Kesepaduan dalam Kepelbagaian: Integrasi dan Perpaduan antara Etnik Melayu dan Siam di Kelantan
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan meneliti beberapa faktor penyumbang kepada keharmonian dan kesepaduan sosial yang melatari integrasi etnik Melayu dan Siam. Data primer diperoleh melalui temubual bersemuka melibatkan lima informan terpilih yang merupakan pemimpin masyarakat Siam dan Melayu menggunakan soalan semi berstruktur. Kaedah pemerhatian juga dilakukan sewaktu program kebudayaan dan kemasyarakatan yang dianjurkan dalam komuniti melibatkan penyertaan etnik Melayu dan Siam. Analisis kajian mendapati Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan berperanan menyuburkan integrasi etnik dan kesepaduan sosial antara kedua-dua etnik itu di Tumpat. Selain itu, faktor ajaran agama, kecerdasan adat dan budaya, semangat kenegerian, dan dasar kerajaan yang terbuka terhadap hak minorti turut menyumbang kepada perasaan hormat menghormati, toleransi, nilai kasih sayang dan semangat kebersamaan antara etnik Melayu dan Siam. Semua faktor tersebut berjaya membentuk kesepaduan sosial dan keharmonian masyarakat di Mukim Terbak. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa pelbagai dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan berjaya mewujudkan kesepaduan kaum bagi pemantapan integrasi dan kesepaduan sosial di Malaysia.
Downloads
References
Global Peace Index. (2022). Measuring peace in a complex world. Sydney: Institute for Economics & Peace.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2022). Penemuan utama banci penduduk dan perumahan Malaysia, 2020 negeri. Jabatan Perangkaan Malaysia.
Jenson, J. (1998). Mapping social cohesion: The state of Canadian research. Ottawa: Canadian Policy Research Networks Inc.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (2021). Dasar Kebudayaan Negara. Bahagian Dasar Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lockwood, D. (1992). Social integration and system integration. Solidarity and schism: The problem of disorder in Durkheimian and Marxist sociology. Oxford: Oxford University Press.
Maxwell, J. (1996). Social dimension of economic growth. Eric John Hanson memorial lecture serie (Vol. VIII). Edmonton Univesity of Alberta.
Mohamad Rodzi Abd Razak. (2009). Pembinaan negara bangsa Malaysia: Peranan pendidikan sejarah dan dasar pendidikan kebangsaan. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 36, 90-106.
Mutmainnah, N. (2010). Tafsir pancasila: Sebuah telaah nilai-nilai Islam dalam Al-Qurân. Jurnal Studi Al-Qur'an, 6(1), 32-41.
Najjah Salwa, A. R., & Wan Norhasniah, H. W. H. (2011). Hubungan sosial antara komuniti Melayu dengan komuniti bukan Melayu mengikut perspektif peradaban: Satu pengenalan. Jurnal Pengajian Melayu, 22, 205-233.
Ra’ais Rahimi (2016) Integrasi nasional sekolah wawasan di Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman. [Master’s thesis], Universiti Sains Malaysia. http://eprints.usm.my/id/eprint/31856
Rosfazila, A. R. et al. (2019). Kesepaduan sosial generasi baharu masyarakat majmuk malaysia melalui media sosial: Suatu kajian pemahaman, persepsi, penerimaan dan faktor. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. (24-25 April), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Shamsul, A. B. (2011). Kesepaduan dalam kepelbagaian: Perpaduan di Malaysia. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shamsul, A. B. (2012). Modul hubungan etnik (Ed. Kedua). Bangi: Institut Kajian Etnik UKM.
Suraya Sintang et al. (2019). Kesepaduan sosial dalam hubungan antara agama di pedalaman Sabah. Borneo International Journal, 2(1), 5-15.
Tan, T. C. & Mohd Syariefudin, A. (2022). Kesepaduan sosial dalam kalangan pelajar universiti. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 2(2), 24–33. Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/.../article/view/5187
Tee Abdullah. (2010). Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga Dan Pendidikan. Jurnal Hadhari, 3(2010), 61-84.















