Amalan Mengurus Keperluan Murid oleh Pentadbir dengan Tahap Kehadiran dan Pencapaian Akademik Murid B40
Abstract
Isu ketidakhadiran murid ke sekolah dan pencapaian akademik yang rendah dalam kalangan murid B40 merupakan salah satu cabaran dalam landskap pendidikan di Malaysia yang berupaya menyumbang kepada isu keciciran murid. Keperluan murid yang tidak dipenuhi menjejaskan motivasi, minat dan penglibatan mereka dalam pembelajaran. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur hubungan amalan mengurus keperluan murid oleh pentadbir dengan tahap kehadiran dan pencapaian akademik murid B40. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif melibatkan 24 buah sekolah menengah kebangsaan dari 4 zon di Semenanjung Malaysia yang dipilih melalui teknik persampelan kluster dan rawak mudah dengan 409 orang murid sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui ujian korelasi Pearson dengan menggunakan perisian SPSS versi 29.0. Dapatan menunjukkan amalan mengurus keperluan murid oleh pentadbir berada pada tahap sederhana (min=3.37, SP=0.667), manakala tahap kehadiran dan pencapaian akademik murid B40 berada pada tahap tinggi (min=3.45, SP=0.603). Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang sangat lemah tetapi signifikan pada aras signifikan p<0.05 (r=0.113, p=0.022). Kajian ini memperkukuh kesesuaian dan aplikasi Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) yang relevan dan praktikal untuk digunakan dalam konteks mengurus dan memenuhi keperluan murid secara lebih holistik. Pengurusan keperluan murid yang efektif dalam kalangan pentadbir memberi kesan kepada kehadiran murid yang lebih konsisten dan pencapaian akademik murid yang lebih cemerlang. Penemuan kajian memberi justifikasi bahawa keperluan murid perlu dipenuhi bermula keperluan asas hingga sempurna kendiri terutama bagi murid B40 yang sering terdedah kepada risiko keciciran yang lebih tinggi.
Downloads
References
Abdul Halim, A. (1999). Ke Arah Kecemerlangan dan Kesejahteraan Perkhidmatan Awam di Alaf Baru. MPH Publishing.
Adriansyah Bari & Randy Hidayat. (2022). Teori Hierarki Kebutuhan Maslow terhadap Keputusan Pembelian Merek Gadget. MOTIVASI Jurnal Manajemen dan Bisnis, 7(1), 8-14.
Annie Jerry & Mohd Muslim Md Zalli. (2024). Faktor Keluarga dan Sekolah terhadap Murid Berisiko Cicir: Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen. Southest Asia Psychology Journal, 12(2), 252-272.
Anniliza Mohd Isa, Al-Amin Mydin & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2022). Amalan Pengurusan Berasaskan Sekolah, Pengupayaan dan Autonomi Guru Sekolah Kebangsaan di Sabah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 9(3), 36–49.
Anpazagan, S. N., Ahmad, A., & Surat, S. (2025). Meneroka Pengaruh Keluarga terhadap Keciciran Murid India Golongan B40 di Daerah Shah Alam. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 39(1), 1227–1242.
Awang Hashim, R., Hock, E. L., Jafar, M. F., Shanmugam, S. K. S., & Bukhari, N. (2024). Statistical Identification Of Predictors Of Dropout In Secondary Education: Evidence from Malaysia. Journal of the Asia Pacific Economy, 30(12), 1-27.
Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Yusof Boon & How L. C. (2007). Faktor-Faktor Mempengaruhi Pelajar Ponteng di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Johor. [Tesis Doktor Falsafah]. Universiti Teknologi Malaysia.
Azlin Norhaini Mansor & Zabidah Muhammad. (2020). Strategi Kepimpnan Menangani Murid Berisiko Tercicir: Kajian Kes. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 31(1), 81-99.
Azlina Ab. Jalil, Johari Budin@Mahasan, Norhayati Ismail & Hamidah Baharum. (2023). Keberkesanan Intervensi Program Pasport Kehadiran terhadap Tahap Kehadiran Murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. The 1st International Conference on Global Educational Research 2023.
Azman Ab Rahman, Afaf Sukari, Muhammad Faiz Abd Shakor, Syed Salim Syed Shamsuddin & Zizi Azlinda Mohd Yusof. (2023). Analisis Literatur Sistematik Terhadap Penentuan Agihan Bantuan Kemiskinan Kepada Golongan B40 di Malaysia. JFatwa Journal of Fatwa Management and Research, 28(2), 70-86.
