Analisis Keperluan Terhadap Pembangunan Aplikasi Seni Lukisan (ApSeL) dalam Pengajaran Pendidikan Seni Visual di Sekolah Menengah

  • Maznah Salleh Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia,
  • Mohd Zahuri bin Khairani Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
  • Yakup bin Mohd Rafee Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
Keywords: Analisis keperluan, Pembangunan aplikasi Android, Seni lukisan, Pendidikan seni visual

Abstract

Kajian analisis keperluan ini dijalankan untuk melihat kepada isu dan permasalahan tajuk Seni Lukisan yang membawa kepada perlunya pembangunan aplikasi ApSeL. Penghasilan bahan pembelajaran berbentuk aplikasi berasaskan android tidak asing lagi pada masa kini. Aplikasi ini boleh menjadi pencetus kepada minat murid untuk belajar. Para pendidik harus berani menghasilkan inovasi dalam pedagogi pengajaran untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada generasi ini agar senario pendidikan masa kini selari dengan perkembangan teknologi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan pembangunan aplikasi ApSeL bagi tajuk Seni Lukisan di sekolah menengah. Kajian dijalankan secara kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik. Responden kajian terdiri daripada 184 guru-guru Pendidikan Seni Visual yang mengajar Tingkatan 3 dari 180 buah sekolah menengah di negeri Kedah yang dipilih. Data yang dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 26.0 bagi mengukur tahap keperluan pembangunan aplikasi berkenaan. Hasil analisis data menunjukkan interpretasi yang tinggi terhadap keperluan untuk pembangunan aplikasi seni lukisan di sekolah menengah bagi menyokong pembelajaran digital masa kini. Impak kajian ini memberikan maklumat kukuh tentang potensi pengintegrasian teknologi dalam pembelajaran pendidikan seni visual di sekolah menengah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Fkrudin, M., & Ammar Badruddin, R. (2018). Kebolehgunaan Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps) Bagi Kursus Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam (M-Istech) Di Politeknik Malaysia. Malaysian Online Journal of Education, 2(1), 18–28.

Ahmad Zamzuri Mohamad Ali. (2019). Multimedia dan Perisian Pendidikan. UPSI.

Al-Emran Mostafa, N., ElsherifHatem, M., & ShaalanKhaled, N. (2015). Investigating Attitudes towards the Use of Mobile Learning in Higher Education. In Computers in Human Behavior (Vol. 56, pp. 93–102). https://dl.acm.org/doi/10.1016/j.chb.2015.11.033%0Ahttps://lens.org/069-875-342-083-615

Amani, D. (2014). Pembangunan Modul M-Pembelajaran Bahasa Arab Di Institut Pendidikan Guru. University of Malaya.

Aravind, N., & Akshara, V. (2019). Impact of using multimedia teaching method in art education among college students. International Journal of Advance Research, 5(1), 208–210.

Chai, W. S. (2020). Keberkesanan Penggunaan Aplikasi Mudah Alih “Colour” Terhadap Pencapaian Pendidikan Kesenian (Seni Visual Dalam Kalangan Murid-murid Tahun 4). UPSI.

Explorance. (2022). 7 reason student need technology in the classroom. Explorance. https://explorance.com/blog/7-reasons-students-need-technology-classroom/

Fadzil, A. (2015). Penggunaan Aplikasi Multimedia Interaktif Dalam Kemahiran Melukis , Mewarna Dan Menganimasi Secara Digital. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia.

Hodam, H., Rienow, A., & Jürgens, C. (2020). Bringing earth observation to schools with digital integrated learning environments. Remote Sensing, 12(3), 1–19. https://doi.org/10.3390/rs12030345

Institut Aminudin Baki. (2017). Kehendak Pendidikan Abad ke-21. Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad Ke-21, 190.

Jamil, S., Syahril Izwan, A. Y., & Mohd Izham, A. (2021). Impak Penggunaan Aplikasi Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Journal of Social Science and Humanities, 2(2), 30–34.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 3. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Aizat Abu Hassan, & Nur Raihan Mohd Yusof. (2018). Tinjauan masalah guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, 1(1), 1–11.

Mohd Nor, R., Nik Yusoff, N. M. R. Bin, & Haron, H. Bin. (2020). Meneroka Kaedah Pengajaran Guru Cemerlang Pendidikan Seni Visual Selangor (GCPSV): Satu Kajian Kes. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(5), 125–140. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i5.394

Mohd Razali, A. S., Zanaton, H. I., & Fariza, K. (2021). The Use Of Mobile Learning In Teaching And Learning Session During The Covid-19 Pandemic In Malaysia. Journal of Contemporary Social Science and Educational Studies, 1(2), 46–65.

Mohd Ridhuan, M. J., & Nurulrabihah, M. N. (2020). Kepelbagaian Metodologi dalam Penyelidikan Reka bentuk dan Pembangunan. Qaisar Prestige Resources.

Muhammad Nidzam, Y. (2016). Pembangunan Model Kurikulum M-Pembelajaran Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran di IPG. Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020

Norhasyimah, H., Zulkiflee, S. N., Siti Nur Kamariah, R., Arihasnida, A., & Tamil Selvam Subramaniam. (2017). Pembangunan Aplikasi Android Pembelajaran Reka Bentuk Grafik Digital. Journal for TVET Practitioners (Oj-TP), 2(2), 1–7.

Norhayati, Y. (2022). Pembangunan Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Permainan Dalam Talian (PBPDT) Bagi Topik Kebanrangkalian Mudah dan Kesannya Terhadap Pencapaian Murid Tingkatan Dua. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pelan Pembangunan Pendidikan. (2013). Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025.

Ridzuan Hussin, Ahmad Nizam Othman, & Ridzuan Hussin. (2020). Analisis keperluan pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi media baru dalam pendidikan seni visual. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 18(2), 1–13.

Sabariah, M. (2021). Cabaran Generasi Era Digital. Sinar Bestari. https://sinarbestari.sinarharian.com.my/komuniti/cabaran-generasi-era-digital/

Salmi, A., & Noor Shuhada, A. (2017). Keberkesanan Aplikasi Youtube dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Kejuruteraan di Politeknik Seberang Perai. e-Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang

Siti Hayati Mohd Yusoff & Abdul Halim Husain. (2019). Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pendidikan Seni Visual Ke Arah Pembelajaran Bermakna. Jurnal IPDA, 26, 92–104.

Tapscott, D. (2008). Grown Up Digital: How the Net Generation is Changing The World (1st ed.). McGraw Hill.

Wan Samiati, A. W., Mumtaz, M., & Asyah, M. Y. (2020). Using Technologies to Cultivate Creativity in Visual Art. DEStech Transactions on Social Science, Education and Human Science, ICEdDE, 343–348. https://doi.org/10.12783/dtssehs/icedde2019/33707

Published
2023-02-28
Section
Articles