Pembangunan Modal Insan daripada Perspektif Islam: Impak kepada Pengurus

  • Ab Aziz Yusof University College Bestari (UCB), Terengganu
  • Mutiara Dwi Sari University College Bestari (UCB), Terengganu
Keywords: pembangunan modal insan, organisasi, pengurus, perspektif Islam

Abstract

Manusia adalah sumber utama dalam menentukan kegemilangan sesebuah negara ataupun organisasi. Oleh itu manusia merupakan modal yang paling berharga bagi sesebuah negara dan organisasi yang disebut sebagai modal insan. Dalam sebuah organisasi, modal insan yang banyak memainkan peranan adalah pengurus. Bagaimana tindakan pengurus akan mencorakkan organisasi dan akan membawa organisasi mencapai matlamatnya. Bagi organisasi Islam, apabila pengurus menerapkan Pembangunan Modal Insan (PMI) berdasarkan perspektif Barat ke dalam organisasi mereka adalah dianggap suatu pendekatan yang kurang sesuai. Kertas kerja ini bertujuan untuk membina konseptual model PMI daripada perspektif Islam. Selanjutnya kertas kerja ini bertujuan untuk memberikan pandangan yang berguna untuk pengurus atau pembuat dasar dalam memahami bagaimana melakukan Islamisasi dan apa usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan proses Islamisasi berjaya. Kertas kerja ini akan mengisi lompang kajian berkaitan aspek PMI dari perspektif Islam yang masih agak terhad. Kaedah kualitatif dengan menganalisis literatur yang sedia ada menggunakan analisis kandungan telah digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa PMI berdasarkan perspektif Islam perlu merangkumi kedua-dua aspek fizikal dan rohani (akal dan emosi). Pembangunan kedua-dua aspek ini akan menghasilkan modal insan yang bertakwa yang dicirikan dengan amar ma’ruf nahi mungkar, mempunyai misi yang jelas, tawazun, sakinah, kemuliaan akhlak dan sikap tolong menolong. Sebagai kesimpulannya, PMI berdasarkan perspektif Islam akan berimplikasi kepada latihan-latihan yang dijalankan dalam organisasi yang bukan sahaja menumpukan kepada aspek fizikal semata, tapi juga perlu menumpukan kepada aspek rohani.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd.Rahman Ahmad (2006). Pembangunan modal insan: Apa dan kenapa perlu dalam konteks organisasi di Malaysia. Human Resources Academy.

Aini Jaafar (2006). Islam Dan Modal Insan. Yayasan Dakwah Islamiah. Muat turun daripada http://www.yadim.com.my/Sosial/SosialFull.asp?SosialID=320.

Aghazadeh, S. (2003), The future of human resource management. Work Study. 52 (4). 201-7.

Ali, A. (2005). Islamic Perspectives on management and organization, Edward Elgar, Northampton.

Baharom Mohamad &  Mohamad Johdi Salleh (2009).  Pembangunan modal insan sebagai satu pelaburan penting dalam konteks pembinaan negara . Prosiding Seminar Pembangunan Modal Insan 2009, di  Sumber Pendidikan Negeri, Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan. Pada: 23 – 24 Mac 2009.

Bakhtiar Siddiqui. (2001). Miskawayh’s Thoughts on human personality. Intelectual Discourse. 9(1). 29-46.

Beekun, R. (1991), Islamic business ethics. The International Institute of Islamic Thought. Herndon, VA.

Cooper, R.K. and Sawaf, A. (1997). Executive EQ: Emotional intelligence in business. London: Orion Business Books.

Dasman Yahya Ma’ali & Hidayatullah Ismail. (2010). Tawjihat al-nabawiyyat (Muslim ideal dalam perspektif sunnah). Pekanbaru: Susqa Press.

Fadillah Mansor (2006), Kualiti Kerja dalam Organisasi: Tinjauan dari Perspektif Pengurusan Islam dalam Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor (eds.), Dimensi pengurusan Islam, mengurus kerja dan mengurus modal insan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Haron Din (2002) Manusia dan Islam. Jilid 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Junaidah Hashim (2009). Islamic revival in human resource management practices among selected Islamic organisations in Malaysia. International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management. 2 (3). 251-267.

