Warisan Budaya Tidak Ketara Komuniti Cina Peranakan Kelantan: Kajian Kes Upacara Koi Hoi di Kampung Pasir Parit
Abstract
Keunikan warisan kebudayaan tidak ketara masyarakat multietnik di Malaysia kian terancam oleh modenisasi dan globalisasi yang berlaku dengan lebih pesat berbanding dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk melestari dan memperkasakan warisan kebudayaan itu sendiri. Hal ini lebih ketara bila melibatkan komuniti etnik minoriti yang kurang dikenali umum seperti komuniti Cina Peranakan Kelantan. Justeru itu, makalah ini cuba untuk mengupas dan meneliti satu upacara tradisi Cina Peranakan Kelantan yang semakin dilupakan iaitu upacara Koi Hoi. Perbincangan makalah ini adalah kepada sejarah asal-usul, kepercayaan dan amalan upacara tersebut berdasarkan kajian lapangan yang dilakukan di Kampung Pasir Parit di Jajahan Pasir Mas pada tahun 2019. Kajian mendapati upacara Koi Hoi adalah satu upacara tradisi Tao yang diwarisi secara turun-temurun daripada leluhur yang tiba di Tanah Melayu 300 tahun yang lalu. Ia bertitik-tolak daripada sistem kepercayaan tradisi Cina yang berkaitan dengan kewujudan dan pengaruh kuasa supernatural dalam kehidupan seharian seperti dewa-dewi dan keramat. Upacara Koi Hoi dijalankan sebagai satu usaha beramai-ramai oleh penduduk kampung untuk memohon kepada dewa penjaga kampung perlindungan daripada musibah duniawi mahupun gangguan kuasa ghaib, selain mendapatkan keberkatan demi kesejahteraan seluruh warga kampung. Daripada segi penganjurannya, persiapan dan proses kerja upacara Koi Hoi menerapkan juga elemen-elemen budaya tempatan dan melibatkan partisipasi warga kampung daripada latar etnik berlainan. Justeru itu, melihat kepada kerelevanannya dalam konteks pemupukan perpaduan dalam hubungan antara etnik di Malaysia, maka seharusnya warisan upacara Koi Hoi ini dipelihara dan diiktiraf dengan sewajarnya sebagai warisan kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Downloads
References
Anderson, P. H., Lawton, L., Rexeisen, R. J., & Hubbard, A. C. (2006). Short-term study abroad and intercultural sensitivity: A pilot study. International Journal of Intercultural Relations, 30(4), 457-469.
Babbie, E. (2010). The practice of social research (Edisi ke-12). Wadsworth.
Carstens, S. A. (1980). Pulai: memories of a gold mining settlement in Ulu Kelantan. JMBRAS, 53(1), 50-67.
Carstens, S. A. (1983). Pulai Hakka Chinese Malaysian: a labyrinth of cultural identities. Dlm. P. Gosling & L. Y. C. Lim (Pnyt.), The Chinese in Southeast Asia: identity, culture and politics (hlm. 79-98). Maruzen Asia.
Cheu, H. T. (1996). The festival of the Nine Emperor Gods in Malaysia: myth, ritual, and symbol. Asian Folklore Studies, 55, 49-72.
Cheu, H. T. (1997). Malay keramat, Chinese worshippers: The sinicization of Malay keramats in Malaysia. National University of Singapore.
Cheu, H. T. (1998). The renicization of Malay keramats in Malaysia. JMBRAS, 71(2), 29-61.
Cheu, H. T. (pnyt.). (1993). Chinese beliefs and practices in Southeast Asia. Pelanduk Publications.
Chia, A. Y. (1981). Pemujaan dewa penjaga: satu kajian kes di Kampung Kasar, Pasir Mas, Kelantan. Latihan ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Chin, Y. M., & Lee, Y. F. (2014). Settling down spiritually: Chinese Malaysian's worship of Datuk Gong. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 22(3), 379-391.
DeBernardi, J. (1987). The God of War and the vagabond Buddha. Modern China, 13(3), 310-332.
DeBernardi, J. (2006). The way that lives in the heart: Chinese popular religion and spirit mediums in Penang, Malaysia. Stanford University Press.
Eyo, L. Y. (2001). Tinjauan aspek keagamaan dan kepercayaan Masyarakat Cina Peranakan. Kajian kes: Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, Kelantan. Latihan ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Eyo, L. Y. (2014). Seni persembahan tradisional Kelantan: Hubungan etnik dan perkongsian budaya. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Eyo, L. Y., & Rosdeen, S. (2019). Beliefs of the sacred spirit: a study of possessed ceremony in Kelantanese Village. International Journal of Management and Applied Science (IJMAS), 5(2), 41-47.
Goh, D. P. S. (2009). Chinese religion and the challenge of modernity in Malaysia and Singapore: syncretism, hybridisation and transfiguration. Asian Journal of Social Science, 37, 107-137.
Gordon, M. M. (1964). Assimilation in American life: The role of race, religion and national origins. Oxford University Press.
