Lakuan Bahasa Ekspresi Tun Dr. Mahathir: Kajian Kes Terhadap 40 Artikel Chedet.cc

  • Abd Ganing Laengkang Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM)
  • Rohaidah Haron Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM)
  • Ab Razak Ab Karim Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM)
Keywords: lakuan bahasa, ekspresi kritikan, Tun Dr. Mahathir

Abstract

Kajian ini memberi tumpuan terhadap salah satu kategori lakuan bahasa yang diperkenalkan oleh Searle (1969), iaitu lakuan ekspresi. Lakuan ekspresi ialah ujaran-ujaran yang menunjukkan pernyataan psikologi yang memberi gambaran tentang sikap dan perasaan penutur. Analisis kajian ini dilakukan terhadap ujaran-ujaran yang terdapat dalam 40 artikel kritikan Tun Dr. Mahathir dalam isu 1MDB. Melalui kajian ini, sebanyak lima kategori telah dikenal pasti, iaitu lakuan pernyataan, lakuan kritikan, lakuan rujukan, lakuan arahan, dan lakuan ekspresi. Namun demikian, kajian ini hanya memberi tumpuan terhadap lakuan bahasa ekspresi. Analisis mendapati lakuan ekspresi menunjukkan bilangan ujaran paling sedikit berbanding dengan kategori lakuan bahasa yang lain, iaitu sebanyak 20 kekerapan. Lakuan pernyataan mencatatkan kekerapan tertinggi, dengan jumlah kekerapan sebanyak 1302 ujaran, diikuti oleh lakuan kritikan di tempat kedua dengan kekerapan sebanyak 828. Lakuan rujukan dan lakuan arahan masing-masing dengan kekerapan sebanyak 297 dan 128. Hal ini menunjukkan bahawa Tun Dr. Mahathir melakukan kritikan tanpa mengutamakan ekspresi perasaan atau emosi. Sebanyak tujuh sublakuan ekspresi yang ditemui, iaitu lakuan bimbang, hairan, ucapan selamat, kehendak, enggan, minta maaf, dan ucapan terima kasih. Hal ini merumuskan bahawa dalam kritikan, khususnya kritikan bertulis, Tun Dr. Mahathir tidak menunjukkan ekspresi emosi yang berlebihan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdulrahman Alkhirbash, 2010. Persuasive Language In Selected Speeches Of Tun Dr. Mahathir Mohammad. Ph.D Serdang: Universiti Putera Malaysia.

Austin, J.L., 1956, How to Do Things with Words, Oxford, Clarendon Press.

Eugene Botha (2007), Speech Act Theory And Biblical Interpretation. Neotestamenica 41.2 (2007) 274-294

Gabriel Piterberg (1993) Speech Acts and Written Texts: A Reading of a Seventeenth-Century Ottoman Historiographic Episode. Poetics Today, Vol. 14, No. 2: Duke University.

Jacqueline Visconti (2009), Speech Acts In Legal Language: Introduction. Journal of Pragmatics 41 (2009) 393–400.

Lorenzo Fiorito (2006). On Performatives in Legal Discourse. Metalogicon (2006) XIX, 2

Manabe Takashi (1984) melalui Tesis Doktor Falsafah yang bertajuk Speech Act Theory Based interpretation For Written Text.

Marrianne Constable (2011), Law as Claim to Justice: Legal History and Legal Speech Act. Uc Irvine Law Review. Vol. 1:3

Pratt Mary Louise (1975) melalui tesis Doktor falsafah yang bertajuk Toward a Speech Act Theory of Literary Discourse

Searle, J. R. (1979). Expression and meaning. Cambridge: Cambridge University Press.

Searle, J.R.& Vanderveken, D., 1985, Foundations of Illocutionary Logic, Cambridge University Press.

Searle, J.R., 1969, Speech Acts, Cambridge, Cambridge University Press.
Published
2019-09-09
Section
Articles