Azmia Aulia Rahmi, Rina Hizyani & Cucu Sopiah. (2022). Analisis Teori Hierarki of Needs Abraham Maslow Terhadap Perkembangan Sosial Emosional Anak Usia Dini. Aulad: Journal on Early Childhood, 5(3), 205-214.
Baker, B. S., Taylor, B. J., & Hall, J. C. (2001). Are Complex Behaviors Specified by Dedicated Regulatory Genes? Reasoning from Drosophila. Cell, 105(1), 13-24.
Betz, E. L. (1984). Two Tests of Maslow’s Theory of Need Fulfillment. Journal of Vocational Behavior, 24, 204-220.
Cimene, F. T. A., Albino, A. A.. C., Mijares, R. A. J., Hallazgo, F. P. M., Austria, M. J., Corporal, L. M. C., Elarcosa, R. T., Quipanes, F. M. B., Recto, S. N., & Villaflor, R. J. D. (2023). Understanding the Complex Factors behind Students Dropping Out of School. European Journal of Science, Innovation and Technology, 3(5), 114-125.
Cohen, L., Manion, L., & Marrison, K. (2011). Research Methods in Education (7th ed.). Routledge Taylor & Francis Group.
Danggat Chabo, Tarmiji Masron, Norita Jubit & Azizul Ahmad. (2024). Analisis Corak Ruangan Keciciran Murid Sekolah Menengah di Sarawak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(9), 1-16.
Dicky Wwittan Toto Ngadiman, Salmy Edawaty Yacoob & Hairunnizam Wahid. (2019). Tanggapan Sokongan Organisasi dan Penglibatan Aktiviti Kerohanian B40 Muslim yang Berhutang. International Journal of Islamic and Civilization Studies, 6(2), 67-77.
Erne Hayaty Osman & Bity Salwana Alias. (2023). Penerokaan Terhadap Amalan Pengurusan Keperluan Murid B40. Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Teknologi Malaysia (JPPTM), 1(1), 74-83.
Farrah Mardinawatiee & Zahari Hashim. (2024). Amalan Pengurusan Pentadbiran Sekolah dan Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru-Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(1), 1-22.
Faridah A. H., Naimah I., Hamidah Y., & Habibah A. R. (2005). Kemiskinan dan Pendidikan: Perubahan Minda Orang Melayu ke arah Kecemerlangan Pendidikan Akademik. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 7, 27-73.
Fatimah Mazlan & Jamalul Lail Abdul Wahab. (2023). Hubungan Antara Amalan Pengurusan Sumber Manusia dan Tahap Kepuasan Kerja Guru di Sekolah-Sekolah Kluster Kecemerlangan. Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Teknologi Malaysia (JPPTM), 1(3), 55-63.
Hadori, M. (2015). Aktualisasi-diri (Self-Actualization); Sebuah Manifestasi Puncak Potensi Individu Berkpribadian Sehat. Jurnal Lisan Al-Hal, 9(2), 261-287.
Hamed Taherdoost. (2017). Determining Sample Size; How to Calculate Survey Sampel Size. International Journal of Economics and Management Systems, 2, 237-239.
Hasnizawati Hashim, Rozieana A. Halid & Mohd Norafizal Abd. Aziz. (2018). Motivasi: Realiti atau Fantasi Teori. Prosiding Kolokium 2007-2008. Universiti Teknologi Mara Pahang.
Hazura Abdul Rahim, Mohd Izham Mohd Hamzah & Mohamd Yusof Mohd Noor. (2019). Kepimpinan Transformasi School Improvement Partner (Sipartner+) dan Proses Coaching dalam Pembangunan Kepimpinan Pendidikan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 32(1), 49-65.
Huang, Y., & McKeown, S. (2022). Examining the Association between Family Environment and Adolescent Delinquent Behaviours in China. Journal of Child and Family Studies, 31(2), 2871-2884.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2022). Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2022. Jabatan Perangkaan Malaysia.
Jenny Michael Jemat & Che Nazrah Yusof. (2016). T-Trace: Meningkatkan Kehadiran ke Sekolah dalam Kalangan Murid Tahun 4. ICECRS: International Consortium of Education and Culture Research Studies, 1(1), 167-176.
