Kedudukan Transaksi Perdagangan Forex Secara Atas Talian oleh Individu Menurut Perspektif Syariah
Abstract
Dewasa ini, perdagangan forex oleh individu secara atas talian semakin popular dan banyak dilaksanakan oleh orang ramai. Pengiklanan perdagangan forex yang sering tular di media sosial ini menarik minat ramai orang untuk menceburinya disebabkan keuntungan lumayan yang dijanjikan lebih-lebih lagi ketika kemerosotan ekonomi masyarakat pada era pandemik. Namun, adakah perdagangan dan pelaburan forex ini diterima di sisi syariah? Percanggahan pandangan pakar terhadap perdagangan forex individu secara atas talian masih menjadi isu yang diperdebatkan sehingga kini walaupun kebanyakan ulama di Malaysia telah menghukumkan transaksi ini haram. Namun, terdapat juga sebahagian ulama membolehkan perdagangan forex individu secara atas talian tetapi mestilah dilaksanakan dengan kriteria dan syarat yang ketat. Justeru, artikel ini bertujuan untuk menganalisis pandangan dan hukum-hukum berkaitan perdagangan forex secara individu untuk mengenal pasti kedudukannya menurut Islam. Artikel ini berbentuk kajian kualitatif yang mengguna pakai kaedah analisis kandungan sebagai kaedah pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa perdagangan forex individu secara atas talian adalah haram kerana mengandungi isu-isu syariah seperti unsur riba, perjudian, tiada qabd, untung atas angin dan banyak lagi isu syariah yang lain. Walaupun terdapat garis panduan yang diberikan oleh pengkaji lepas untuk menjadikan perdagangan forex ini harus, seperti tiada pertangguhan dalam transaksi, tiada leverage/margin dan sebagainya, namun kajian ini mendapati bahawa masih terdapat isu syariah lain yang tetap timbul seperti tiada pegangan qabd ke atas mata wang dan ini tidak dapat mengharuskan sepenuhnya transaksi perdagangan forex ini dalam Islam. Justeru, hasil kajian ini akan memberikan implikasi kepada masyarakat dan pedagang agar memahami tentang elemen-elemen yang membawa kepada pengharaman perdagangan forex agar tidak terpengaruh dengan iklan yang menjanjikan pelbagai keuntungan sekiranya memasuki transaksi ini.
Downloads
References
Abdul Rahman & Joni, T. (2017a). Amalan pertukaran asing konvensional: analisa berdasarkan perspektif syariah. Jurnal Syariah, 25(3), 453-480.
Abdul Rahman & Joni, T. (2017b). Konsep wang dan al-ṣarf menurut perspektif syariah. Jurnal Al-Basirah, 7(2), 69-85.
Abdul Wahab. (2016). Keterlibatan bank shari’ah dalam aplikasi perdagangan foreign exchange (forex). Jurnal Perbankan Syariah, 1(1), 31-47.
Anon. (2022). Leverage: apa yang trader perlu tahu. Majalah Forex Malaysia Februari.
Azlin, A. A. (2021). Forex Trading in Islamic Law Perspective. Slaid. Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aznan, H. (2015). Garis panduan syariah dalam perdagangan forex. Video. Maybank, Malaysia.
Easylabur.com. (2022). Apa itu forex? Belajar cara main forex Malaysia. Easylabur. https://www. easylabur.com/forex/apa-itu-forex/ [25 Februari 2022].
Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam. (2021). Perdagangan pertukaran matawang secara lani (individual spot forex).
FBS Online Forex Broker. (2021). Apakah itu rollover dan swap serta bagaimana cara menggunakannya bila berdagang? Brokerfbs. https://ms-brokerfbs.com/analytics/ guidebooks/swap-and-rollover-26 [25 Februari 2022].
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). (2012). Parameter perdagangan pertukaran mata wang asing. E-Sumber Maklumat Fatwa. http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/10293 [25 Februari 2022].
Jabatan Mufti Negeri Perlis. (2016). Hukum forex trading online. Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis. https://muftiperlis.gov.my/index.php/himpunan-fatwa-negeri/119-hukum-forex-trading-online [25 Februari 2022].
Marjan et al. (2011). Operasi perdagangan pertukaran mata wang asing oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platform elektronik: satu sorotan dari sudut syariah. Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam JAKIM -ISRA, 1-45.
Mohamad Fazli, S. (t.th). Pengaruh forex terhadap pelajar IPT. UPM. http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56177/1/Pengaruh%20forex%20terhadap%20pelajar%20IPT.pdf [26 Februari 2022].
Mohd Zaki, Z. (2012). Urusniaga matawang asing di platform forex exchange direct dealer (FXDD): satu analisis fiqh dan transaksi undang-undang Islam. Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia.
Mohd Zamerey, A. R. (2009). Leverage dalam urus niaga mata wang asing/ foreign exchange (forex): satu analisis dari perspektif. Jurnal Muamalat, 2, 75-93.
Muhammad Farhan, I., Ishak, H.A.R.& Azmi, A. (2021). Pandemik Covid-19: pendekatan kerajaan Malaysia dalam mengurus keselamatan negara. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC), 6(26), 23-38.
Nazriani, A. (2019). Hukum transaksi forex trading berdasarkan fatwa dewan syariah nasional nomor 28/dsn-mui/iii/2002 tentang jual beli mata uang (studi kasus di Kota Medan). Tesis Sarjana, Fakultas Syariah Dan Hukum, Universitas Islam Negeri Sumatera Utara.
Nik Rahim, N. W. & Nurliyana, B. (2021). Perdagangan mata wang atas talian (online forex trading): kewajaran pengharamannya dari perspektif syariah dan undang-undang Malaysia. E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 202, hlm. 195-209.
Nor Fahimah, Noor Sakinah & Shamsiah. (t.th). Spekulasi menurut pemikiran sarjana ekonomi dan sarjana Islam. International Shariah Research Academy for Islamic Finance ISRA, Malaysia.
Nur Khosiah. (2020). Forex trading menurut islam. Usrah, 1(1), 18-27.
Rafik Fakhry, O. & Eleri, J. (2015). Critical evaluation of the compliance of online Islamic forex trading with Islamic. International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management, 8(1), 64-84.
Rafikov & Saiti. (2017). An analysis of financial speculation: from the Maqasid Al-Sharia’h perspective. Humanomics, 33(1), 2-14.
Rafiqah. (2020). Analisis shari’ah compliance pada trading forex online. Misykat, 5(1), 147-164.
Rahmat et al. (2021). Jual beli mata uang sistem trading forex dalam perspektif hukum Islam. Jurnal Bidang Muamalah dan Ekonomi Islam, 1(1), 60-78.
Ulil Amri. (2021). Forex trading menurut hukum islam. Jurnal Kajian Islam Kontemporer, 12(1), 1-13.
Wan Norhaniza, W. H. (2018). Bai’ al-sarf dalam pertukaran asing: analisis maqasid syariah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 3(11), 22-35.















