Keberkesanan Pendekatan Muzik Dalcroze dalam Meningkatkan Kemahiran Koordinasi Muzik Murid-Murid Tahun 4 di Kawasan Bandar

  • Md Jais Bin Ismail Universiti Putra Malaysia (UPM)
Keywords: pendekatan muzik, dalcroze, kemahiran koordinasi muzik, kawasan bandar

Abstract

Kajian ini berbentuk kualitatif yang menumpukan kepada aspek kemahiran koordinasi muzikal iaitu menyanyi sambil menepuk corak irama dalam meter . Penyelidik menggunakan salah satu kaedah pengajaran muzik iaitu Pendekatan Dalcroze sebagai intervensi dalam kajian ini. Dalcroze merupakan suatu pendekatan pengajaran muzik yang mengaitkan konsep muzik dengan pergerakan. Sampel kajian terdiri daripada murid-murid tahun empat yang berumur 10 tahun dari pelbagai jantina dan bangsa. Data-data dikumpul melalui kaedah pemerhatian dan temu bual. Ujian kefahaman dijalankan sebagai menyokong dapatan data. Hasil dapatan menunjukkan murid-murid mencapai keputusan yang memberangsangkan dalam kemahiran koordinasi muzik setelah menggunakan pendekatan Dalcroze. Hasil pemerhatian mendapati semua murid menunjukkan peningkatan dalam kemahiran koordinasi menyanyi sambil menepuk corak irama dalam sesi pengajaran dan pengukuhan yang dijalankan. Temubual yang dijalankan ke atas murid-murid pula mendapati 60 peratus murid sangat yakin mereka dapat dan menguasai kemahiran ini. Hasil ujian kefahaman pula menunjukkan 73 peratus murid memperoleh gred A iaitu cemerlang. Penyelidik mencadangkan agar kajian ini dapat diteruskan lagi dengan penambahbaikan terhadap intervensi yang digunakan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abramson, R. M. (1980). Improvisation for K-8 students: Dalcroze-based improvisation. Music Educators Journal, 62.

Bebeau M.J. (1982). Effect of traditional and simplified method of rhythm. Journal of Research.

Brigette W. (1991). Orff Schulwerk appreciation for the classroom. New Jersey. Prentice Hall. Inc.

Buchanan, H. (2005). On the voice: An introduction to body mapping: Enhancing musical performance through somatic pedagogy. Choral Journal, 45(7), 95-101.

Caldwell, T. (1993). A Dalcroze perspective on skills for learning. Educators Journal 79(7), 27-28.

Campbell, D. (2004). Teaching and Learning Through MultipleIntelligences. New York: Pearson.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan. Kaedah penyelidikan buku 1. Selangor: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Choksy L. (1981). The Kodaly context: Creating an environment for musical learning. New Jersey: Prentice Hall.

Choksy L. et.al. (1986). Teaching music in the twientieth century. New Jersey: Prentice Hall.

Dalby & Bruce. (2005). Toward an effective pedagogy for teaching rhythm: Gordon And Beyond. Music Educator Journal 92(1), 54-60.

Darwin E. Walker. (1998). Teaching music: Managing the succesful music programme. (2nd Edition). New York: Shirmer Books.

Findlay, E. (1971). Rhythm and movement; Application of Dalcroze Eurhythmics. Princeton, N.J.: Summy-Birchard Co.

Gardner, H. (1983). Frames of mind. The theory of multiple intelligences. New York: Basic Books.

Hopkins. D (1985). A teacher’s guide to classroom research. Philadelphia: Open University Press.

Jeong, J-E. (2005). Adaptation of Dalcroze methodology to the teaching of music to kindergarten students in Korea. Thesis D.M.A. Massachusetts: Boston University.

Monica D. (1998) The Quantifying Analysis of Effectiveness of Music Learning Through the Dalcroze Musical Method. Online Submission, 5(9), 32-41.

Persellin C. (1992). Responses to rhythm patterns when presented to children through auditory, visual, and kinesthetic modalities. Journal of Research Music Education.

Sulaiman Hamzah & Karimah Zainab. (1980). Aliran pendidikan. Kota Bharu Kelantan. Pustaka Aman Sdn. Bhd.

Turcott. A. (2003) . Choral music education. A Survey of Research. Jurnal tidak diterbitkan.

Walker, C. M. (2007). Mind/body dualism and music theory pedagogy: Applications of Dalcroze Eurhythmics. Master’s dissertation, Department of Music, University of Missouri, Kansas City, Missouri.

Wicks D. (2008). Rhythm Syllables. Kodaly Music Education Institute Australia (KMIEA).

Willour, J. (1969). Beginning with delight, leading to wisdom: Dalcroze. Music Educators Journal 56(1), 72.
Published
2017-03-24
Section
Articles