Martabat Bahasa Kebangsaan di Mahkamah Tinggi: Antara Hasrat Perlembagaan dan Realiti Praktikal
Abstract
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia bukan sahaja mempunyai kedudukan yang kukuh dari sudut perlembagaan, malah melambangkan identiti negara dan asas pembinaan institusi awam yang lebih dekat dengan rakyat. Artikel ini meneliti penggunaan Bahasa Melayu di peringkat Mahkamah Tinggi, khususnya dalam prosiding jenayah, dengan memberikan tumpuan kepada jurang antara hasrat perlembagaan dengan realiti amalan kehakiman semasa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan fenomenologi melalui temu bual mendalam dengan tiga orang Hakim Mahkamah Tinggi dari Kuala Lumpur, Shah Alam, dan Seremban. Dapatan temu bual disokong oleh analisis doktrinal terhadap statut, kes-kes terpilih, dan bahan sekunder yang berkaitan. Kajian ini mendapati bahawa Bahasa Melayu diiktiraf sebagai penting bagi menjamin kefahaman pihak-pihak, memperkukuh akses kepada keadilan, dan menzahirkan kewibawaan institusi kehakiman dalam acuan tempatan. Namun begitu, penggunaannya secara lebih meluas di Mahkamah Tinggi masih dibatasi oleh beberapa faktor, termasuk dominasi berterusan autoriti undang-undang berbahasa Inggeris, kekurangan istilah teknikal perundangan Melayu yang mantap, tekanan pengurusan kes, serta tahap keyakinan bahasa yang tidak sekata dalam kalangan pengamal undang-undang. Kajian ini juga menunjukkan bahawa Bahasa Melayu mempunyai keupayaan untuk menjadi bahasa penghakiman yang bukan sahaja tepat dan jelas, tetapi juga bernuansa, berwibawa, dan dekat dengan masyarakat. Oleh itu, pemerkasaan Bahasa Melayu dalam sistem kehakiman perlu dilihat sebagai sebahagian daripada agenda reformasi institusi yang lebih luas, bukan semata-mata isu linguistik. Artikel ini mencadangkan pemantapan latihan penulisan penghakiman, pembangunan glosari perundangan mengikut bidang, penstrukturan semula pendidikan undang-undang, dan pengukuhan dasar bahasa dalam amalan mahkamah.
Downloads
References
Abdul Kadir & Low, F. L. J. (2017). Effects Of Augmented Feedback on Landing Force from Jumps. Journal of Sports Science and Physical Education, 6(2), 1-9. https://doi.org/10.37134/jsspj.vol6.2.1.2017
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32).
Aruvakirainathan Thillainathan v. Public Prosecutor & Anor (Appeal), 6 CLJ 412 (2024).
Dinesh Jaganath v. Lembaga Pencegahan Jenayah & Ors., 4 CLJ 789 (2022).
Foo Yoke Keong v. Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors., 2 CLJ 233 (2025).
Hsueh Shih Hung & Ors v. Komandan Depot Imigresen Belantik, Kedah & Ors., 7 CLJ 165 (2024).
Lee Chee Soon & Ors v. Public Prosecutor, 5 CLJ 123 (2023).
Maria Chin Abdullah v. Ketua Pengarah Imigresen & Anor, 7 CLJ 456 (2021).
Mohd Khalid, M. K. A. (2023, 30 September). Peguam muda jangan bergantung pada teknologi AI, buat kajian penyelidikan penghakiman mahkamah. Berita Harian.
Mohd Nooriman Ismail v. Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors., 3 CLJ 299 (2024).
Ortus Expert White Sdn Bhd v. Nor Yannie Adam & Anor, 6 CLJ 215 (2022).
Pendakwa Raya v. Abdul Halek, 4 CLJ 177 (2025).
Pendakwa Raya v. Saidi Muhammad, 3 CLJ 201 (2025).
Perlembagaan Persekutuan (2020).
Public Prosecutor v. Interspace Management Sdn Bhd, 9 CLJ 118 (2024).
Public Prosecutor v. Kang Chang Heng, 3 CLJ 411 (2025).
Public Prosecutor v. Tan Say Cheong, 8 CLJ 144 (2021).
Public Prosecutor v. Wazir Yunus, 5 CLJ 208 (2025).
Ramalingam, S., Sabaruddin, J. S., & Dhanapal, S. (2022). Language of justice in Malaysian courts: The law and the reality. IIUM Law Journal, 30(2). https://doi.org/10.31436/iiumlj.v30i2.758
Saidina, H. (2025, 13 Februari). Bahasa Melayu dalam sistem kehakiman jamin akses keadilan lebih inklusif. Utusan Malaysia.
Sharif Adam, S. D. (2010). Perjuangan dan cabaran pelaksanaan bahasa kebangsaan di Malaysia, 1957–1966. Sejarah, 18(18). https://doi.org/10.22452/sejarah.vol18no18.7
Sistem Istilah Terpakai DBP. (n.d.). Sistem istilah terpakai.
Teo, K. S. (2016, 21 Januari). Martabat bahasa Melayu dalam perundangan. Berita Harian.
The Malaysian Bar. (2008). Bahasa Melayu dalam mahkamah.
The Malaysian Bar. (2019). Language and the law.















