Perubahan Klasifikasi Etnik di dalam Rekod Banci Penduduk Sabah Sebelum dan Pasca Merdeka
Abstract
Artikel ini berkaitan dengan perubahan klasifikasi etnik dalam rekod banci penduduk Sabah sebelum dan selepas merdeka. Hasil penelitian awal mendapati bahawa pengkategorian etnik dalam rekod banci penduduk Sabah dari tahun 1891 sehinggalah tahun 2020 mempunyai perbezaan yang signifikan khususnya dari segi istilah dan pengkategorian etnik peribumi Sabah. Artikel ini juga akan turut menerangkan penjustifikasian yang digunakan oleh pihak British North Borneo Company (BNBC) dan kolonial British dalam mengklasifikasikan etnik yang terdapat di Borneo Utara. Hal ini kerana didapati bahawa pengkategorian etnik dalam rekod banci penduduk Sabah dari tahun 1891 sehinggalah tahun 1960 sentiasa berubah-ubah kerana pihak BNBC dan Kolonial British tidak mempunyai satu bentuk klasifikasi khusus yang dapat mengkategorikan etnik yang terdapat di Sabah. Walau bagaimanapun, selepas Sabah merdeka, laporan banci penduduk Sabah telah diubah suai semula agar selari dengan penyelarasan etnik di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Oleh itu, artikel ini akan cuba untuk mengupas dan menelusuri perubahan pengklasifikasian etnik dalam rekod banci penduduk Sabah sebelum dan selepas merdeka. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk sumber primer dari Arkib Negeri Sabah dan Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sabah. Pengkaji juga menjalankan kaedah temu bual bagi melengkapkan maklumat kajian ini.
Downloads
References
Barth, F. (1969). The Sociology of Ethnicity. Sage Publications Ltd.
Great Britain Colonial Office. (1948). Colonial annual report on North Borneo 1948. London.
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah. (1960). Population Census Report 1960. Jabatan Perangkaan Malaysia.
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah. (1970). Population by community groups and sex of major towns and townships in Sabah. Jabatan Perangkaan Malaysia.
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah. (1980). Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim. Jabatan Perangkaan Malaysia.
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah. (1990). Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim. Jabatan Perangkaan Malaysia.
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah. (2000). Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim. Jabatan Perangkaan Malaysia.
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah. (2010). Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim. Jabatan Perangkaan Malaysia.
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah. (2020). Penemuan utama banci penduduk dan Perumahan Malaysia Tahun 2020. Jabatan Perangkaan Malaysia.
Kntayya Mariappan. (2007). Tahap toleransi etnik di Sabah: analisis awal dalam Sabihah Osman, Toleransi etnik dan perpaduan sosial di negeri Sabah. Laporan Penyelidikan IRPA.
Maizatul Izzah Rosley & Dg. Junaidah Awang Jambol. (2022). Perubahan kedudukan masyarakat Melayu Brunei dalam banci penduduk di sabah (1891-2010): satu tinjauan. Awal. Jurnal Borneo Arkhailogia, 7(1), 29-42. https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.4126.
Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. Adabi Publishing Sdn. Bhd.
Mohamad Rodzi Abd Razak. (2003). Gagasan Malaysia dan penglibatan British: satu tinjauan. JEBAT, 29,109-122. journalarticle.ukm.my/410/1/1.pdf
Muhammad Amri Idris. (09 Jun 2022). Temu Bual Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah.
Sabah State Archives. (1890). British North Borneo Handbook 1890. Sabah State Archives.
Sabah State Archives. (1892). North Borneo Census Report: Official Gazette. Sabah State Archives.
Sabah State Archives. (1894). British North Borneo Herald. Sabah State Archives.
Sabah State Archives. (1901). British North Borneo Herald. Sabah State Archives.
Sabah State Archives. (1912). North Borneo Census Report: Official Gazette. Sabah State Archives.
Sabah State Archives. (1921). Population Census North Borneo. Sabah State Archives.
Sabah State Archives. (1931). Population Census North Borneo. Sabah State Archives.
Sabah State Archives. (1951). Population Census North Borneo. Sabah State Archives.
Sabihah Osman & Ahmad Syukri Epat. (2010). Hakikat sejarah dalam masyarakat Sabah dalam Sabihah Osman, Toleransi etnik dan perpaduan sosial di negeri Sabah. Laporan Penyelidikan IRPA.
Sabihah Osman. (1985). Pentadbiran bumiputera Borneo Utara 1881-1941. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syaib Ahmed. (2021). Sistem perburuhan di Borneo Utara (1881-1963). [Tesis Sarjana], Universiti Malaysia Sabah.















