Keusahawanan Seni Kulinari: Alternatif Pelajar Diploma Seni Kulinari di Kolej Yayasan Pelajaran Johor dalam Menghadapi Pasaran Terbuka
Abstract
Senario Pasaran Terbuka (Open Market) memberikan impak keresahan yang tinggi kepada graduan lepasan seni kulinari di mana mereka tidak lagi dijanjikan tempat di dalam sektor hospitaliti dan pelancongan sebaliknya perlu bersaing dengan graduan dari bidang lain untuk mendapat pekerjaan. Justeru itu, bidang keusahawanan dilihat sebagai satu alternatif dalam membina kerjaya yang boleh membantu dalam mengurangkan lambakan siswazah dalam pasaran kerja selaras dengan seruan kerajaan yang menggalakkan lebih ramai usahawan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar semester tahun akhir Diploma Seni Kulinari, Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (SHPKYPJ). Pengukuran bagi kajian ini pula adalah berasaskan kepada tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 21.0. Keputusan dari kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya responden mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap bidang keusahawanan. Jika lebih tumpuan, galakan dan pendedahan diberikan kepada mereka, kebarangkalian untuk mereka menjadi usahawan setelah tamat pengajian kelak akan lebih tinggi.
Downloads
References
Baharin, N., Yusoff, I. dan Ismail. R. (2012). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengangguran di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII). Ipoh, Perak. pp: 209-227.
Esa, A. (2012). Kemahiran Keusahawanan Pemangkin Kecemerlangan Mahasiswa. Tinta IPT, Berita Harian (9 Mei 2012).
Gay, L. R. & Airasian, P. (2003). Educational Research. Competencies for analysis and applications. Ed. ke-7. Ohio: Merrill Prentice Hall.
Ghaffar, A. & Najib, M. (2003). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Hashim, S. dan Sidi, F. (2010). Persepsi Pelajar Semester Akhir 4 SPH Terhadap Penerapan Kemahiran Keusahawanan. Fakuti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Hashim,W. W. N. D. (2008). Faktor Penghalang Terhadap Kesediaan Menjadi Usahawan. Universiti Teknologi Malaysia: Sarjana Muda.
Idris, M. S. H. (2009). Kecenderungan Keusahawanan Di Kalangan Pelajar Bidang Kejuruteraan Di Institusi Pengajian Tinggi Awam Di Kawasan Utara Semenanjung Malaysia. Projek Sarjana, UUM.
Jabor, M. K. & Hadi, A. A. F. (2012). Kecenderungan Pelajar Tahun Akhir Di Institut Kemahiran Mara Terhadap Bidang Keusahawanan. Journal of Educational Management, Volume 5 March 2012, Pages 16-33.
Konting, M. M. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nasharudin, N. dan Harun, H. (2010). Aspirasi Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Pendidikan Malaysia. 35(1) (2010): 11-17.
Noordin, N. H., Hashim, N. Dan Latib, A. N. (2013). Kencenderungan Peserta Kursus Latihan 1 Malaysia Untuk Menceburi Bidang Keusahawanan. Prosiding CIE-TVET 2013.
Sofian, S. S. K. (1996). The identification of entrepreneurial characteristics among secondary school students in the district of Hulu Langat, Selangor. Disertasi Sarjana Pendidikan. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Syukri, W. (2004), Pengaruh Personaliti terhadap Kecenderungan Keusahawanan, Tesis Master, Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Turker, D. & Selcuk, S. S. (2009). Which factors affect entrepreneurial intention of university students? Journal of European Industrial Training, 33(2), 142-159.















