Penggunaan Sumber dalam Pengajaran Sejarah dan Hubungannya dengan Minat Belajar Sejarah
Abstract
Penggunaan sumber pengajaran yang berkesan merupakan antara faktor penting dalam meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran sejarah, khususnya di peringkat sekolah rendah yang sering dikaitkan dengan persepsi pembelajaran yang membosankan dan berorientasikan hafalan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penggunaan sumber dalam pengajaran sejarah serta mengkaji hubungannya dengan minat belajar sejarah dalam kalangan murid sekolah rendah di daerah Petaling Jaya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan dengan melibatkan seramai 203 orang murid Tahap 2 yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata. Instrumen kajian ialah soal selidik berstruktur yang mengukur penggunaan sumber pengajaran dan minat belajar sejarah. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS melalui statistik deskriptif dan inferensi, termasuk analisis korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan sumber dalam pengajaran sejarah dan minat belajar sejarah murid berada pada tahap sederhana hingga tinggi. Selain itu, terdapat perbezaan tertentu berdasarkan faktor demografi terpilih serta hubungan positif yang signifikan antara penggunaan sumber dalam pengajaran sejarah dengan minat belajar murid. Implikasinya, dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru dan pihak sekolah untuk merancang serta mempelbagaikan penggunaan sumber pengajaran sejarah secara lebih sistematik bagi meningkatkan minat dan penglibatan murid, di samping membantu pembuat dasar memperkukuh pelaksanaan pengajaran sejarah di peringkat sekolah rendah.
Downloads
References
Abdul Razaq Ahmad, Ahmad Ali Seman, & Shamsiah Mohamed. (2015). Pengajaran dan pembelajaran sejarah berasaskan pemikiran sejarah. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Barton, K. C., & Levstik, L. S. (2004). Teaching history for the common good. Lawrence Erlbaum Associates.
Fahruddin, F., & Saefudin, A. (2025). Primary sources in online history learning: enhancing engagement and retention. Cogent Education, 12(1), 2452087. https://doi.org/10.1080/2331186X.2025.2452087
Harris, J. B., & Hofer, M. J. (2011). Technological pedagogical content knowledge in action. Journal of Research on Technology in Education, 43(3), 211–229. https://doi.org/10.1080/15391523.2011.10782570
Hidi, S., & Renninger, K. A. (2006). The four-phase model of interest development. Educational Psychologist, 41(2), 111–127. https://doi.org/10.1207/s15326985ep4102_4
Kaviza, M. (2019). Persepsi peranan murid terhadap pembelajaran berasaskan dokumen dalam mata pelajaran Sejarah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(2), 10–19. http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.02-02
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308
Latief, J. A., Iskandar, I., Jayanti, I. N., Fikri, M., Kurniati, W., & Adam, A. M. (2024). The utilization of museums as a contextual learning tool for history education for students of SMA Labschool Palu. Indonesian Journal of Society Development, 3(5), 297–304. https://doi.org/10.55927/ijsd.v3i5.11828
Lee, B. N. (2023). Digital tools & inquiry‑based learning in history education. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 7(4), 78–88. https://doi.org/10.33306/mjssh/255
Levstik, L. S., & Barton, K. C. (2011). Doing history: Investigating with children in elementary and middle schools (4th ed.). Routledge.
Makransky, G., & Lilleholt, L. (2018). A structural equation modeling investigation of the emotional value of immersive virtual reality in education. Educational Technology Research and Development, 66(5), 1141–1164. https://doi.org/10.1007/s11423-018-9581-2
Mayer, R. E. (2009). Multimedia learning (2nd ed.). Cambridge University Press.
Piaget, J. (1970). Science of education and the psychology of the child. Orion Press.
Prensky, M. (2001). Digital natives, digital immigrants. On the Horizon, 9(5), 1–6. https://doi.org/10.1108/10748120110424816
Saye, J. W., & Brush, T. (2002). Scaffolding critical reasoning about history and social issues in multimedia-supported learning environments. Educational Technology Research and Development, 50(3), 77–96. https://doi.org/10.1007/BF02505026
Schindler, L. A., Burkholder, G. J., Morad, O. A., & Marsh, C. (2017). Computer-based technology and student engagement: A critical review of the literature. International Journal of Educational Technology in Higher Education, 14(1), 25. https://doi.org/10.1186/s41239-017-0063-0
UNESCO. (2015). Rethinking education: Towards a global common good? UNESCO Publishing. https://unesdoc.unesco.org/ark:/48223/pf0000232555
VanSledright, B. A. (2002). In search of America’s past: Learning to read history in elementary school. Teachers College Press.
VanSledright, B. A. (2014). Assessing historical thinking and understanding: Innovative designs for new standards. Routledge.
Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes. Harvard University Press.
Wineburg, S. (1991). Historical problem solving: A study of the cognitive processes used in the evaluation of documentary and pictorial evidence. Journal of Educational Psychology, 83(1), 73–87. https://doi.org/10.1037/0022-0663.83.1.73
Wineburg, S. (2001). Historical thinking and other unnatural acts: Charting the future of teaching the past. Temple University Press.















