Pandangan Dunia Pengguna Perniagaan Dalam Talian Tentang Jenayah Siber

  • Muhamad Yusri Abdul Karim Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Novel Lyndon Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Jenayah Siber, Pengguna dalam talian, Internet

Abstract

Pengguna perniagaan dalam talian sering kali menjadi mangsa jenayah siber walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan melalui penguatkuasaan dan program pencegahan. Secara konseptualnya, jenayah siber merupakan suatu bentuk perlakuan jenayah yang menggunakan sebarang jenis peranti elektronik melalui sambungan perkhidmatan internet yang mampu menjangkaui batasan dari sesebuah negara ke negara yang lain dalam tempoh masa yang singkat dan tidak mempunyai sempadan. Justeru itu kajian ini dilakukan adalah untuk meneliti pandangan dunia pengguna dalam talian tentang jenayah siber dan faktor-faktor yang menyebabkan mereka berpandangan demikian. Di samping itu, kajian ini turut mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pengguna memilih pembelian dalam talian berbanding dengan pembelian secara konvensional. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui paradigma penyelidikan abduktif. Sejumlah 16 orang informan telah dipilih menggunakan teknik persampelan bola salji yang terdiri daripada lima orang lelaki dan sebelas orang wanita yang ditemu bual secara mendalam. Hasil kajian mendapati terdapat lima pemahaman mereka tentang jenayah siber. Lima perkara tersebut ialah jenayah siber ialah aktiviti peras ugut siber, pelanggaran data peribadi pengguna, aktiviti kecurian identiti pengguna, gangguan psikologikal, mental, buli siber dan kepura-puraan mendapatkan data berdasarkan organisasi yang terkenal. Kesimpulannya, hubungan sosial dan teknologi saling bergantung antara satu sama lain dan hampir kesemua masyarakat di dunia ini telah beralih daripada pembelian secara konvensional kepada teknologi pintar. Implikasi kajian ialah jangkaan sosial dan struktur kuasa yang mengelilingi perbuatan jenayah perlu dikawal bukan sahaja oleh pihak berkuasa tetapi juga oleh struktur sosial masyarakat.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Anita, A. R., & Nazura, A. M. (2004). ​Jenayah Berkaitan Dengan Komputer: Perspektif Undang-Undang Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Bernama. (2022, September 26). Jenayah siber: 12,092 kes, kerugian RM414.8 juta. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/itmetro/2022/09/885795/jenayah-siber-12092-kes-kerugian-rm4148-juta

Blaikie, N. (2000). Designing social research. Cambridge: Polity Press.

Boateng, R., Longe, O. babatope, Isabalija, R. S., & Budu, J. (2011). Sakawa – Cybercrime and Criminality in Ghana. Journal of Information Technology Impact, 11(2), 85–100.

Brunst , P. W. (2008). Use of the Internet by Terrorists a Threat Analysis. IOS Press Ebooks. https://ebooks.iospress.nl/volumearticle/24328

Hussain, A. (2022, September 21). What Is Identity Theft? Definition, Types and Examples. London: SSRN Electronic Journal.

Mahawar, S. (2022, January 10). Criminal Conspiracy under I.P.C. Criminal Conspiracy. Ipleaders. https://blog.ipleaders.in/criminal-conspiracy-under-ipc/

Maurya, C., Muhammad, T., Dhillon, P., & Maurya, P. (2022). The Efects of Cyberbullying Victimization on Depression and Suicidal Ideation among Adolescents and Young Adults: A Three Year Cohort Study from India. Bmc Psychiatry, 22, 599. https://doi.org/10.1186/s12888-022-04238-x

Mesch, G. S. (2009). Parental Mediation, Online Activities, and Cyberbullying. Cyberpsychology & Behavior, 12(4), 387–93. https://doi.org/10.1089/cpb.2009.0068

Natsui, T. (2003). Cybercrimes in Japan: Recent Cases, Legislations, problems and perspectives. Kertas kerja, NetSafe II Conference, Auckland, Newzealand. http://cyberlaw.la.coocan.jp/Documents/netsafepapers_takatonatsui_japan.pdf

Pitchan, M. A., Omar , S. Z., Bolong, J., & ghazali, A. H. (2017). Analisis Keselamatan Siber Dari Perspektif Persekitaran Sosial: Kajian Terhadap Pengguna Internet Di Lembah Klang. Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 12(2), 016–029.

Ramsey, C. E., & Rickson, R. E. (2010). Environmental knowledge and attitudes. Journal of environmental education, 8(11), 10–18. https://doi.org/10.1080/00958964.1976.9941552

Runions, K., Shapka, J. D., Dooley, J., & Modecki, K. L. (2013). Cyber Aggression, Victimization, and Social Information Processing: Adressing the Medium and the Message. Psychology of Violence, 3(1), 9–26. DOI:10.1037/a0030511

Sulkowski, A. J., & Shea , T. (2007). Cyber-Extortion: The Elephant in the Server Room. SSRN Electronic Journal. DOI:10.2139/ssrn.955969

World Stats. (2021, Disember 28). Internet 2021 Usage in Asia. World Stats. https://www.statista.com/statistics/265153/number-of-internet-users-in-the-asia-pacific

Zainab Ismail (2015). Faktor Gangguan Psikologi Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti. Al-Himah Journal of Islamik Dakwah, 7(2), 55–71. http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i

Zaini Othman & Wan Shawaluddin (2009). Dunia tanpa sempadan: Teknologi maklumat dan persoalan keselamatan negara. Penerbit UKM.

Published
2023-07-31
Section
Articles