Jinol Maijin Rosy Talin & Musirin Mosin. (2025). Factors Contributing to the Academic Excellence of B40 Students in Rural Schools: A Case Study in the Small District of Paitan. International Journal of Academic Research in Business & Social Sciences, 15(4), 440-448.
Kalaiwani Ramkrishnon. (2021). Hubungan antara Persekitaran Tempat Kerja dengan Motivasi Pencapaian dalam Kalangan Guru di Daerah Kota Tinggi, Johor. [Projek Sarjana]. Universiti Teknologi Malaysia.
Khaliza, S., Mohd Hassani, D., & Abdul Said, A. (2016). Peranan Guru Cemerlang Malaysia di Sekolah. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, 24, 161-177.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Dasar Pengoperasian Pendidikan Rendah Wajib. Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.pmo.gov.my
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di Sekolah. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2022). Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Tahun 2022. Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my/
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2024). Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Tahun 2023. Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my/
Khumsikiew, J., Donsamak, S. & Saeteaw, M. (2015). A Model of Small-Group Problem-Based Learning in Pharmacy Education: Teaching in the Clinical Environment. LAFOR Journal of Education, 3(2), 95-108.
Koc, M., Zorbaz, O., & Demirtas-Zorbaz, S. (2020). Has The Ship Sailed? The Causes And Consequences Of School Dropout From An Ecological Viewpoint. Social Psychology of Education, 23(5), 1149-1171.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Reseacrh Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3).
Ku, A. F. (2018). Kepimpinan Sekolah dalam Pengurusan Sumber Manusia: Cabaran Kepada Guru Besar. Proceedings of International Conference in The Future of Education IConFEd. IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, 10-12 Julai.
Maslawati Mohamad, Vanisa Magasvaran, Bity Salwana & Khairul Azhar Jamaludin. (2024). ESL Learning Environment for B40 Primary School Pupils: Issues, Challenges and Strategies. RGSA- Revista de Gestao Social e Ambiental, 18(5), 1-21.
Maslow, A. H. (1954). Motivation and Personality. New York: Harper & Row.
Maslow, A. H. (1943). A Theory of Human Motivation. Psychological Review, 50(4), 430-437.
Mohamed Sharif Mustaffa & Hazni Abdul Ghani. (2010). Persepsi Pelajar Mengenai Punca-Punca Persoalan Ponteng: Satu Kajian Kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2, Johor Bahru. [Manuskrip tidak diterbitkan]. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Morshidi, N., & Jusoh, A. J. (2019). Konsep murid berisiko cicir (mbc) di sekolah. In Mohd Hussin, A. B., Abdul Kadir, R., Zakaria, N. S., Harun, M. M., Subarimaniam, N., Ismail, A., & Jailani, O. (Eds.), Prosiding Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali ke 21, Pendayaupayaan Kendiri Melalui Kaunseling (ms. 260-275). Perkama International.
Muhammad Afiq Sahari & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2017). Amalan Kecemerlangan Pentadbiran Sekolah Amanah di Sarawak. Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam Prosiding Seminar Pendidikan Transdisiplin. (hlm. 66-73). Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Nur Asyraf Nordin, & Bity Salwana Alias. (2020). Amalan Pemimpin dalam Memenuhi Keperluan Murid Dan Tahap Pencapaian Murid Golongan B40 di Negeri Kelantan. Malaysia International Convention on Education Research and Management (MICER 2020). International Islamic University Malaysia.
Muhammad Rahawaluddin Ismail & Bity Salwana Alias. (2021). Amalan Pengurusan Program Akademik Pentadbir dan Perkembangan Murid Berpencapaian Rendah Akademik di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. PANRITA Journal of Science, Technology, and Arts, 1(1), 70-82.
Nazira Osman, Fazmawati Zakaria, Mahani Mansor & Majdah Chulan. (2023). Promoting Grit and Resilence Among Malaysian B40 Students for Academic Excellence. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 8(50), 345-354.
Nazirah Alias, Wan-Fei Khaw, Nur Hamizah Nasaruddin, Leeann Tan, Eida Nurhadzira Muhammad, S Maria Awaluddin, Mohd Ruhaizie Riyadzi, Tania Fayle Robert Lourdes, Thamil Arasu Saminathan & Kuang Kuay Lim (2024). Truancy Among School-Going Adolescents In Malaysia and ItsbAssociated Factors: Findings from the National Health and Morbidity Survey 2022. Iranian Journal of Publis Health, 53(12), 2705-2713.
