Faktor- Faktor yang Mempengaruhi Kemampuan Pemilikan Rumah dalam kalangan Isi Rumah Bandar M40 di Pulau Pinang
Abstract
Pemilikan rumah merupakan elemen penting dalam memastikan keperluan setiap individu dan keluarga terhadap tempat tinggal dipenuhi untuk menjamin kesejahteraan mereka. Namun, kemampuan untuk memiliki rumah dalam kalangan isi rumah bandar M40 di Pulau Pinang adalah sederhana di mana masih terdapat segelintir yang tidak mampu memiliki rumah sendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kemampuan memiliki rumah dalam kalangan isi rumah bandar M40 di Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana pengkaji menggunakan instrumen temu bual separa berstruktur. Seramai 20 orang ketua isi rumah M40 bandar telah ditemu bual. Kaedah analisis tematik digunakan untuk menganalisis data kualitatif bagi mencapai objektif kajian. Melalui kajian ini, cabaran sebenar yang dihadapi oleh isi rumah bandar M40 dapat dikenal pasti. Hasil kajian menunjukkan bahawa kos perumahan dan kriteria rumah merupakan faktor utama yang mempengaruhi kemampuan untuk memiliki rumah dalam kalangan isi rumah bandar M40 di Pulau Pinang. Selain itu terdapat juga beberapa faktor mempengaruhi lain seperti pendapatan, simpanan dan pinjaman perumahan. Hasil kajian ini diharap dapat membantu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam menggubal dasar perumahan khususnya dasar rumah mampu milik yang lebih komprehensif pada masa hadapan.
Downloads
References
Abdul Kadir, J. M., Subramaniam, G., & Ghazali, I. (2020). Housing Affordability among Middle-Income Earners in Selangor, Malaysia. Environment-Behaviour Proceedings Journal, 5(15), 289–293. https://doi.org/10.21834/ebpj.v5i15.2514
Alias, N. H., Basrah, N., Majid, R. A., & Rahim, N. A. (2021). The application of social attribute on Sustainable Affordable Housing (SAH): Klang Valley Area, Malaysia context. IOP Conference Series: Earth and Environmental Science, 685(1). https://doi.org/10.1088/1755-1315/685/1/012011
Aminudin, N. H., & Md. Sani @ Abd. Rahim, N. (2023). The Challenges Faced By Residents In Affordable Housing At Bayan Lepas, Pulau Pinang. Malaysian Journal of Sustainable Environment, 10(1), 147–170. https://doi.org/10.24191/myse.v10i1.21255
Annuar Mohamed & Nor Malina, M. (2021). House Ownership among Middle-income Urban Society Revisited: Multi-dimensional Perspectives. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 319–329. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i3.691
Bank Negara Malaysia. (2018). Statutory Requirements. March.
Hashim, H., Hashim, S. F., Abdullah, Y. A., & Planning, U. (2020). Assessing the residential and schools’ surrounding environments for child-friendliness in precinct 11 Putrajaya, Malaysia. Journal of Advanced Research in Social Sciences and Humanities, 4(4). https://doi.org/10.26500/JARSSH-04-2019-0401
Ismail, S., Jalil, I. N., & Megat Muzafar, P. M. (2015). Making Housing Affordable. In Khazana Research Institute.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2019). The key findings: Income, poverty,inequality, expenditure, basic amenities 2019. Department of Statistics Malaysia. https://www.dosm.gov.my
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2021). Malaysian House Price Index (MHPI) : Annual & Quarterly Changes by State Q2 2021 P. 2020–2021.
Junaidi, A. B., Siti Nor Isma’, M. R., & Rosniza Aznie, C. R. (2020). Faktor mempengaruhi pemilikan rumah dalam kalangan isi rumah berpendapatan sederhana. Akademika, 90(Isu Khas 1/ Special Issue), 115–127. https://doi.org/https://doi.org/10.17576/akad-2020-90IK1-09
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (2018). Dasar Perumahan Negara (2018-2025).
Md.Sani, N., & Abd.Rahim. (2007). Kemampuan Pemilikan Rumah Kos Rendah Di Kuala Lumpur. 6. file:///C:/Users/USUARIO/Desktop/NEUROSICOLOGIA2/NEUROPSICOLOGÍA CLÍNICA (Ardila y Roselli)2.pdf
Mustafa Kamal, Ernawati & Kong-Seng, Lai & Yusof, Nor'Aini. (2020). The Low-Middle Income Housing Challenges in Malaysia. Planning Malaysia, 18. 10.21837/pm.v18i11.713.
Napoli, G. (2017). Housing affordability in metropolitan areas. The application of a combination of the ratio income and residual income approaches to two case studies in sicily, Italy. Buildings, 7(4), 95. https://doi.org/10.3390/buildings7040095
National Housing Department. (2018). National Housing Policy (NHP) (2018- 2025). 164.
Nor Malina. M., Mohamad, S. S., Khoo, S. L., Parthiban, S. G., & Zahri, H. (2017). Kemampuan Memiliki Rumah dalam Kalangan Keluarga Bandar di Malaysia. Geografi, 5(March 2015), 69–77.
Oikarinen, E., Bourassa, S. C., Hoesli, M. E. R., Engblom, J. (April 20, 2021). Revisiting Metropolitan House Price-Income Relationships. Swiss Finance Institute Research Paper No. 21-32, Available at SSRN: https://ssrn.com/abstract=3830512 or http://dx.doi.org/10.2139/ssrn.3830512
Raji, F., Mohamed Saleh Ba Qutayan, S., Ariffin, A. S., Razali, M. N., & Kamarudin, N. (2016). Resident’s Perception On Livability in Affordable Housing in Malaysia. Journal of Technology Management and Business, 03(01), 1–13.
Rosliana, M., Zaimah, R., & Sarmila, M. S. (2020). Kemampuan Pemilikan Rumah dalam Kalangan M40 di Malaysia. Akademika 90,(Isu Khas 1/Special Issue), 63–74. https://doi.org/https://doi.org/10.17576/akad-2020-90IK1-05 Kemampuan
Sekaran, U. (2003) Research Methods for Business: A Skill-Building Approach. 4th Edition, John Wiley & Sons, New York.