Goleman, D. (1998). Working with emotional intelligence. London: Bloomsbury Publishing Plc.

Haron Din. (2002). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur. (3rd ed.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. 

Imam al-Ghazali. (1988). Ih ya’ ulum al-Din  (Jil.1-4). (Ismail Yakub. Terj.). Singapura: Pustaka Nasional Pte/Ltd.

Krauss, S. E. @Abdul Lateef Abdullah.  (2005). The Muslim relgiousity-personality inventory (MRPI) scoring manual. Tesis doktor falsafah tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia, Malaysia.

Malek Shah Mohd Yusoff dan Nor Shah bin Mohamed (2004). Peningkatan prestasi di tempat kerja melalui aplikasi kecerdasan emosi. Jurnal Pengurusan Awam. 3 (1). 1-20.

Muhammad Hisyam Mohamad, (2005). Islam hadhari bentuk modal insan berkualiti. Institut Kefahaman Islam Malaysia. Muat turun daripada http://www.ikim.gov.my/v5/index.php.

Muhammad Syukri Salleh (2002). Pembangunan Berteraskan Islam (Islamic-Centred Development). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors and Penang: Islamic Development Management Project (IDMP), Universiti Sains Malaysia, revised edition.

Mustapha Kamal Ahmad Kassim, Zahiah Haris @ Harith & Abdullah Yusof (2010). Pembangunan modal insan dan tamadun Islam dari perspektif pendidikan guru. Prosiding dalam The 4th International Conference on Teacher Education. Join Conference UPI & UPSI. Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010, 38-48.

Mayer, J. D., & Salovey, P. (1993). The intelligence of emotional intelligence. Intelligence , 17 (4), 433-442.

Mayer, J.D, Salovey, P. Carusop, D.R & Sitarenios, G (2001). Emotional Intelligence as a standard  intelligence. Emotion. 1(3). 232-242.

Muhammad Utsman Najati. (2007). Psikologi Qurani: Psikologi dalam perspektif al-Quran (al-Quran wa llm nafsi). (Amirussodiq, Lilik R.Nur Kholishah &Muhammad Luqman Arifi, Terj.). Surakarta: Aulia Press.

Musthafa Abdul Wahid. (1988). Kepribadian seorang muslim. (Arifin Jami’an & Abdul Hadi Salam. Terj.). Selangor: Klang Book Centre.

Mohammad Khodayarifard et al. (2010). Development of an international scale of religiosity (a cross cultural approach). Iran: University of Tehran Press.

Mohd Zailani Mohd Yusoof. (2012). Pertimbangan moral dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama. Tesis doktor falzafah tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia, Malaysia.

Mohd Faeez Ilias & Kamarul Azmi Jasmi (2011). Peranan pendidikan islam dalam pembangunan modal insan kelas pertama. Dalam Persidangan Kebangsaan Sains Sosial di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), 20 - 21 April 2011.

Nooraini Othman. (2008). The development and validation of the ummatic personality inventory. Tesis doktor falsafah tidak diterbitkan. International Islamic University Malaysia, Malaysia.

Solehah Yaacob & Baharuddin Yaacob (t.t). Penjelasan al-Quran tentang manusia kajian tatabahasa Arab dan pentafsiran terhadap ayat-ayat yang dipilih. Jabatan Bahasa Arab Dan Kesusasteraan, Kulliyyah Ilmu Wahyu Dan Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Tayeb, M. (1997), Islamic revival in Asia and human resource management. Employee Relation. 19 (4). 352-64.

Yusuf al-Qardhawi.  (2001). Al-qur’an dan al-Sunnah referensi tertinggi. (Bahruddin Faunani, Terj.). Selangor: Penerbitan Darul Iman.

Zulkifli Mohd Yusoff (2015). Keseimbangan modal insan/human capital development dalam membangun masyarakat holistik dari kacamata al-Quran. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar al-Quran. Anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 13hb Jun 2015. 
Published
2017-03-24
Section
Articles