Pembangunan Strategi Pembelajaran Kontekstual Berbantukan GeoGebra Untuk Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Murid Sekolah Menengah
Abstract
Terdapat bukti empirikal yang menunjukkan bahawa murid di Malaysia mempunyai kesukaran untuk menjawab soalan berbentuk KBAT. Salah satu faktor yang membawa kepada permasalahan tersebut ialah strategi pembelajaran yang tidak sesuai untuk mendorong murid dalam meningkatkan KBAT mereka. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) amat menggalakkan strategi pembelajaran secara kontekstual, memaksimumkan pengaplikasian elemen KBAT dalam pembelajaran dan penggunaan teknologi dalam kelas matematik. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan strategi pembelajaran matematik kontekstual dengan mengintegrasikan perisian GeoGebra dalam topik Sukatan dan Geometri yang dinamakan PMK-Geo. Strategi PMK-Geo dibangunkan menggunakan model ADDIE dan model pembinaan modul Sidek yang terdiri daripada Fasa 1 (Analisis keperluan awal), Fasa 2 (Reka bentuk strategi PMK-Geo), Fasa 3 (Pembangunan strategi PMK-Geo), Fasa 4 (Pelaksanaan draf PMK-Geo) dan Fasa 5 (Penilaian draf PMK-Geo). Reka bentuk strategi PMK-Geo yang dibangunkan dalam kajian ini adalah berasaskan kepada model REACT. Ia terdiri daripada lima fasa iaitu menghubungkait (relating), mengalami (experiencing), mengaplikasi (applying), bekerjasama (cooperating) dan memindahkan (transferring). Seramai tiga orang pakar yang terdiri daripada guru cemerlang matematik dan pensyarah universiti. pandangan pakar terhadap kandungan strategi pembelajaran kontekstual yang disusun dalam strategi PMK-Geo dan kandungan KBAT. Berdasarkan maklum balas pakar, strategi REACT yang diterapkan dalam strategi PMK-Geo bersesuaian dalam pembelajaran topik Sukatan dan Geometri. Pakar juga berpendapat bahawa melalui strategi PMK-Geo, murid mempelajari konsep matematik dengan lebih menarik, berpeluang menggunakan aplikasi GeoGebra dan dapat mengukuhkan pemahaman sesuatu konsep matematik. Pakar juga bersetuju bahawa aktiviti penyelesaian masalah dalam PMK-Geo adalah bersesuaian menguji KBAT murid dan masalah matematik yang berbentuk situasi untuk menggalakkan KBAT murid.
Downloads
References
Abu, M. S., Ali, M. B., & Hock, T. T. (2012). Assisting Primary School Children to Progress through Their van Hiele’s Levels of Geometry Thinking using Google SketchUp. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 64, 75–84. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.11.010
Anderson, L. W., & Krathwohl, D. R. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching, and Assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. (P. W. Airasian, K. A. Cruikshank, R. E. Mayer, P. R. Pintrich, J. Raths, & M. C. Wittrock, Eds.) (Complete e). New York: Pearson.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2001). Pembelajaran secara Kontekstual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Baharuddin, R., Singh, D., & Razali, R. (2013). Usability dimensions for mobile applications-a review. Research Journal Applied Science, Engineering and Technology, 5(6), 2225-2231.
Baharvand, M. (2001). A comparison of the effectiveness of computer-assisted instruction versus traditional approach to teaching geometry. California State University, Dominguez Hills.
Bakar, H. N., & Zaman, H. B (2008). Virtual Laboratory for Chemistry Based on the Constructivism-Cognitivism-Contextual Approach (VLab-Chem). In International Symposium on Information Technology (pp. 1–8). Kuala Lumpur. https://doi.org/10.1109/ITSIM.2008.4631622
Bakar, K. A., Ayub, A. F. M., & Tarmizi, R. A. (2010). Utilization of computer technology in learning transformation. International Journal of Education and Information Technologies, 4(2), 91–99.
Berns, R. G., & Erickson, P. M. (2001). Contextual Teaching and Learning: Preparing Students for the New Economy. The Highlight Zone: Research@ Work, (5), 1–8.
Bjornavold, J. (2000). Making Learning Visible: Identification, Assessment and Recognition of Non-Formal Learning in Europe. Cedefop - European Centre for the Development of Vocational Training.
Bloom, B. S. (Ed.). (1956). Taxonomy of educational objectives. Handbook I: The cognitive domain. New York, NY: McKay
Chang, K., Sung, Y.-T., & Lin, S.-Y. (2007). Developing Geometry Thinking Through Multimedia Learning Activities. Computers in Human Behavior, 23(5), 2212–2229. https://doi.org/10.1016/j.chb.2006.03.007
Crawford, M. L. (2001). Teaching Contextually: Research, Rationale, and Techniques for Improving Student Motivation and Achievement in Mathematics and Science. CCI Publishing, Inc., Texas.
