Pengurusan Strategik Dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan di Malaysia: Mengenal Pasti Jurang Penyelidikan Melalui Tinjauan Literatur

  • Nik Khusairie Bin Jaafar Institut Pengajian Pascasiswazah, Innovative University College (IUC), 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Keywords: Tinjauan literatur, Syarikat berkaitan kerajaan, Pengurusan strategik

Abstract

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan entiti strategik dalam menyokong agenda pembangunan Malaysia. Kedudukan ini menjadikan GLC unik kerana perlu mengimbangi matlamat komersial, kepentingan awam dan akauntabiliti kerajaan. Walaupun pelbagai kajian telah dijalankan berkaitan prestasi GLC, namun aspek pengurusan strategik dalam konteks GLC di Malaysia, masih belum dihuraikan secara menyeluruh. Perbincangan mengenai pengurusan strategik GLC juga masih bersifat terpisah dan kurang bersepadu, khususnya dalam menjelaskan bagaimana GLC membentuk, melaksanakan dan menyesuaikan strategi bagi mencapai prestasi organisasi yang mampan serta memenuhi tanggungjawab kepada pihak berkepentingan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jurang penyelidikan berkaitan pengurusan strategik dalam GLC
di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi tinjauan literatur berdasarkan lima (5) langkah pelaksanaan, iaitu penentuan skop, perancangan, pengenalpastian, penyaringan dan pelaporan. Sebanyak dua belas (12) kata kunci pencarian telah ditetapkan bagi tujuan kajian ini. Maklumat bagi tinjauan literatur diperoleh daripada tiga (3) pangkalan data, iaitu Scopus, Google Scholar dan ScienceDirect. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kekurangan kajian yang ketara berkaitan pengurusan strategik dalam GLC di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan agar topik pengurusan strategik dalam GLC di Malaysia diterokai dengan lebih mendalam oleh penyelidik tempatan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdullah N. H. N. & Said J. (2015). Enhancing the governance of government linked companies via strategic management accounting practices and value creation, Procedia Economics and Finance, 28, 222-229.

Ab Razak, N. H., Ahmad, R., & Aliahmed Jober, H. (2011). Does government linked companies (GLCs) perform better than non-glcs? evidence from Malaysian listed companies. Journal of Applied Finance and Banking, 1(1), 213–240.

Alfan, E., Jalil, A. A., Yen, E., & Oon, N. (2023). Capital structure and firm performance in government-linked companies: moderating role of board composition and ethnic diversity. Asian Journal of Accounting and Governance, 20, 170–183.

Anwar Ibrahim. (2023). Sesi pertemuan bersama GLIC di MOF. Kementerian Kewangan Malaysia. https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/foto/sesi- pertemuan-bersama-glic-di-mof

Azeez, F. T. & Elegunde, A. F. (2022). Research gaps in management sciences: an x-ray of literature. International Journal of Innovative Science and Research Technology, 7(1), 955–962.

Aziz, A. A., Ajis, M. N., & Mohd, A. (2025). Integrity regulations and corporate governance in government linked companies: promoting transparency and compliance with sustainable development goal 16. Journal of Lifestyle and SDGs Review, 5(3), 1–17.

Azman, A. A., Amir, A. S., Zaidi, Z. R., Isa, E. V. M., & Hassan, A. C. (2024). Government-linked companies, audit quality, and firm size: key determinants of firm performance in Malaysia. Jurnal Ilmiah Akuntansi Keuangan Dan Bisnis (JIKABI), 3(2), 77–87.

Farooq, R. (2017). A framework for identifying research gap in social sciences: evidence from the past. The IUP Journal of Management Research, 16(4), 67–76.

Isa, M., & Lee, S.-P. (2016). The performance of government-linked companies in Malaysia. Capital Markets Review, 24(2), 1–13.

Khan, K. S., Kunz, R., Kleijnen, J. & Antes, G. (2003). Five steps to conducting a systematic review. Journal of the Royal Society of Medicine, 96(3), 118–121.

Khoo, E. S. Y. (2018). The Impact of the Government-Linked Companies Transformation Program (GLCTP) on the Performances of Government- Linked Companies (GLCs) in Malaysia. Michigan Journal of Business, 11(1), 36–51.

Lau, Y. W. & Tong, C. Q. (2008). Are Malaysian Government Linked Companies (GLCs) Creating Value? International Applied Economics and Management Letters, 1(1), 9–12.

Marzuki, M. M. & Wahid, K. A., (2022). The effect of government transformation programme on government investment: evidence from Malaysia, Asian Journal of Empirical Research, Asian Economic and Social Society, 12(1), 1–10.

Mattick, K., Johnston, J., & de la Croix, A. (2018). How to write a good research question. Clinical Teacher, 15(2), 104–108.

Michie, S. & Williams, S. (2003). Reducing work related psychosocial ill health and sickness absence: a systematic literature review. Occupational and Environmental Medicine, 60(1), 3–9.

Muhammad, M. & Che Ahmad, A. (2021). Keperluan modul pembelajaran sosial dan emosional: satu analisis literatur sistematik. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 6(44), 52–67.

Najid, N. A., & Rahman, R. A. (2011). Government Ownership and Performance of Malaysian Government-Linked Companies. International Research Journal of Finance and Economics, 61, 42–56.

Nik Khusairie, J. & Azmi, A. (2023). Epistemologi masyarakat madani dan Masyarakat sivil: mengenal pasti jurang penyelidikan melalui tinjauan literatur sistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(10), e002552–e002552. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i10.2552

Said, J., Alam, M. M., & Bin Abd Aziz, M. A. (2015). Public accountability system: Empirical assessment of public sector of Malaysia. Asian Journal of Scientific Research, 8(2), 225–236. https://doi.org/10.3923/ajsr.2015.225.236

Siddaway, A. P., Wood, A. M., & Hedges, L. V. (2018). How to do a systematic review: a best practice guide for conducting and reporting narrative reviews, meta-analyses and meta-syntheses. Annual Review of Psychology, 70(1), 747–770.

Snyder, H. (2019). Literature review as a research methodology: An overview and guidelines. Journal of Business Research, 104(August), 333–339.

Ting, I. W. K., & Lean, H. H. (2011). Capital structure of government-linked companies in Malaysia. Asian Academy of Management Journal of Accounting and Finance, 7(2), 137–156.

Wan Salmuni Wan Mustaffa, Rafiduraida Abdul Rahman & Hariyaty Ab Wahid. (2021). Kualiti perkhidmatan dalam kalangan pelajar kurang upaya (OKU): tinjauan literatur sistematik di sektor pendidikan tinggi. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 42–48.

Published
2026-09-08
Section
Articles