Antara Kerjaya dan Tanggungjawab: Cabaran menguruskan Ibu Bapa ketika Pandemik COVID-19 di Johor, Malaysia.

  • Nor Hidayu Shahida Abas @ Ibrahim Geography Section, School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia.
  • Nik Norliati Fitri Md Nor Geography Section, School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia.
  • Norhafiza Md Sharif Geography Section, School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia.
  • Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid Geography Section, School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia.
Keywords: Penuaan, Warga emas, Barisan hadapan, Ibu bapa warga emas

Abstract

Fenomena penuaan dalam kalangan penduduk merupakan satu cabaran yang dihadapi oleh setiap negara terutamanya dalam aspek menyediakan keperluan dan kebajikan warga emas. Namun dalam masa yang sama, penularan virus Covid-19 yang melanda negara kita telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat. Apabila keadaan ini berlaku, anggota yang terlibat sebagai ‘frontliner’ akan menerima tugas yang mencabar dalam membanteras penularan wabak tersebut. Salah satu badan beruniform yang terlibat adalah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Situasi ini menyebabkan tugas anggota polis semakin bertambah sehingga mereka berada di dalam dilema di antara menjalankan tugas dan kewajipan dalam menguruskan keperluan ibu bapa. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak untuk memilih sampel responden. Sampel kajian yang dipilih merupakan anggota polis lelaki yang menjawat pelbagai dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya yang terdiri daripada 80 orang responden. Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ialah borang soal selidik untuk memperoleh data kuantitatif. Borang soal selidik diedarkan kepada responden melalui pautan yang disediakan dalam aplikasi Google Form dan data tersebut direkodkan di dalam format Microsoft Excel dan seterusnya di analisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science” (SPSS) versi 27.0. Hasil kajian mendapati, kesukaran untuk menguruskan ibu bapa telah mencetuskan kebimbangan bagi pihak responden dan juga ibu bapa. Pelbagai cabaran dihadapi oleh responden akibat kekangan dari segi masa kerana tuntutan tugas yang bertambah sewaktu penularan Covid-19. Bagi menyelesaikan isu pengabaian warga emas, anak-anak haruslah merancang kaedah terbaik dari aspek penjagaan ibu bapa mereka agar kebajikan warga emas terus dijaga.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Aziz Jemain. (2001). Model Umur Berkahwin Pertama di Semenanjung Malaysia. Matematika, 17(1), 33-44.

Aishah@Eshah Haji Mohamed., & Katiman Rostam. (2012). Warga tua Melayu di pinggir wilayah metropolitan, Selangor: Pengalaman dan persepsi tentang diri. Malaysia Journal of Society and Space, 8(6), 1-14.

Amree Ahmad. (2020). Kerajaan cadang definisi warga emas dinaikkan. UtusanMalaysia Online. Dimuat turun daripada https://www.utusan.com.my/berita/2020/12/kerajaan-cadang-definisi usia-warga-emas-dinaikkan/ pada Januari 10, 2021. Dicapai pada 29 Mac 2021.

Bernama. (2020). Jumlah rakyat warga emas meningkat 2.23 juta. Harian Metro Online. Dimuat turun dari: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/543660/jumlah-rakyat warga-emas-meningkat-223-juta Dicapai pada April 28, 2021.

Douglas, R.L. (1983). Domestic neglect and abuse of the elderly: Implications for research. Family Relations, 32(3), 395-402.

Fariz Sakina Abdullah. (2018a). Penjagaan keluarga sandwich (tekanan anak). Myhealth :Kementerian Kesihatan Malaysia. Dimuat turun dari:http://www.myhealth.gov.my/penjagaan-keluarga-sandwich/ Dicapai pada Mac 16, 2021.

Fariz Sakina Abdullah. (2018b). Sindrom keluarga sandwich. Myhealth: KementerianKesihatan Malaysia. Dimuat turun dari: http://www.myhealth.gov.my/sindrom-keluarga-sandwich/ Dicapai pada 16 Mac 2021.

Halina Mohd Noor & Noor Hatina Shuib. (2020). Enam juta wanita keluarga ‘sandwich’. Berita Harian Online. Dimuat turun dari:https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2020/01/650208/enam-juta-wanita-keluarga-sandwich Dicapai pada 22 Mac, 2021.

Hayashi, M. (2011). The care of older people in Japan: Myth’s and realities of family ‘care’. History and Policy. Policy Papers. Dimuat turun dari:http://www.historyandpolicy.org/policy-papers/papers/the-care-of-olderpeople-in-japan-myths-and-realities-of-family-care Dicapai pada Januari 14, 2021.

