Kerangka Penggunaan Peta Alir dalam Pembelajaran Penulisan Karangan Naratif Bahasa Cina
Abstract
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran berbahasa yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam pembelajaran Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Pemupukan kebolehan menghasilkan penulisan yang baik dalam kalangan murid sekolah rendah adalah amat penting kepada peningkatan literasi bahasa dan keupayaan pembelajaran. Namun demikian, kemahiran menulis paling sukar dipelajari dan dikuasai oleh murid sekolah rendah kerana melibatkan tahap literasi dan proses kognisi yang tinggi dan kompleks. Dalam usaha pembaharuan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017), merangsang minat dan keupayaan murid dalam penulisan karangan telah menjadi tumpuan para guru Bahasa Cina. Melalui penggunaan peta alir, murid dapat mengembangkan idea penulisan, membina struktur penulisan dengan menyeluruh, serta menguasai kemahiran menghasilkan penulisan dengan cekap. Berdasarkan ini, kerangka penggunaan peta alir secara praktikal dalam pembelajaran penulisan karangan naratif Bahasa Cina bagi murid Tahap II dicadangkan dalam kajian ini agar dapat menggalakkan murid belajar penulisan dengan lebih seronok, inovatif dan bermakna. Melalui kerangka penggunaan peta alir yang dicadangkan, penggunaan peta alir diintegrasikan dalam amalan pedagogi yang sejajar dengan pembelajaran abad ke-21. Kerangka ini juga memberi pencerahan Teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky (1978) dan kaedah asas penggunaan peta alir dalam pembelajaran penulisan karangan naratif Bahasa Cina di SJKC. Dengan itu, kajian ini dipercayai mampu memberi implikasi yang bernilai kepada para guru yang ingin menambah baik kaedah pengajaran mereka.
Downloads
References
Abdul Rahman, A. F., & Zamri, M. (2019). Teknik Lakaran Bersama Peta Alir i-Think Meningkatkan Kemahiran Menjana Idea Murid Etnik Lun Bawang dalam Karangan Autobiografi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1), 12–22. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/188
Chen, H. L. (2021). Ershi Tang Shizhan Zuowen Ke二十堂实战作文课. Young Writers小作家教室.
Hyerle, D. (1993). Thinking Maps As Tools for Multiple Modes of Understanding. [Unpublished doctoral dissertation].University of California.
Hyerle, D. (2014). Thinking Maps: A Visual Language for Learning. In Knowledge Cartography. Springer.
Hyerle, D., & Alper, L. (2014). Student Successes with Thinking Maps (2nd ed). Corwin.
Hyerle, D., & Yeager, C. (2007). Thinking Maps: A Language for Learning Training Resource Manual. Cary, NC Thinking Maps, Inc.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Membudayakan Kemahiran Berfikir. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah).
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Laporan Tahunan 2016: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran: Bahasa Cina SJKC Tahun 4. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran: Bahasa Cina SJKC Tahun 5. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran : Bahasa Cina SJKC Tahun 6. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kurt, S. (2020). Lev Vygotsky:Sociocultural Theory of Cognitive Development. https://educationaltechnology.net/lev-vygotsky-sociocultural-theory-of-cognitive-development/
Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. (2019). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Peraturan-peraturan & Undang-undang Terpilih (hingga 01hb Disember 2019). International Law Book Services.
Lian, T. S., You, H. H., & Choo, C. L. (2022a). Buku Panduan Guru Bahasa Cina SJKC Tahun 6. Penerbitan Bangi Sdn Bhd.
Lian, T. S., You, H. H., & Choo, C. L. (2022b). Buku Teks Bahasa Cina SJKC Tahun 6. Penerbitan Bangi Sdn. Bhd.
Luo, H. Y. (2005). Shiyong Xiaoxue Huayu Jiaoxuefa实用小学华语教学法. Penerbitan Budiman Sdn. Bhd博文出版有限公司.
Maharani, S., Fauziati, E., & Supriyadi, S. (2018). An Investigation of Writing Strategies Used by the Students on the Perspective Language Proficiency and Gender. International Journal of Multicultural and Multireligious Understanding, 5(5), 185–190. https://doi.org/10.18415/IJMMU.V5I5.364
Mohamad Zabhi, M. Z. I., Othman, S., Jamian, A. R., & Mohd Sabil, A. (2020). Penggunaan Peta Pemikiran Dalam Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu Tingkatan Tiga Di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(2), 14–26.
Newman, S., & Latifi, A. (2021). Vygotsky, Education, and Teacher Education. Journal of Education for Teaching, 47(1), 4–17. https://doi.org/10.1080/02607476.2020.1831375
Sahlberg, P. (2016). The Global Educational Reform Movement and its Impact on Schooling. In and A. V. K. Mundy, A. Green, B. Lingard (Ed.), Handbook of Global Education Policy (pp. 128–144). Wiley.
Sanusi, R. M. (2021). Mansuh UPSR: KPM perkasa Pentaksiran Bilik Darjah. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/135936/BERITA/Nasional/Mansuh-UPSR-KPM-perkasa-Pentaksiran-Bilik-Darjah
Swaen, B., & George, T. (2022). What Is a Conceptual Framework? https://www.scribbr.com/methodology/conceptual-framework/
Teo, Z. Y., Yee, S. Y., & Chin, S. M. (2020). Buku Teks Bahasa Cina SJKC Tahun 5. Beh-Er Publication Sdn Bhd.
Tong, X. (2019). The Application of Knowledge Visualization to Writing in Task Section in Junior Middle School. (Unpublished Master’s dissertation).Jiangsu Normal University.
Tudge, J. R. H., & Winterhoff, P. A. (1993). Vygotsky, Piaget, and Bandura: Perspectives on the Relations between the Social World and Cognitive Development. Human Development, 36, 61–81.
Vygotsky, L. S. (1978). Mind in Society:The Development of Higher Psychological Processes (M. Cole, V. Jolm-Steiner, S. Scribner, & E. Souberman, Eds.). Harvard University Press.
Wang, R. S. (2021). Yuwen Kecheng Yu Jiaoxue Neirong语文课程与教学内容. Zhongguo Renmin Daxue Chubanshe中国人民大学出版色.
Wang, X. (2019). Keshihua Jiaoxue Zai Yingyu Xiezuo Zhong De Yunyong可视化教学在英语写作中的运用. English on Campus校园英语, (2), 97–98.
Wrenn, J., & Wrenn, B. (2009). Enhancing Learning by Integrating Theory and Practice. International Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 21(2), 258–265. https://www.isetl.org/ijtlhe/pdf/ijtlhe727.pdf
Yee, S. Y., & Chin, S. M. (2019). Buku Teks Bahasa Cina SJKC Tahun 4. Beh-Er Publication Sdn Bhd.















