Analisis Keperluan: Pembangunan Modul DrawMe (DM) dalam Meningkatkan Kemahiran Matematik Berayat Sekolah Rendah
Abstract
Kemahiran menyelesaikan matematik berayat merupkan subtopik yang penting dalam Matematik. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti kriteria yang diperlukan dalam membina modul pengajaran bagi menyelesaikan masalah matematik berayat berasaskan strategi pembelajaran melukis gambar rajah (visual). Dalam kajian in, pengkaji lebih memfokuskan kepada fasa yang pertama iaitu fasa analisis keperluan. Pengkaji menggunakan Analisis dokumen ke atas tugasan pelajar dan temu bual ke atas 5 orang pelajar serta 3 orang guru. Data berbentuk kualitatif dikumpulkan, di kategori dan dianalisis bagi mengenal pasti tema serta bermakna terhadap data yang diperoleh. Manakala tugasan pelajar tahun 2 dianalisis bagi mengenal pasti faktor yang menjadi penyebab masalah tersebut. Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan kaedah pengajaran konvensional iaitu berpusat kepada guru masih lagi menjadi amalan. Kemahiran menggunakan strategi dan kaedah yang sesuai memerlukan latihan dan bimbingan daripada guru. Kriteria-kriteria dalam aspek kandungan, aktiviti, bahan dan pentaksiran perlu diambil kira dalam membangunkan modul DrawMe (DM) agar dapat membantu meningkatkan kemahiran murid untuk menyelesaikan masalah matematik berayat dalam operasi bahagi dengan baik. Implikasinya, kajian ini dapat memberikan maklumat kepada warga guru untuk merancang aktiviti pengajaran serta boleh menjadi rujukan dalam fasa seterusnya bagi pembinaan modul pengajaran dalam aspek bahan pengajaran dan sumber.
Downloads
References
Abdullah, M. Z., Daud, I., Idris, M. R., & Rahman, M. N. A. (2019). Kesan pembelajaran flipped classroom terhadap sikap bagi penyelesaian masalah bagi algebra. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 7(4), 1-10.
Ali, A., & Mahamod, Z. (2017). Analisis keperluan terhadap pengguna sasaran modul pendekatan berasaskan bermain bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa kanak-kanak prasekolah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(1), 1-8.
Ariffin, A., Baisar, Z., Hamzah, N., Rubani, S. N. K., & Subramaniam, T. S. (2018). Kaedah Melukis Gambarajah: Satu Pendekatan Dalam Proses Penyelesaian Masalah Matematik. Online Journal for TVET Practitioners.
Bakar, M. A. A., & Ismail, N. (2019). Impak pelaksanaan strategi pembelajaran regulasi metakognitif dalam pembelajaran matematik: Satu kajian literatur. Jurnal Dunia Pendidikan, 1(1), 18-26.
Bertoline, G. R. (1998). Visual science: An emerging discipline. Journal for Geometry and Graphics, 2(2), 181-187.
Gurat, M. G. (2018). Mathematical Problem-Solving Strategies among Student Teachers. Journal on Efficiency and Responsibility in Education and Science, 11(3), 53-64.
Hee, N. K., & Maat, S. M. (2022). Keberkesanan Kaedah Melukis Petak dalam Meningkatkan Pencapaian Topik Pertambahan Pecahan Mudah Murid Tahun Empat. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(1), 184-191.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Elemen KBAT Dalam Pedagogi. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
Larson, M. B., & Lockee, B. B. (2014). Streamlined ID: A practical guide to instructional design. Oxon: Routledge
Lasiun, M. (2016). Keberkesanan kaedah visualisasi: Meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah matematik berayat. Proceedings of the ICECRS, 1(1), v1i1-542
Lee-Cultura, S., Sharma, K., Cosentino, G., Papavlasopoulou, S., & Giannakos, M. (2021, June). Children’s play and problem solving in motion-based educational games: Synergies between human annotations and multi-modal data. In Interaction Design and Children (pp. 408-420).
Lester, F. K. (1975) Mathematical Problem Solving In The Elementary School: Some Educational and Psychological Considerations In Mathematical Problem Solving. Columbus, Ohio:Eric.
Li, J. H. J., & Maat, S. M. (2022). Kemahiran Menjana Masalah Matematik Berayat Berdasarkan Taksonomi Bloom Semakan dalam kalangan Guru Matematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001380-e001380.
Mayer, R. E. (1983). Thinking, problem solving, cognition. New York: Freeman
McKenney, S., & Reeves, T. C. (2012). Conducting educational design research. New York: Routledge
Moses, F. (1982). System reliability developments in structural engineering. Structural Safety, 1(1), 3-13.
Muhamad, N., Zakaria, M. A. Z. M., Salleh, S. M., & Harun, J. (2018). Penggunaan permainan digital dalam pembelajaran bilik darjah bagi meningkatkan kreativiti dalam penyelesaian masalah matematik. Sains Humanika, 10(3-2).
Mulyati, T., Herman, T., & Mulyana, T. (2017). Effect of integrating children’s literature and SQRQCQ problem solving learning on elementary school student’s mathematical reading comprehension skill. International Electronic Journal of Mathematics Education, 12(3), 217-232.
Polya, G. (1957). How to solve it; a new aspect of mathematical method. Garden City, NY: Doubled
Polya, G. (1973). How To Solve it: A New Aspect of Mathematical Method. New Jersey, USA: Pricenton University Press
Rahman, A. F. A., & Mahamod, Z. (2019). Teknik lakaran bersama peta alir i-Think meningkatkan kemahiran menjana idea murid etnik Lun Bawang dalam karangan autobiografi (Scetch technique with i-Think flow map to improve generating ideas skill among Lun Bawang students ethnic in autobiography writing). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(3), 12-22.
Schoenfeld, A. H. (2014). Mathematical problem solving. Elsevier.
Suastika, K. (2017). Mathematics learning model of open problem solving to develop students’ creativity. International Electronic Journal of Mathematics Education, 12(3), 569-577.
Suhaila, I., Mohd Yusof, A & Faridah Hanim, I. (2019). Pengaruh penguasaan pengetahuan, pedagogi dan isi kandungan guru terhadap kemerosotan skor matematik TIMSS di Melaka. Jurnal Kesidang, 4(1), 23-37.
Wong, W. T., Effendi, M., & Matore, E. M. (2020). Kemahiran penyelesaian masalah berayat matematik melalui model bar: sorotan literatur bersistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), 144-159.
Wibowo, T., Sutawidjaja, A., As’ari, A. R., & Sulandra, I. M. (2017). Characteristics of students sensory mathematical imagination in solving mathematics problem. International Electronic Journal of Mathematics Education, 12(3), 609-619.