Hanapi Dollah. (1986). Asimilasi budaya: kajian kes komuniti Cina di Kelantan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Helle, H. J. (2017). China: Promise or threat? A comparison of cultures. Brill.
Jabatan Muzium Malaysia. (2014). Peta penempatan Cina Peranakan Kelantan di sepanjang Sungai Kelantan. Bahagian Perkhidmatan Muzium, Jabatan Muzium Malaysia. Tidak diterbitkan.
Jabatan Warisan Negara. (2021). Ong Chun /Wan Chuan /Wankang ceremony rituals and related practices for maintaining the sustainable connection between man and the ocean. For Inscription on the Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity In 2020. Tidak diterbitkan.
Lee, K. H., & Tan, C. B. (pnyt.). (2000). The Chinese in Malaysia. Oxford University Press.
Lee, Y. F., & Chin, Y. M. (2014). Datuk Kong worship and Chinese religion in Malaysia: reflections of syncretism, pragmatism and inclusiveness. Dlm. C. B. Tan (pnyt.), After migration and religious affiliation: religions, Chinese identities and transnational networks (hlm. 147-165). World Scientific Publishing.
Lim, A. T. (1989). Perayaan pemujaan Hock Teck Cheng Sin: satu kajian kes di Kampung Balai, Bachok, Kelantan. Latihan ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamed Yusoff Ismail. (1993). Two faces of Buddhism: Chinese participation in the Thai temples in Kelantan. Dlm. H. T. Cheu (pnyt.), Chinese beliefs and practices in Southeast Asia (hlm. 165-183). Pelanduk Publications.
Mohamed Yusoff Ismail. (2010). Buddhism in a Muslim state: Theravada practices and religious life in Kelantan. The Muslim World, 100, 321-336.
Mohd. Shahrul, I. L. A. (2021). Identiti etnik minoriti Cina Peranakan Kelantan sebagai identiti masyarakat multietnik Malaysia. Tesis PhD., Universiti Kebangsaan Malaysia.
Owee, K. J. (1987). Perubahan adat-resam di kalangan masyarakat Cina Kelantan dalam abad ke 20. Kajian kes di Pasir Mas Kelantan. Latihan ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pawanteh, M. R., & Kuake, J. B. (2016). Orghe Kelantan: a preliminary study. International Journal of Culture and History, 2(4), 184-188.
Pue, G. H. (2017). Engagement of undergraduate students as custodians in heritage conservation enrichment. Kajian Malaysia, 35(Supp. 1), 141-163.
Pue, G. H. (2018). Cina Peranakan Kelantan menerusi lensa sosiologi. UKM Press.
Pue, G. H., Loo, H. C., & Teng, K. L. (2021). Deconstructing ethnic identity formation and negotiation among the Taoist in contemporary Kelantan: the case of HSBK2019 The 12th International Malaysian Studies Conference (MSC12), Bangi.
Pue, G. H., Ong, P. L., & Loo, H. C. (2019). Kelantan Peranakan Chinese language and marker of group identity. GEMA OnlineĀ® Journal of Language Studies, 19(2), 33-51.
Sangaramoorthy, T., & Kroeger, K. A. (2020). Rapid ethnographic assessments: a practical approach and toolkit for collaborative community research. Routledge.
Tan, C. B. (1982). Peranakan Chinese in northeast Kelantan with special reference to Chinese religion. JMBRAS, 55, 26-52.
Tan, C. B. (2000). Socio-cultural diversities and identities. Dlm. K. H. Lee & C. B. Tan (pnyt.), The Chinese in Malaysia (hlm. 37-70). Oxford University Press.
Tan, C. B. (2011). Agama Cina di Malaysia: satu pandangan umum. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu, 2(2), 96-122.
Tan, C. B. (2018). Chinese religion in Malaysia: temples and communities. Brill.
Tan, Y. S., Ngah, K., & Darit, S. M. (2018). Formation and negotiation of identity: the case of the Kelantan Kampung Pasir Parit Peranakan Chinese. Asian Ethnicity, 19(1), 16-35.
Teng, K. L., & Pue, G. H. (2021). Penceritaan lisan jambatan kesinambungan warisan budaya: pendokumentasian asal-usul dewa penjaga dalam kepercayaan agama Tao di Kelantan The 12th International Malaysian Studies Conference (MSC12), Bangi.
Teo, K. S. (2003). The Peranakan Chinese of Kelantan: a study of the culture, language and communication of an assimilated group in Malaysia. Asean Academic Press.
Wee, K. H. (1987). Kelantan and the Chinese Kelantanese. Dlm. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman (Pnyt.), Kelantan zaman awal: kajian arkeologi dan sejarah (hlm. 216-228). Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Winzeler, R. L. (2012). Anthropology and religion: What we know, think, and question (Edisi ke-2). AltaMira Press.
Zinitulniza, A. K. (2016). Peranakan Cina Kelantan: sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu. Institut Terjemahan & Buku Malaysia.















