Penerapan Sifat Kepimpinan Guru Ke Arah Mencapai Wawasan Pendidikan Negara
Abstract
Kemajuan negara dan perkembangan bangsa adalah berdasarkan sistem pendidikan yang diamalkan. Pendidikan yang baik dapat melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan menghargai kehidupan. Hal ini telah mencetuskan Wawasan Pendidikan Negara yang merupakan inti pati kepada Wawasan 2020. Usaha menyemai nilai murni dan perubahan pendidikan dalam kalangan pelajar kini turut terletak di bahu guru. Sifat kepimpinan yang terdapat pada guru amat penting dalam pembentukan wawasan pendidikan terutama gaya kepimpinan yang digunakan terhadap pelajar. Berdasarkan hala tuju yang telah digariskan, guru perlu menggunakan gaya kepimpinan yang diamalkan secara menyeluruh bagi memastikan segala aktiviti atau strategi yang dirancang mengikut hala tuju tersebut. Peranan seorang guru dalam membentuk wawasan ini juga membantu memberi kefahaman kepada guru dalam segala tindak tanduk yang perlu dilakukannya bagi mencapai Wawasan Pendidikan Negara.
Downloads
References
Aziz Deraman (1989). Ke Arah Menggalak dan Memperkembangkan Keilmuan dan Pemikiran Kebudayaan. Kepimpinan dan Pengajian Budaya. Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia. Bahagian Kebudayaan. Kuala Lumpur.
Fatehah Zulkifli (2010). Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan. Falsafah Pendidikan Di Malaysia. IPG Kampus Bahasa Melayu.
Hussein Mahmood (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Ibrahim Mamat (1998). Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (1995). Draf Kertas Konsep Sekolah Penyayang. Carian: http://jpnkedah.moe.gov.my/files
Kamarudin Hj. Kachar (1989). Siri Pengurusan Pendidikan: Kepimpinan Profesional Dalam Pendidikan. Teks Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Kamus Dewan Bahasa Dan Pusta Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.
Wan Shamsuddin Wan Mamat (1998). Pengisian Wawasan Pendidikan Negara Menuju Abad 21. Universiti Putra Malaysia, Terengganu. Carian: http://citacita.tripod.com/nota/wawasdidik.htm
Yahya Don (2005). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Bentong: Pahang.















