Kesedaran Terhadap Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui dalam kalangan Remaja di Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesedaran terhadap sumber tenaga boleh diperbaharui dalam kalangan remaja di Malaysia. Tahap kesedaran ini merangkumi elemen pengetahuan, sikap dan tingkah laku pelajar terhadap tenaga boleh diperbaharui. Sorotan kajian lepas mendapati penyelidikan dalam kesedaran berkaitan sumber tenaga boleh diperbaharui dalam kalangan remaja belum diteroka sepenuhnya di Malaysia. Justeru, kajian ini telah melibatkan seramai 384 orang responden yang terdiri daripada remaja berusia 10 hingga 19 tahun di beberapa buah negeri di Malaysia menggunakan persampelan rawak mudah. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik menggunakan medium Google Forms dan juga serahan borang soal selidik. Pautan Google Forms yang lengkap dengan kesemua bahagian soal selidik diberikan kepada responden melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp. Analisis data secara statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) digunakan dalam kajian ini. Dapatan menunjukkan tahap kesedaran terhadap sumber tenaga boleh diperbaharui di kalangan responden adalah sangat baik. Ini jelas menunjukkan remaja telah didedahkan sedari awal persekolahan berkaitan sumber tenaga. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperluaskan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui terutama penggunaan tenaga solar menjelang tahun 2040. Sebagai cadangan, reka bentuk kajian kualitatif boleh diaplikasikan bagi menyelidik isu ini pada masa hadapan. Kajian juga boleh dilaksanakan untuk melihat perbezaan tahap pengetahuan dan sikap terhadap sumber tenaga boleh diperbaharui dalam kalangan remaja Malaysia untuk mendapatkan maklum balas yang lebih tepat dan komprehensif.
Downloads
References
Adi Ainurzaman Jamaludin, Zul Ilham & Yutaka Akitsu. (2020).Understanding Perception And Interpretation Of Malaysian University Students On Renewable Energy. Aims Energy, 8(6),1029-1044. https://doi.org/10.3934/energy.2020.6.1029
Alia Assali, Tamer Khatib & Angham Najjar. (2019). Renewable Energy Awareness among Future Generation of Palestine. Renewable Energy An International Journal, 136(2019), 254-263. https://doi.org/10.1016/j.renene.2019.01.007
Anas Zyadin, Antero Puhakka, Pirkkoliisa Ahponen, Tarja Cronberg & Paavo Pelkonen. (2012). School students' knowledge, perceptions, and attitudes toward renewable energy in Jordan. Renewable Energy An International Journal, 45(2012), 78-85. https://doi.org/10.1016/j.renene.2012.02.002
Azizi Yahaya, Peter Voo, Ismail Maakip & Mohd Dahlan A. Malek. (2017). Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Chua, Y. P. (2022). Asas Statistik Penyelidikan (Edisi Keempat). Mc Graw Hill
Cichowska, J.B., Mreła, A., & Sokolov, O. (2021). The Importance of The Renewable Energy Sector In The Opinion Of Rural And Urban Youth. Polityka Energetyczna – Energy Policy Journal, 24(2), 157-182. https://doi.org/10.33223/epj/137962
Esra Çakirlar Altuntaş & Salih Levent Turan. (2018). Awareness of secondary school students about renewable energy sources. Renewable Energy an International Journal, 116(2018),741-748. https://doi.org/10.1016/j.renene.2017.09.034
Hazlee Azil Illias, Nabilah Syuhada Ishak & Nurul Aini Mohd Nor Alam. (2020). Awareness Towards Renewable Energy Among Secondary School Students in Malaysia. International Journal of Renewable Energy Research, 10(4). https://doi.org/10.20508/ijrer.v10i4.11288.g8049
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2022). Lamanweb rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia. Diakses daripada https://pqi.stats.gov.my/search.php?tahun=2021&kodData=2&kodJadual=1&kodCiri=1&kodNegeri=Semua
Karasmanaki, E., & Tsantopoulos, G. (2019).Exploring future scientists' awareness about and attitudes towards renewable energy sources. Energy Policy, 131(2019),111-119. https://doi.org/10.1016/j.enpol.2019.04.032
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. (2022).Lamanweb rasmi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.Diakses daripada https://www.mida.gov.my/ms/berita-mida/malaysia-kongsi-rancangan-peralihan-tenaga-dengan-menteri-tenaga-asean/.
Khor, C. S. (13 Januari 2020,). Manfaat tenaga boleh baharu demi kelestarian. BH online. https://api.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/01/646255/manfaat-tenaga-boleh-baharu-demi-kelestarian
Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. Educational And Psychological Measurement, 30, 607-610. https://home.kku.ac.th/sompong/guest_speaker/KrejcieandMorgan_article.pdf
Nor Aisyah Che Derasid, Lokman Mohd Tahir, Aede Hatib Musta’amal, Zainudin Abu Bakar, Nazaruddin Mohtaram, Norzanah Rosmin & Mohd Fadzli Ali. (2021). Knowledge, Awareness And Understanding Of The Practice And Support Policies On Renewable Energy: Exploring The Perspectives Of In-Service Teachers And Polytechnics Lecturers. Energy Report, 7(2021).3410-3427. https://doi.org/10.1016/j.egyr.2021.05.031
Prasadh, R. Ragu, Suresh & Jayshree. (2016). Green affinity: Evaluating The Perceptions Of Youth On Climate Change And Renewable Energy. Prabandhan:Indian Journal of Management, 9(9), 11-26.https://doi.org/10.17010/pijom/2016/v9i9/101503
Simpson, N.P., Rabenold, C.J., Sowman, M., & Shearing, C. D. (2021). Adoption rationales and effects of off-grid renewable energy access for African youth: A case study from Tanzania. Renewable and Sustainable Energy Reviews, 141(2021), 110793, https://doi.org/10.1016/j.rser.2021.110793
Siti Umaira Zakaria, Sahriah Basri, Siti Kartom Kamarudin & Nazatul Aini Abd Majid. (2019). Public Awareness on Renewable Energy in Malaysia. IOP Conference Series: Earth and Environmental Science, Volume 268, International Conference on Sustainable Energy and Green Technology 2018 11–14 December 2018, Kuala Lumpur, Malaysia. https://doi.org/10.1088/1755-1315/268/1/012105
Xingming Fang, Zitang Qua, Chuanwang Sun, Chengkuan Wua & Jing Wei. (2022).Public attitude and policy selection of future energy sustainability in China: Evidence of the survey of the college students.Energy Policy, 165(2022), https://doi.org/10.1016/j.enpol.2022.112961
Zulpikar Ilham, Nurul Emy Idayu Zulkifli & Adi Ainurzaman Jamaludin. (2022). Energy conservation: awareness analysis among secondary school students. Environmental Education Research, 28(6), 925-947. https://doi.org/10.1080/13504622.2022.2031902















