Faktor-Faktor Persaraan Awal: Tinjauan dalam kalangan Guru-Guru Negeri Perak
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan membuat perbandingan motivasi dan persepsi guru terhadap dunia pendidikan dan pengajaran serta faktor-faktor persaraan awal dalam kalangan guru-guru negeri Perak. Kutipan data dilaksanakan melalui pendekatan campuran kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual. Teknik pensampelan mudah digunakan bagi mendapatkan maklum balas daripada guru-guru bagi menjawab persoalan kajian dan mendapatkan peserta untuk temu bual. Seramai 772 responden telah menyertai soal selidik ini dan 73 daripada mereka telah bersetuju untuk ditemu bual. Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati motivasi guru berada pada tahap yang tinggi manakala persepsi guru adalah sederhana tinggi. Guru yang berkhidmat lebih lama didapati mempunyai motivasi dan persepsi yang lebih tinggi. Terdapat enam faktor dominan dikenal pasti dan ditemakan iaitu bebanan kerja, tekanan pentadbiran, persekitaran sosial dan buli, pelajar dan masyarakat, kecekapan kendiri dan prasarana. Kajian ini turut memberikan beberapa cadangan agar permasalahan ini dapat dikawal pada masa hadapan. Adalah diharapkan hasil kajian ini dapat menyumbang kepada motivasi guru untuk meneruskan khidmat bakti kepada anak bangsa.
Downloads
References
A Rosli, F. (2022, April 25). KPM teliti punca guru bersara awal. BH Online; Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/949346/kpm-teliti-punca-guru-bersara-awal
Allen, D. G., Weeks, K. P., & Moffitt, K. R. (2005). Turnover intentions and voluntary turnover: the moderating roles of self-monitoring, locus of control, proactive personality, and risk aversion. Journal of applied psychology, 90(5), 980.
Fishbach, A., & Woolley, K. (2022). The structure of intrinsic motivation. Annual Review of Organizational Psychology and Organizational Behavior, 9.
Gersten, R., Keating, T., Yovanoff, P., & Harniss, M. K. (2001). Working in special education: Factors that enhance special educators' intent to stay. Exceptional children, 67(4), 549-567.
Hong, O. C., & Ismail, A. (2017). Sokongan pihak pengurusan sekolah terhadap tekanan kerja guru di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan cina. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(2), 42-57.
Istifhama, L. (2019). Kemuliaan Seorang Guru dalam Perspektif Al Ghazali. Jurnal Keislaman, 2(1), 38-47.
Klai, M. E. & Bahrin, F. K., (2020). Kesedaran tentang masalah kemurungan dalam kalangan guru. Malaysian Journal of Society and Space, 16(4), 273-284.
Nunnally, J. C., & Berstein, I. H. (1994). Psychometric Theory. 3. Edit. McCraw-Hill. Inc. New York.
Rahman, A. A., Zulkifli, M. S., Hashimee, M., Wazir, A., & Sayed, M. (2019). Tahap kompetensi guru bahasa Arab di SABK DI Malaysia: Satu dimensi. e-BANGI, 16, 1-13.
Said, M. H. M. (2022a, September 23). Bersara awal punca kurang guru bahasa. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/berita/2022/09/bersara-awal-punca-kurang-guru-bahasa/
Said, M. H. M. (2022b, March 21). Guru bersara awal hampir menyamai jumlah bersara wajib. Utusan Digital. https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/guru-bersara-awal-hampir-menyamai-jumlah-bersara-wajib/
Schunk, D. H., & DiBenedetto, M. K. (2020). Motivation and social cognitive theory. Contemporary Educational Psychology, 60, 101832.
Subban, S. S., Mohamd, N. A., Jalil, H. A., & Ismail, I. A. (2022). Pelaksanaan e-pembelajaran dalam persekitaran sosial dan budaya di sekolah transformasi (TS25) di Malaysia. Innovative Teaching and Learning Journal, 6(1), 32-51.
Sun, R., & Wang, W. (2017). Transformational leadership, employee turnover intention, and actual voluntary turnover in public organizations. Public Management Review, 19(8), 1124-1141.
Topa, G., Depolo, M., & Alcover, C. M. (2018). Early retirement: a meta-analysis of its antecedent and subsequent correlates. Frontiers in psychology, 8, 2157.
Van den Borre, L., Spruyt, B., & Van Droogenbroeck, F. (2021). Early career teacher retention intention: Individual, school and country characteristics. Teaching and Teacher Education, 105, 103427.















