Perkembangan Sektor Penghantaran Makanan ke Rumah melalui Pembelian Atas Talian Sepanjang Pandemik Covid-19 di Malaysia
Abstract
Sektor penghantaran makanan dilihat memainkan peranan yang penting kepada masyarakat bagi memutuskan rangkaian wabak pandemik Covid-19. Hal ini kerana kewujudan sektor penghantaran makanan secara tidak langsung dapat mencegah masyarakat daripada mudah terdedah kepada orang ramai serta berisiko tinggi bagi wabak tersebut berjangkit. Bukan itu sahaja, sektor penghantaran makanan juga dilihat mula mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat kerana membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat sekali gus dapat membantu menjana pendapatan sesebuah keluarga. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkembangan sektor penghantaran makanan sepanjang pandemik Covid-19. Selain itu, kajian ini turut mengkaji aplikasi yang digunakan oleh pekerja-pekerja penghantaran makanan serta mengenal pasti strategik yang digunakan oleh sektor penghantaran makanan bagi memajukan perusahaannya. Kajian yang dijalankan melalui edaran borang soal selidik secara atas talian kepada pekerja-pekerja dalam sektor penghantaran makanan yang melibatkan Foodpanda, Grabfood dan mana-mana kedai yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah.
Downloads
References
Astro Awani (n.d.). Retrieved from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penghantar-makanan- depani-risiko-demi-menjaga-perut-pelanggan-234341
Berita Harian (2020, March 21). COVID-19: Khidmat penghantaran bantu pengusaha restoran, orang ramai. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/667475/covid-19- khidmat-penghantaran-bantu-pengusaha-restoran-orang-ramai
com.my/mutakhir/2020/03/558022/operasi-bas-ekspres-diteruskan
Dagang News (n.d.). KFC, Pizza Hut boleh ditempah menerusi GrabFood. Retrieved from https://
dagangnews.com/kfc-pizza-hut-boleh-ditempah-menerusi-grabfood
Harian Metro. (n.d.). PKP: Beli makanan biar ada strategi . Retrieved from https://www.hmetro.com.
Hassan, N. (2020, March 17). Covid-19: Pemandu Grab tingkatkan langkah keselamatan. Retrieved January 20, 2021, from https://www.sinarharian.com.my/article/74116/KHAS/Covid-19/Covid-19-Pemandu-Grab- tingkatkan-langkah-keselamatan
my/rencana/2020/04/569365/pkp-beli-makanan-biar-ada-strategi
Shuib, N. (2019, February 13). Khidmat penghantaran makanan jimatkan masa. Retrieved January 20, 2021, from https://www.bharian.com.my/wanita/lain- lain/2019/02/530297/khidmat-penghantaran-makanan-jimatkan-masa
Utusan Borneo (2020, April 16). Buat yang terbaik semasa PKP untuk menjana pendapatan. Retrieved January 20, 2021, from https://www.utusanborneo.com.my/2020/04/16/buat-yang-terbaik- semasa-pkp-untuk-menjana-pendapatan