Nik Zatul-Iffah N Mohd Nabil & Ruhizan Muhamad Yasin. (2021). Literasi Kewangan: Kajian Kuantitatif dalam Kalangan Murid B40 Terhadap Simpanan. Dalam Proceeding of the 2nd International Conferencce on Education, Social Sciences and Engineering (ICESE 2021). Kuala Lumpur, Malaysia.
Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli, Wan Muna Ruzanna, Shahlan Surat & Jamaludin Badusah. (2019). Aspek Budaya Melayu dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing. PENDETA Joournal of Malay Language, Education dan Literature, 10, 121-133.
Nor Adli Che Muda, Ismail Said, Rashidi Hamzah & Mohd Fadzil Mohd Salleh. (2023). Keciciran Pendidikan dalam Kalangan Anak-Anak Asnaf: Kajian Kes Sekolah Rendah di Negeri Perlis. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 8(50), 602-617.
Norfarahzatul Asikin Zakari, Mohd Zuber Abd Majid & Muhammad Hussin. (2022). Keciciran Murid Sekolah di Malaysia: Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(2), 1-11.
Nur Zalikhaa’ Zainal Abidin. (2024, 22 Mac). Conductive Learning Environment Can Arrest Student Dropout Rates. Institut Masa Depan Malaysia. https://institutmasa.com/conducive-learning-environment-can-arrest-student-dropout-rates/
Nurul Farhana Yahya & Mohd Izwan Mahmud. (2021). Kerja Sambilan Mempengaruhi Ketidakhadiran Pelajar Tingkatan 3. Journal of Humanities and Social Science, 3(2), 67-79.
Nurul Huda Ab Rahman & Azlin Norhaini Mansor. (2017). Tahap Amalan Guru Besar Serta Pengajaran dan Pembelajaran Guru Sekolah Rendah. Malaysia Journal of Society and Space, 13(3), 65-74.
Rohaida Mazlan, Norziah Amin, Mohd Zaki Abd. Rahman & Zamri Mansor. (2020). Tahap Penguasaan Memabca dan Menulis Murid B40 dari Perspektif Guru Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM, 10(2), 54-73.
Sacco, C., & Le Rose, G. (2022). Network Analysis Of Early School Dropouts’ Risk Factors In Italy. Social Psychology of Education: An International Journal, 25(6), 1459–1479.
Sada, H. J. (2017). Kebutuhan Dasar Manusia dalam Perspektif Pendidikan Islam. Al-Tadzkiyyah: Jurnal Pendidikan Islam, 8(2), 213-226.
Sebastian, J., & Allenswoth, E. (2012). The Influence of Principal Leadership on Classroom Instruction and Student Learning: A Study of Mediated Pathways to Learning. Education Administration Quarterly, 48(4), 626-663.
Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid & Narimah Samat. (2018). Kemiskinan Keluarga dan Pengaruhnya Terhadap tahap Pendidikan Rendah Masyarakat Luar Bandar: Kajian Kes di Jajahan Bachok, Kelantan. Journal of Social Sciences and Humanities, 13(2), 011-023.
Sonia, B. (2010). Middle Management in Schools. Institut Terjemahan Negara Malaysia.
UNESCO Institute for Statistics (2018, February). One in five children, adolescents and youth is out of school. United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization. https://uis.unesco.org
UNESCO. (2024). Global Education Monitoring Report 2024: Aid to Education: Time for tough decisions. United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization. https://www.unesco.org/gem-report/en
United Nations Children’s Fund (UNICEF). (2022). Where are we on education recovery. Taking the Global Pulse of a RAPID Response. Laporan UNICEF. https://www.unicef.org/reports/where-are-we-on-education.
Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Khadijah Abdul Razak, Mohd Isa Hamzah & Nursafra Mohd Zhaffar (2020). Peranan Pentadbir sebagai Pencetus Penghasilan Inovasi dalam Kalangan Guru Inovatif Pendidikan Islam. JQSS-Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, 4(1), 11-18.
Wan Nur Izzati Hazwani Kashfi, Norhayati Che Hat, Siti Salwa Mohd Noor, Norasyikin Osman, Nurazan Mohmad Rouyan & Zaharah Hussin. (2022). Cabaran dan Permasalah Pembelajaran Murid B40 di Sekolah Rendah di Malaysia. QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research, 2(4), 17-28.















