Keupayaan Usahawan Kecil Melaksanakan Kemahiran Keusahawanan Menggunakan Kaedah HRV Biofeedback

  • Nazrolnizah Mohamad Noorzeli Jabatan Sains Kemanusiaan, Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Muhammad Nubli Abdul Wahab Jabatan Sains Kemanusiaan, Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Keywords: usahawan kecil, kemahiran keusahawanan, pengurusan perniagaan, Biofeedback, Heart Rate Variability

Abstract

Keupayaan untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan di kalangan usahawan kecil adalah faktor penentu kepada peningkatan dalam perniagaan. Walau bagaimanapun, literasi sebelum ini menunjukkan bahawa terdapat kurang kajian yang memberi tumpuan kepada kaedah untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan menggunakan teknik Biofeedback kalangan usahawan di Malaysia. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk: 1) Mengenalpasti latar belakang demografi usahawan kecil, 2) Mengenalpasti keupayaan pengurusan di kalangan usahawan dalam kemahiran keusahawanan dan 3) Mengenalpasti profil Heart Rate Variability (HRV) di kalangan usahawan kecil melalui peningkatan skor koheren HF. Seramai 50 orang responden yang terdiri daripada usahawan kecil terlibat dalam kajian ini. Data-data yang dikumpul melibatkan kajian soal selidik dengan peserta, analisa untung dan jualan, serta analisa HRV. Analisa statistik korelasi digunakan untuk mengkaji hubungan antara kemahiran keusahawanan dari sudut dapatan perniagaan dan HRV. Dapatan ini menunjukkan wujud hubungan yang kuat antara peningkatan kemahiran keusahawanan dari sudut peningkatan perniagaan dengan profil HRV dalam kalangan peserta dengan nilai skor 080-1.00. Oleh itu, penggunaan teknik latihan Biofeedback HRV adalah sesuai digunakan sebagai satu program intervensi bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan usahawan kecil di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Aouni, Z. & Surlemont, B. (2008). Entrepreneurial Competensies within the Process of Opportunity Recognition (Interactive paper). Frontiers of Entrepreneurship Research: Vol.28:Iss.17, Article 2.

Ahmad Badawi, A. (2006). Ucapan Bajet 2007. Pembentangan Bajet 2007. Dewan Rakyat, Kuala Lumpur.

Anne, S. (2008). Universities: An entrepreneur’s Ecosystem. Universiti Sains Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka Fourth Edition. (2009). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Egner, T., & Gruzelier, J. (2004). EEG Biofeedback of Low Beta Band Components: Frequency-Specific Effects on Variables of Attention and Event-Related Brain        Potentials. Clinical Neurophysiology. 115: 131-139.

Gilbert, C., & Moss, D. (2003). Biofeedback and Biological Monitoring. In D. Moss, A. McGrady, T. Davies, & I Wickramaskera (Eds.), Handbook of Mind-Body Medicine in Primary Care: Behavioral and Physiological Tools (pp. 109-122). Thousand Oaks, CA: Sage.

Greene, P. (2012). Entrepreneurial Ecosystem: growing entrepreneurial communities creating wealth and social justice. Forum edisi 2012. Kolej Babson. USA.

HeartMath LLC (2009). The Impact of HeartMath’s Resilience and Stress Reduction Programs and Technology on Health Outcomes across Diverse Populations. http://www.heartmath.com/downloads/corporate/case-studies/impact-corp-111609.pdf

Lehrer, P.M., & Kranitz, L. (2003). Biofeedback Applications in the Treatment of Cardiovascular Diseases. Cardiology in Review, 12(3), 177-181.

Nicole, Z. (2011). Deterministic and Voluntaristic Theories of Organizational Change. Dynamics of Drivers of Organizational Change. Pp 9-63.

Parker, O., & Krause, R. (2012). The Need for Speed: How Reputation Incongruence      Impacts New Product Introduction. Indiana University: USA.

Philip, R.C., & John, L.G. (2002). International Marketing-International Edition. (11th ed.) Colorado: McGraw-Hill Companies

Samir Muhazzab Amin & Sara Shakilla Mohd. Salim. (2012). Pembasmian Kemiskinan di Malaysia: Keperluan Kemahiran Pekerja Komuniti. Jurnal Akademika. 82(1): 81-89. Kuala Lumpur: Penerbit UKM.

Vicente, G., Prida, D., Adolfo, C., & Marquez. (2014). Researching the After-Sales Service and Warranty Management. After-sales Service of Engineering Industrial Asset. pp 3-34.

Willem, V., Frank, B., & Richard, P.B. (2004). The Adaptive Consequences of Pride in Personal Selling. Journal of the Academy of Marketing Science. (32):386-402.
Published
2017-03-24
Section
Articles