Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dan Motivasi Intrinsik dalam Mata Pelajaran Sejarah

  • M Kaviza Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia (UUM)
Keywords: gaya pembelajaran, motivasi intrinsik, mata pelajaran sejarah

Abstract

Kajian tinjauan secara korelasi ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara gaya pembelajaran dan motivasi intrinsik dalam mata pelajaran sejarah. Seramai 521 orang murid Tingkatan Empat dari sekolah menengah harian di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia yang dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah terlibat sebagai sampel kajian dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik Perceptual Learning Style Preferences Questionnaire dan Instrinsic Motivation Inventory yang diadaptasi dan disahkan oleh pakar penilai serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Data kajian ini dianalisis secara statistik inferensi iaitu ujian korelasi Pearson. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang linear positif yang amat tinggi secara signifikan antara gaya pembelajaran dan motivasi intrinsik, di samping keenam-enam jenis gaya pembelajaran tersebut juga menunjukkan terdapat hubungan linear positif yang tinggi secara signifikan dengan motivasi intrinsik. Kajian ini memberi implikasi bahawa gaya pembelajaran dan motivasi intrinsik merupakan elemen penting yang perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Anni Azizah, Maskum & Suparman Arif. (2018). Pengaruh Motivasi Intrinsik terhadap hasil belajar sejarah kelas XI IPS SAMAN 1 Simpang Permatang. PESAGI: Jurnal Pendidikan dan Penelitian Sejarah, 6(1), 1-12.

Azrul Mahfurdz & Saifuddin Semail. (2009). Hubungan Gaya Pembelajaran, Motivasi dan Pencapaian Pelajar Semester Satu dalam Modul Matematik Kejuruteraan. Jurnal Digest Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak, 1-10.

Baharom Mohamad & Ihyaa Hashim. (2010). Gaya pengajaran & pembelajaran. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Bruner. (1966). Toward a theory of instruction. Newton: New York.

Creswell, J.W. (2014). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research (4th Ed). United States: Pearson International.

Davies, J. A. (1971). Elementary Survey Analysis. New Jersey: Prentice Hall.

Deci, E. L. & Ryan, R. M. (1985). Intrinsic Motivation and Self-Determination of Human Behavior. New York: Plenum.

Hazri Jamil. (2003). Teknik mengajar Sejarah. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Jane, R. K. (2016). Investigating the interrelation between attitudes, learning readiness and learning styles under virtual leraning environment: A study among Indian students. Journal Behaviour & Information Technology, 35(11), 946-957.

Kamaruddin Illias, Roshidah Abdul Rahman, Mubin Md Noor & Nurul Azwa Saidon. (2010). Pengaruh Gaya pembelajaran terhadap motivasi dan pencapaian akademik pelajar pra Ijazah Sarjana Muda Penguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 2, 141-153.

Kamarul Azmi Jasmi & Zaharuzzaman Sulaiman. (2018). Kajian kes penggunaan gaya pembelajaran pelajaar pusat pendidikan Islam Andalus, Singapura. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education, 2(1), 36-46.

Kaviza, M. (2019). Motivasi Intrinsik dalam Kalangan Murid Tingkatan Empat yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4 (31), 215-224.

Kaviza, M., Fauziah Abdul Rahim, & Nurliyana Bukhari. (2018). Aplikasi Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Mata Pelajaran Sejarah dan Hubungannya dengan Motivasi Instrinsik: Satu Kajian Korelasi. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 33(1), 95-108.

Krejie, V.R., & Morgan, W.D. (1970). Determining Sampel Size for Research Activities, Educational and Psychological Measurement. Duluth: University of Minnesota.

Mohd Uzir Zubir, Rohaidah Kamaruddin & Sharil Nizam Sha’ri. (2017). Motivasi dan sikap terhadap pembelajaran bahasa melayu murid tingkatan satu (Junior one loyalty), Sekolah Menengah Persendirian Kwang Hua. Jurnal Kesidang, 3, 82-91.

Mok, S.S. (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Norlia Abd Aziz, T. Subahan M.Meerah, Lilia Halim & Kamisah Osman. (2006). Hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian matematik tambahan pelajar tingkatan 4. Jurnal Pendidikan, 31, 123-141.

Nunnally, J.C. (1978). Psychometrie Theory (2nd ed.). New York: McGraw Hill.

Omardin Haji Ashaari & Yunus Muhammad. (1996). Kaedah Pengajaran Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributor Sdn Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum.  (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Reid, J. (1984). Perceptual Learning Style Preferences of ESL Students. TESOL Quarterly, 21, 87-111.

Sivapakkiam Ramasamy, Fadzilah Abd. Rahman, Umi Kalthom Abdul Manaf & Rozita Radhiah Said. (2018). The Inculcation of Higher Order Thinking Skills in History Subject through the application of multiple Intelligence Theory. International Journal of Academic Research in Progresive Education & Development, 7(4), 51-59.

Woolfolk, A. E. (1998). Educational psychology (3rd ed). New Jersey: Prentice Hall Inc.
Published
2019-11-07
Section
Articles