The psychological causes of panic buying following a health crisis. International Journal of Environmental Research and Public Health 17: 3513.
Published
2021-12-10
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)