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2021). Definisi Warga Emas. Dimuat turun dari https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=VEpUUXV3THFRkZEmxWNjZpQ1BXdz09 pada Mac 14, 2021.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. (2021). Prosedur kerja selamat dan pencegahan COVID-19 di tempat kerja. Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Dimuat turun dari: https://www.dosh.gov.my/index.php/prosedur-kerja-selamat-pencegahan-covid-19-di-tempat-kerja/file pada Jun 3 Dicapai pada 29 Mac 2021.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2010). Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, mukim dan negeri, Malaysia, 2010. Dimuat turun dari: https://web.archive.org/web/20120227090331/http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/05Jadual_Mukim_negeri/Mukim_Johor.pdf. Dicapai pada 29 Mac 2021.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (2014). Quick Facts KPWKM. Kuala Lumpur: KPWKM.

Khadijah Alavi & Rahim M. Sail. (2010). Peranan wanita Melayu dalam proses penjagaan ibu bapa tua: Dilema dan cabaran dalam era globalisasi. Kajian Malaysia, 28(2), 71-105.

Khadijah Alavi. (2007). Pengalaman anak dewasa berpendapatan rendah yang menjaga ibu bapa tua: Satu pendekatan berteraskan pendidikan komuniti. Kajian Malaysia, 25(2), 55-74.

Mohd Amierul Fikri Mahmud., Mohd Hazrin., Eida N Muhammad.,Muhammad F Mohd Hisyam., S. Maria Awaludin.,Mohammad A Abdul Razak.,Nur A Mahmud.,Nor A Mohamad.,Noran N Mohd Hairi., & Choo Wan Yuen (2020). Social support among older adults in Malaysia. Geriatrics and Gerontology International, 63-67. Dimuat turun dari: https://doi.org/10.1111/ggi.14033 pada 13 April, 2021. Dicapai pada 20 Januari 2022.

Noraini Idris. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Shah Alam: McGraw-Hill Education.

Noraini Che’ Sharif., Khadijah Alavi., Ponnusamy Subramaniam & Zainah Ahmad Zamani. (2015). Pengalaman dan faktor pengabaian warga emas dalam komuniti. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 10(1), 118-134.

Norulhuda Sarnon., Fauziah Ibrahim., Mohd Suhaimi Mohamad., Nasrudin Subhi., Khadijah Alavi., Chong Sheau Tsuey., Rahmah Mohd Amin., & Ezarina Zakaria. (2014). Meneroka pengalaman penjaga dewasa generasi sandwich terhadap aspek sosio-ekonomi keluarga. Jurnal Pembangunan Sosial, 17, 53-69.

Nur Syakiran Akmal Ismail., Norehan Abdullah., Kalthum Hassan., Shamzaeffa Samsudin., Ummu Atiyah Ahmad Zakuan., Rohana Yusof., & Nurzalyna Mohamed Zaki. (2017). Kesejahteraan hidup warga emas.Perancangan berasaskan gender. Malaysia Journal of Society and Space, 13(3), 75-85.

Nurul Hudani Md Nawi., Habibie Ibrahim., & Puteri Hayati Megat Ahmad. (2020). Hubungan intergrasi, sokongan psikologi dan sosial dalam penjagaan warga emas: Satu kajian kes di Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kinabalu, 26(1), 175-194.

Roebuck, J. (1979). When does old age begin? The evolution of the English definition. Journal of Social History, 416-28.

Setiyawan Gunardi., Mualimin Mochammad Sahid., Hasnizam Hashim., & Lukman Bin Abdul Mutalib. (2019). Zadul hayah kepada warga emas dalam menjalani kehidupan: Satu pengenalan. E-Prosiding Persidangan Industri Warga Emas Peringkat Kebangsaan: Menuju Pengurusan Patuh Syariah, Universiti SainsIslam Malaysia. Conference paper. pp. 177-183.

Siti Marziah Zakaria., Alavi, K., & Subhi, N. (2013). Risiko kesunyian dalam kalangan warga tua di Rumah Seri Kenangan. Journal of Psychology & Human Development, 1(1), 49-56.

Siti Zaila Husin & Khadijah Alavi. (2016). Kerja sosial di hospital: Meneroka pengabaian dalam kalangan pesakit warga emas. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 11(2), 462-484.

Suraidah Ali & Rahimah Abdul Aziz. (2018). Penjagaan tidak formal orang tua: Antara tanggungjawab dan beban. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 13(3), 183-195.

Surina Nayan. (2006). Keprihatinan yang luntur terhadap warga emas. Jurnal Intelek, 4(1), 95-105.

Wan Ibrahim Wan Ahmad dan Zainab Ismail. (2010). Mengenali Warga Tua Desa Malaysia: Profil Sosial dan Pengaturan Tempat Kediaman. Journal of Governance and Development, 6, 22-39.

WHO. (2021). Update on Omicron. Dimuat turun dari: https://www.who.int/news/item/28-11-2021- update-on-omicron. Dicapai pada 08 Disember 2021.

Wikipedia (n.d.). The Free Encyclopedia. Johor. Wikipedia. https://en.wikipedia.org/wiki/Johor

Published
2022-10-30
Section
Articles