Drahman, S., & Saleh, F. (2004). Visualisasi dalam penyelesaian masalah Matematik berayat. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 19, 47-66.
Ghafar, M. N. A., (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan (1st ed). Skudai: Penerbit Univesiti Teknologi Malaysia.
Gonzales, P., Williams, T., Jocelyn, L., Roey, S., Kastberg, D., & Brenwald, S. (2008). Highlights from TIMSS 2007. Washington, DC: National Center for Education Statistics, Institute of Education Sciences, U. S. Department of Education.
Harison, B. (2008). Kesedaran Guru-Guru Matematik Tentang Standard Pengajaran Matematik. Tesis Sarjana yang Tidak Diterbitkan. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Malaysia.
Hassan, N. J., Kassim, N., Bari, S., Zakaria, E., & Mohamad, N. (2015). Infusi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Murid Bermasalah Penglihatan. Seminar Internasional Pendidikan Khas Pasca Siswazah UKM-UPI-UNESA-SEAMEO SEN Siri 5/2015, 1–13.
Havice, W. L. (1999). College Students’ Attitudes Toward Oral Lectures and Integrated Media Presentations. The Journal of Technology Studies, 25(1). https://doi.org/https://doi.org/10.21061/jots.v25i1.a.5
Idris, A. R., & Ku, S. N. (2008). Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Menggunakan Pendekatan Konstruktivisme bagi Tajuk Penjelmaan Matematik Tingkatan Dua. Unpublished Undergraduate Project, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Idris, A. R., & Nor, N. A. M. (2009). Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk Penjelmaan dalam Matapelajaran Matematik KBSM Melalui Pembelajaran Secara Kontekstual. Unpublished Undergraduate Project, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Idris, N. (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik (1st ed.). Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Ilias, S., & Hashim, M. H. M. (2011). Pelaksanaan Pembelajaran Kontekstual dalam Matapelajaran Aliran Vokasional di Sekolah Menengah Akademik Harian: Satu Konseptual. In Persidangan Kebangsaan Penyelidikan & Inovasi Pemacu Transformasi Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional. 16-17 November 2011, Pulau Pinang.
Johnson, E. B. (2002). Contextual Teaching and Learning: What it is and why it is here to stay. California, USA:
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Landell, K. (1997). Management By Menu. London: Wiley and Sons Inc.
Lee, J. (2007). Context in Mathematics Learning: Problems and Possibilities. Teaching Children Mathematics, 14(1), 40–44. https://doi.org/10.5951/TCM.14.1.0040
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). (2013). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Low, K. S., & Lay, Y. F. (2013). Perbandingan Pola Pembelajaran Kontekstual dan Tahap Pemahaman Konsep Sains Pelajar Sekolah Menengah Rendah di Malaysia dan Singapura. Jurnal Teknologi (Social Sciences), 63(2), 91–96. https://doi.org/10.11113/jt.v63.2017
Masri, R., Ting, S. H., Tajudin, N. M., Zamzamir, Z., & Shah, R. L. Z. R. M. (2016). The Effects of Using GeoGebra Teaching Strategy in Malaysian Secondary Schools : A Case Study from Sibu , Sarawak. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 12(7), 13–25.
Mullis, I. V. S., Martin, M. O., Gonzalez, E. J., Gregory, K. D., Garden, R. A., & Oconnor, K. M. (2000). TIMSS 1999 International Mathematics Report. Boston: Boston College, International Study Center.
Mullis, I. V. S., Martin, M. O., Gonzalez, E. J., Gregory, K. D., Garden, R. A., & Oconnor, K. M. (2004). TIMSS 2003 International Mathematics Report. Boston: Boston College, International Study Center.
Mullis, I. V. S., Martin, M. O., Gonzalez, E. J., Gregory, K. D., Garden, R. A., & Oconnor, K. M. (2008). TIMSS 2007 International Mathematics Report. Boston: Boston College, International Study Center.
Mullis, I. V. S., Martin, M. O., Gonzalez, E. J., Gregory, K. D., Garden, R. A., & Oconnor, K. M. (2012). TIMSS 2011 International Mathematics Report. Boston: Boston College, International Study Center.
Patton, M. Q. (2002). Qualitative Research and Evaluation Methods (3rd ed.). Thousand Oaks, California: Sage Publications.
