Menerokai Emosi Belia dalam Organisasi di Lembah Klang
Abstract
Emosi adalah sesuatu yang dirasai individu secara dalaman. Pelbagai bentuk emosi yang akan ditunjukkan seseorang individu dalam organisasi. Konsep emosi mempunyai pelbagai dimensi dan penaksirannya dapat dikelaskan mengikut perspektif organisasi dan bahasa. Penulisan ini cuba menerokai secara terperinci emosi belia dalam organisasi tempat kerja. Kajian ini menjawab tiga persoalan berikut: (1) Apakah emosi belia di organisasi tempat kerja? (2) Apakah faktor yang mempengaruhi emosi belia? Dan (3) Apakah kesan emosi belia? Pendekatan kajian yang digunakan adalah kualitatif berbentuk kajian kes dipilih untuk menjawab persoalan kajian dan menyempurnakan penyelidikan. Pendekatan dan reka bentuk kajian yang dipilih kerana berkemampuan untuk menjawab persoalan kajian yang ingin menerokai secara terperinci emosi belia di organisasi tempat kerja. Penulisan ini menggunakan teknik temu bual semi berstruktur yang diaplikasikan untuk mengumpul data peserta kajian daripada 7 orang belia dalam sesebuah organisasi di Lembah Klang. Maklumat yang diperoleh dianalisis dengan aplikasi NVIVO 11 bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian memaparkan penemuan emosi belia di organisasi tempat kerja boleh dilihat dalam pelbagai bentuk positif seperti gembira dan bentuk negatif pula seperti marah dan tertekan. Emosi belia di organisasi tempat kerja dipengaruhi pelbagai faktor seperti sikap kepimpinan ketua jabatan, pengurus, beban kerja berlebihan dan juga faktor rakan kerja. Emosi belia yang positif dan negatif juga mendatangkan kesan negatif seperti konflik, tidak produktif dan impak positif seperti lebih produktif. Implikasi kajian ini mencadangkan agar pelbagai langkah yang boleh diaplikasi kan dalam memastikan emosi belia di organisasi tempat kerja dalam keadaan yang positif dan harmoni.
Downloads
References
Behbahani, A. A. (2011). A comparative Study of the Relation between Emotional Intelligence and Employee's Performance. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 30, 386 – 389.
Berita Harian Online. (2018, May 1). Pekerja Cemerlang Pacu Produktiviti Negara. Berita Harian. Dicapai daripada: https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20190528/281638191681282.
Cheng, S. (2004). Endowment and Contrast: The Role of Positive and Negative Emotions on Well-being Appraisal. Personality and Individual Differences, 37(5), 905-915.
Childe, D., & H. Martin. (1999). The Heart Math Solution. Great Britain: Piatkus.
Demir, M. (2011). The analysis of the relationship between emotional intelligence, organizational deviance, quality of work-life and turnover intentions in the hospitality business. Doctoral dissertation summary. European Journal of Tourism Research, 4(2), 214-216.
Emilia Zainal Abidin & Noor Hassim Ismail. (2006). A study on occupational stress and coping strategies among medical and surgical ward nurses in hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. [Unpublished Thesis Master], Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
Fadilah Ismail. (2021). Relationship between Emotional Intelligence on Organizational Citizenship Behavior (OCB) among Human Resource Officers. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah (JSASS), 8(2), 46-58.
Goleman, D. (1999). Working with Emotional Intelligence. New York: Bantam Books.
Hanaysha, J. (2016). Testing the Effects of Employee Empowerment, Teamwork and Employee Training on Employee Productivity in Higher Education Sector. International Journal of Learning & Development, 6(1), 164-178.
Hodapp, V. (1988). Job Stress, Emotion, and Work Environment: Toward a Causal Model. Personality and Individual Differences, 9(5), 851-859.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2021). Laporan Statistik Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan.
Jackson, S. & Schuler, R. (1983). Preventing Employee Burnout. Journal of Applied Psychology, 60(2), 58-68.
Kim, K. S. (2018). The Influence of Hotels High Commitment HRM on Job Engagement of Employees: Mediating Effects of Workplace Happiness and Mental Health. Applied Research in Quality of Life, 14(2), 507-525.
Ma’rof Redzuan (2001). Psikologi Sosial. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Mohamad Salleh Lebar (1999). Memahami Psikologi. Selangor: Thinker’s Library.
Muhamad Hanapi Jamaludin. (2021). Surut Pasang Perjuangan MAYC 2000-2021. JT Books PLT.
Njururi, E., & Okech, T. C. (2016). Determinants of Employee Productivity in Kenya’s Private Limited Companies in the Manufacturing Sector. International Journal of Economics, Commerce and Management, 4(10), 661–672.
Pugliesi, K. (1999). The consequences of emotional labor: Effects on work stress, job satisfaction, and well-being. Motivation and Emotion, 23(2), 125–154.
Redford, W. & Barefoot, J. (1988). Coronary prone behavior: The emerging role of the hostility complex. New York: John Wiley.
Reinard, J. (2001). Introduction to communication research (3rd ed.). New York: McGraw Hill.
Rohany Nasir & Nor Eda Nusi. (2001). Tekanan kerja, tekanan rumahtangga dan komitmen kerjaya di kalangan pegawai wanita Polis Di Raja Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.
Sakalle, K., Dixit, P., Kaur, R., & Nagendra, A. (2017). Triggers of the employee life cycle: An empirical study on emotional intelligence influencing work life. International Journal of Research in Economics and Social Sciences, 12(7), 170-181.
Sapitri, R. (2016). Pengaruh Komitmen Organisasi Terhadap Kinerja Karyawan Perusahaan Listrik Negara Area Pekanbaru. Journal Online Mahasiswa Fisip, 3(2), 1–9.
Selamat, M. N., & Zolkiply, H. (2017). Persekitaran Kerja dan Komitmen Pekerja di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Kuala Lumpur. Journal of Social Sciences and Humanities, 3(3), 1-13
Schermerhorn. (2005). Organizational Behavior. (9th ed.). United States of America: John Wiley & Sons, Inc.
Taylor, Steven J., & Bogdan. (1984). Introduction to Qualitative Research Methods: The Search for Meanings. (2nd ed). New York: John Wiley and Sons.
Wright, T. A. (2004). The Role of “Happiness” in Organizational Research: Past, Present and Future Directions. Research in Occupational Stress and Well Being, 4, 221-264.
Zaimah, R. et al. (2017). Kualiti hidup dan kesejahteraan belia: Kajian ke atas pekerja sektor awam Malaysia. Geografia Online Malaysia Journal of Society and Space, 8(6), 150 – 156.
Zainah Ahmad Zamani & Hamdan Mohd Ali. (2002). Kesihatan mental dan fizikal dan strategi daya tindak di kalangan pekerja sektor awam. Pasca Persidangan Seminar Psikologi PSIMA 2: Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zohar, D., & I. Marshall. (2000). Spiritual Intelligence: The Ultimate Intelligence. Great Britain: Bloomsbury Publishing.