Paul, N.-K. L., Parmjit, S., & Tee, Y. H. (2009). Constructing Mathematics in an Interactive Classroom Context. Educational Studies in Mathematics, 72(3), 307–324. https://doi.org/10.1007/s10649-009-9196-y
Piaget, J. (1954). The Construction of Reality in the Child. New York: Basic Books. http://dx.doi.org/10.1037/11168-000
Puteh, M., & Masri, R. (2006). Geometer Sketchpad: Penggunaannya dalam Pembelajaran Matematik Tambahan. In Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan (pp. 101–115). Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Rajendran, N. (2001). The Teaching of Higher-Order Thinking Skills in Malaysia. Journal of Southeast Asian Education, 2(1), 1–21. https://doi.org/10.1037/0022-0663.95.3.563
Raub, L. A., Shukor, N. A., Arshad, M. Y., & Rosli, M. S. (2015). An integrated model to implement contextual learning with virtual learning environment for promoting higher order thinking skills in Malaysian secondary schools. International Education Studies, 8(13), 41–46. https://doi.org/10.5539/ies.v8n13p41
Ruthven, K., Hennessy, S., & Deaney, R. (2005). Incorporating Internet Resources into Classroom Practice: Pedagogical Perspectives and Strategies of Secondary-school Subject Teachers. Computers & Education, 44(1), 1–34. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2003.11.001
Salleh, A. M. (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer (Penggunaan Perisian Power Point Interaktif) Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep Sains Dalam Tajuk Sel Untuk Sains Tingkatan Satu. Universiti Terbuka Malaysia.
Suryawati, E., Osman, K., & Meerah, T. S. M. (2010). The Effectiveness of RANGKA Contextual Teaching and Learning on Students’ Problem Solving Skills and Scientific Attitude. Procedia Social and Behavioral Sciences, 9, 1717–1721. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2010.12.389
Sutaji S. S. (2015). Kesan Penggunaan Koswer Multimedia Animasi Visual Terhadap Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Matematik. Unpublished Master Project, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Skudai.
Tajudin, N. M. (2013). Graphing Calculator and Geometer’s Sketchpad in Teaching and Learning of Mathematics. Journal of Arts and Humanities (JAH), 2(11), 53–66. https://doi.org/10.18533/journal.v2i11.212
Trespalacios, J. H., & Pérez-Quiñones, M. A. (1999). Teaching Functions to Pre-Calculus Students: An Electronic-Workbook. In 29th ASEE/IEEE Frontiers in Education Conference, 1999 (FIE’99) (pp. 19–24). San Juan, Puerto Rico, November 10 - 13.
Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes (M. Cole, V John-Steiner, S. Scribner, and E. Souberman, Eds.). Cambridge, MA: Harvard University Press.
Whyte, S., & Schmid, E. C. (2018). Classroom technology for young learners. In The Routledge handbook of teaching English to young learners (pp. 338-355). Routledge.
Williams, D. L. (2007). The What, Why, and How of Contextual Teaching in a Mathematics Classroom. Mathematics Teacher, 100(8), 572–575. https://doi.org/10.5951/MT.100.8.0572
Yee, M. H., Othman, W., Yunos, J. M., Tee, T. K., Hassan, R., & Mohamad, M. M. (2011). The level of marzano higher order thinking skills among technical education students. International Journal of Social Science and Humanity, 1(2), 121. https://doi.org/10.7763/IJSSH.2011.V1.20
Yushau, B., Mji, A., & Wessels, D. C. J. (2005). The role of technology in fostering creativity in the teaching and learning of mathematics. Pythagoras, 2005(62), 12-22. https://hdl.handle.net/10520/EJC20861
Zainal, T. Z. T., Mustapha, R., & Habib, A. R. (2009). Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru matematik bagi tajuk pecahan: Kajian kes di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 131-153.
Zakaria, E., Daud, M. Y., & Nordin, N. M. (2007). Technology in Teaching and Learning Mathematics. In Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin, Sabri Ahmad. Trend in Teaching and Learning Mathematics. 1-14, Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Zakaria, M. A. Z. M., & Rahman, N. S. A. (2010). Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi Topik Bulatan Matematik Tingkatan 2 Berasaskan Teori Konstruktivisme. Unpublished Undergraduate Project, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Zandvliet, D.B. (2012). ICT Learning Environments and Science Education: Perception to Practice. In: Fraser, B., Tobin, K., McRobbie, C. (eds) Second International Handbook of Science Education. Springer International Handbooks of Education (pp. 1277–1289). Springer, Dordrecht. https://doi.org/10.1007/978-1-4020-9041-7_82















